Wednesday, January 14, 2015

5 Cara Menganjalkan Kulit Muka

Kulit muka ini sangatlah penting kerana muka ialah aset kita. Lagipun, itu benda pertama yang orang lihat, kedua gigi rasanya hihi (bila mulut sudah terbuka untuk bercakap). Pernah saya pakai braces dulu (pendakap gigi), baru beberapa patah perkataan keluar, terus ada yang tanya, bila pakai braces? Ketara sungguh gigi bila pakai braces ni hihi. Cerita zaman sekolah dulu.

Kaum wanita memang wajib ada kulit yang anjal. Terutamanya kulit muka sebabnya tidaklah orang fikir yang kita tidak pandai jaga kecantikan. Kalau tengok wanita-wanita yang umur sudah 40 tahun, 50 tahun tetapi kulitnya halus, mulus, pasti kita tertanya-tanya apa yang mereka amalkan untuk dapatkan kulit secantik dan sebersih itu?

Jawapannya mudah sahaja. Mereka menjaga kecantikan di wajah dengan pemakanan yang sihat tanpa diet yang melampau.

5 CARA MENGANJALKAN KULIT MUKA


1. Minum air masak dalam kuantiti yang banyak. Seorang wanita Caucassian mengaku bahawa minum air dalam kuantiti yang banyak menjadikan kulit beliau muda sepuluh tahun, dengan kedutan di muka dan garis-garis halus hilang secara perlahan-lahan. Lagipun, air masak ini tiada kalori dan juga lebih menyihatkan daripada air berkarbonat dan bergas.

kelebihan minum air masak
Sumber: Daily Mail


2. Tabiat makanan yang sihat dan mempunyai antioksidan. Contoh makanan yang tinggi antioksidan ialah buah-buahan seperti strawberi, blueberry, epal dan nenas. Makanan yang mempunyai antioksidan amat bagus untuk menganjalkan kulit kerana zat-zat mineral yang terkandung dan juga mampu memberi keserian di wajah. Persatuan Kesihatan Sedunia atau World Health Organization (WHO) menyarankan setiap hari kita mengamalkan 5 hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran untuk kesihatan yang optimum. Contoh makanan yang sihat ialah tanpa lemak, kolesterol yang tinggi dan bijirin. Nak makan makanan bergoreng boleh, cuma kurangkan pengambilan sahaja.

makanan untuk kesihatan
Contoh makanan yang menyihatkan

3. Tidur yang mencukupi. Tidur sangatlah penting kerana tidur akan membuatkan badan kita berehat setelah bekerja seharian dan memberi peluang untuk kulit wajah kita berehat dan kelihatan sentiasa segar dan berseri-seri.



4, Amalkan penjagaan kulit yang sempurna. Keperluan asas untuk penjagaan kulit ialah membersih, menyegar dan melembapkan. Tambahan penjagaan kulit wajah termasuklah penggunaan sunblock, serum bagi merawat masalah tertentu kulit seperti kulit sensitif, pori-pori terbuka dan kulit kusam. Tambahan penjagaan kulit termasuklah penggunaan topeng muka (mask) yang bersesuaian.

5. Pakailah alat solek yang sesuai dengan usia kita. Alat solek yang saya maksudkan ialah yang tidak menutup liang pori, tidak membuatkan kulit berminyak, tidak terlalu tebal kerana ini akan menyebabkan kulit tidak dapat bernafas dan menyebabkan kita kelihatan lebih tua daripada usia sebenar.



Kena sayang kulit ye kerana ia aset berharga dan bukan senang nak dapatkan kulit yang sentiasa bersih dan segar tanpa cela jika salah cara penjagaan muka.

Cara tambahan, saya cadangkan pengambilan supplement dari Shaklee iaitu Vivix. Ia kaya dengan antioksidan dan penggunaan yang berterusan mampu menjadikan kulit wajah anjal, tegang dan cantik berseri-seri tau.

Bulan ini ada promosi tau untuk Vivix. Beli 2 dapat 5% potongan harga. Lagi, anda akan dapat keahlian percuma Shaklee yer hihi.


Boleh juga baca link ini jika pembaca belum jumpa cara menghilangkan masalah jerawat di wajah.
Cara Menghilangkan Jerawat Di Wajah

Insyaallah, saya akan guidekan cara penggunaan yang betul bersama cara untuk dapatkan kulit yang anjal dan halus mulus hihi.

Untuk pertanyaan dan pesanan, hubungi:
Nabihah Yunus
Shaklee ID: 893006
SMS/Whatsapp: 012-3620750
Email: nabihah_yunus@yahoo.com
Blog: www.nabihahyunus.blogspot.com

 

1 comments: