Friday, January 2, 2015

7 Tips Mudah untuk Dapatkan Kulit yang Cantik dan Licin!

Assalamualaikum dan apa khabar semua?

Saya sihat sahaja. Hihihi.

Tips ini saya ambil daripada Poshtype. Saya jadi tukang terjemah ya.

Kadangkala kita jadi malas, atau terlupa melakukan rutin harian kita. Namun begitu, jika kita ingin mendapatkan kulit yang lembut dan cantik, pastikan kita semua ikut langkah-langkah mudah ini. (Ayat awak saya tukarkan kepada kita, applicable untuk saya dan kita semua. Saya pun nak maintainkan kulit yang bersih hihi).

kulit yang cantik


  • Pakailah krim perlindungan matahari yang melindungi daripada kedua-dua UVA dan UVB dengan SPF 30 atau lebih tinggi, meskipun waktu cuaca mendung.
  • Pakai semula krim perlindungan matahari setiap 2 hingga 3 jam semasa di luar rumah.
  • Katakan tidak kepada tabiat merokok - demi kesihatan keseluruhan dan juga penampilan diri kita.
  • Jadikan tabiat tidur 7 hingga 8 jam sehari. (Menurut Friedman, tidur secara tetap akan menjadikan perembesan hormon tumbesaran manusia menjadi normal, dan ia membantu penumbuhan sel yang baru dan pengeluaran kolagen. Bersenam juga meningkatkan pengaliran darah dan nutrisi ke kulit.
  • Aktiviti seperti yoga dan meditasi membantu mengurangkan kadar tekanan, dan ini menyebabkan pengurangan hormon stress yang boleh memburukkan masalah kulit seperti acne, ekzema dan rosacea.


  • Bermeditasi secara konsisten akan menyebabkan rawatan menjadi lebih berkesan dan efektif.
  • Akhir sekali: Kunci untuk kulit yang jelita dan menawan adalah campuran sains, naluri diri sendiri, tabiat positif secara keseluruhan dan regimen penjagaan kulit yang konsisten dan mudah.


Jika anda mempunyai kulit yang berminyak, sesetengah pembersih muka yang mengurangkan kesan kulit berminyak mungkin membantu. Namun, anda perlu mencari apa yang bagus dan berkesan untuk anda. Ia juga amat bagus untuk menggunakan penjagaan wajah dan kulit yang mudah dan senang. Saya percaya diet banyak membantu dengan mendapatkan kulit yang cantik, begitu juga dengan pemikiran kita semua.

Contoh makanan terbaik untuk kulit kita:

food for skin
Makanan untuk Sihat dan Cantik



Info tambahan, boleh ambil Vivix Shaklee. Bulan ini pun ada promosi untuk Vivix. Dijamin cun melecun lah pakai Vivix ni. Vivix pun boleh digunakan untuk membantu menghilangkan jerawat, di samping cara-cara di atas. Usah khuatir, saya akan bantu anda untuk dapatkan kulit yang cantik dan berseri-seri dengan setiap pembelian vitamin Shaklee daripada saya.

Hubungi saya untuk soalan, konsultasi dan pembelian:

Nabihah Yunus
Shaklee ID: 893006
SMS/Whatsapp/Wechat: 012-3620750
Email: nabihah_yunus@yahoo.com
Blog: www.nabihahyunus.blogspot.com

7 comments:

  1. salam perkenalan dari Ros.. singgah sini dan follow.

    ReplyDelete
  2. Kulit mulus dambaan setiap wanita. Sukses Kak Nur untuk bisnisnya :)

    ReplyDelete
  3. Wah! Wanita mesti suka ni... Kulit licin dan gebu, idaman wanita!

    ReplyDelete