Thursday, January 1, 2015

Jerawat dan Langkah Penyelasaian

Saya ada baca di Facebook Fanpage seseorang mengenai cabaran blogging bulan Januari. Apa lagi. Saya berminat nak join. So, ini entry saya hari ini. Cabaran blogging ini daripada blog Diet Diet Sihat. Excited nyaaaaa hihi. Nama cabaran ini pun unik, iaitu Cabaran 31 Hari Mencari Cinta.

diet diet sihat
Cabaran 31 Hari Mencari Cinta



Jerawat adalah masalah kulit yang paling biasa kedengaran. Jerawat disebabkan oleh sebum yang dibuat oleh kelenjar sebaceous dalam pori-pori yang dikeluarkan secara berlebihan. Sebum yang berlebihan ini akan menutup pori-pori dan menyebabkan munculnya bintik hitam atau blackhead. Apabila bakteria di bawah kulit membiak dan membebaskan enzim yang memecahkan sebum ini, maka terhasillah jerawat.

hilangkan jerawat di muka
Jerawat di Muka


Jerawat biasanya terjadi di kalangan remaja, kerana pada masa ini tubuh menghasilkan testosteron dan hormon kedewasaan lain yang meningkatkan penghasilan sebum itu tadi. Jerawat biasanya banyak terjadi di bahagian muka, belakang, dada dan bahu kerana di situ terdapat banyak kelenjar sebaceous. Penyebab jerawat sering disalahtafsir. Ramai beranggapan jerawat disebabkan oleh faktor kebersihan dan pemakanan. Misalnya, makan kacang, coklat dan minum makanan bersumberkan tenusu boleh menyebabkan jerawat. Sebenarnya, faktor-faktor ini boleh memburukkan keadaan tetapi ianya bukan punca jerawat.

Cara Mencegah Jerawat dan langkah penyelesaian:

1. Cuci muka dengan pencuci yang halal dan kurang bahan kimia.

2. Kurangkan penggunaan syampu atau minyak rambut yang berminyak.

3. Makan banyak buah-buahan, sayur-sayuran dan air secukupnya.

4. Dapatkan rehat secukupnya.


Supplement yang membantu mencegah jerawat:

1. B Complex - membantu menstabilkan hormon dan emosi.

2. Vitamin C - menjaga kesihatan kulit

3. Vita-Lea - multivitamin yang mengandungi vitamin dan mineral yang lengkap, antaranya membantu dalam metabolisma gula. Jika anda ada masalah dengan metabolisma ini, anda berpotensi terdedah kepada jerawat

Selain itu, Alfalfa Complex amat elok kerana kebanyakan masa, jerawat berpunca dari badan yang mempunyai toksin dan kotoran yang tidak dikeluarkan secara efektif. Alfalfa Complex amat bagus untuk mencantikkan peredaran darah, selain mengurangkan bau badan hehe.

Kalau kita ada jerawat terutamanya semasa Pre-Menstrual Syndrome (PMS) bagi kaum wanita, suka saya nak ingatkan minumlah air dalam kuantiti yang banyak. Tambah dengan supplement seperti GLA Complex dari Shaklee, memang awesome hasilnya! Ini kerana ia membantu menstabilkan hormon dan mengurangkan kulit yang berminyak.

Untuk info dan konsultansi, hubungi saya, wakil Shaklee anda:

Nabihah Yunus
Shaklee ID: 893006
SMS: 012-3620750
Email: nabihah_yunus@yahoo.com
Blog: www.nabihahyunus.blogspot.com




0 comments:

Post a Comment