Showing posts with label Vitamin C. Show all posts
Showing posts with label Vitamin C. Show all posts
Wednesday, January 7, 2015

10 Khasiat Vitamin C Shaklee

Masa sambutan Tahun Baru Cina, selalu kan ada buah limau mandarin atau buah oren? Dah makan sebiji, nak lagi dua biji hihi. Selain rasanya yang masam-masam dan sedap itu, ia banyak vitamin C. Tapi, kalau ambil sehari dah 5 hingga 10 biji, senak perut nanti. Bahaya juga kalau macam tu kan? Nanti dah elok dapat nutrisi daripada vitamin C, terkeluar balik daripada badan (kerana masuk tandas hihi).

Banyak buah-buahan selain limau mandarin yang mempunyai vitamin C. Contohnya ialah buah strawberi, buah kiwi dan epal.

Vitamin C seperti yang kita semua tahu memang banyak khasiatnya. Selalu dari kecil, ibu bapa cadangkan banyak makan vitamin C supaya luka cepat sembuh, tulang dan gusi kita kuat dan punya daya ketahanan tubuh yang kuat (antibodi).

Hari ini saya nak cerita mengenai Vitamin C Shaklee. Nama panjangnya ialah Sustained Release Vita-C Plus.

khasiat vitamin C shaklee
Vitamin C Shaklee

Ada 180 biji vitamin C dalam satu botol. Banyakkan? Tahan sehingga 6 bulan pun boleh tau.


10 KHASIAT VITAMIN C SHAKLEE


1. Merangsang pembentukan kolagen
2. Memperbaiki simptom pendarahan seperti gusi berdarah, lebam.
3. Membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman.
4. Membantu mengurangkan kolesterol dan tekanan darah.
5. Membantu meningkatkan sistem imun.
6. Membantu memperbaiki masalah insomnia dan stress.
7. Membantu mengurangkan simptom flu dan selesema.
8. Membantu mencerahkan kulit, melambatkan penuaan.
9. Merangsang pengeluaran T-cells untuk membantu melawan kanser.
10. Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang baik.

Ternyata, jika kita ambil vitamin C Shaklee ini, kesannya memang sangat-sangat best. Nak cantik, nak bantu kurangkan gejala selesema, boleh kurangkan tekanan dan insomnia serta nak sihat pun boleh jika ambil vitamin C ini. Selain ambil vitamin C, saya masih cadangkan pengambilan nutrisi daripada buah-buahan supaya badan kekal sihat tanpa pengaruh ubat-ubatan yang merbahaya.

Mari kita ubah ke arah gaya hidup yang lebih sihat dan ceria!

Hubungi saya, wakil sah Shaklee anda untuk info lanjut, pertanyaan dan pesanan.

Nabihah Yunus
Shaklee ID: 893006
SMS/Whatsapp: 012-3620750
Email: nabihah_yunus@yahoo.com
Blog: www.nabihahyunus.blogspot.com



Thursday, December 4, 2014

Kenapa Vitamin E Sangat Bagus untuk Kita?

Salam sayang dari saya untuk pembaca semua,

Alhamdulillah, bulan Disember ini kick start untuk tahun baru 2015 yang cuma tinggal sebulan sahaja lagi. Dan, pihak Shaklee memberi berita happy kepada saya kerana jeng jeng jeng....

Promo Sustained Release Vita-C Plus dan Vitamin E Complex!

Maaf sangat-sangat kalau nampak blog saya jarang update. Saya akan cuba update sekerap yang mungkin ye hihi.

Back to the point, special bulan ini kerana promosi Vitamin C dan Vitamin E ini, Shaklee menawarkan:


  • Pembelian 6 botol Vitamin C/Vitamin E Complex, akan dapat percuma 1 botol Vitamin C/Vitamin E Complex
  • Pembelian 2 botol Vitamin C/Vitamin E Complex, diskaun sebanyak 5% daripada harga asal
Dalam artikel ini, saya ada share kebaikan kedua-dua vitamin ini:

 
Hari ini saya nak share kenapa Vitamin E ini sangat bagus untuk kita:

Mengikut kajian saintifik, minyak biji anggur terbukti amat berkesan untuk membantu mengatasi masalah kanser serta amat baik untuk awet muda dan memelihara kecantikan badan jika diamalkan secara konsisten. Vitamin E Shaklee ini sudah ditambah baik (improve) formulanya dengan minyak biji anggur atau grape seed extract. Antioksidan di dalam sebiji anggur agak tinggi, iaitu 400 iu. Memang bagus sangat untuk awet muda. Sehari pun, cuma telan sebiji kapsul sahaja hihi.

vitamin e

Pesan saya, nak cantik dan awet muda, telanlah vitamin E Complex dari Shaklee ini ye.

Hubungi saya untuk info dan pembelian:

Nabihah Yunus
Shaklee ID: 893006
SMS: 012-3620750
Email: nabihah_yunus@yahoo.com



Sunday, November 16, 2014

Shaklee Membantu Mengatasi Masalah Batu Karang

Secara umumnya, kaum lelaki lebih cenderung untuk mengalami penyakit batu karang. Namun begitu, kaum wanita juga tidak terkecuali terdedah kepada bahaya penyakit ini. Penyakit ini bukanlah asing dalam kalangan kita semua. Mungkin kerana penyakit ini jarang didedahkan dengan bahayanya berbanding penyakit seperti demam denggi dan obesiti.




Apakah Penyakit Batu Karang?

Batu karang ialah sejenis penyakit yang menyukarkan pesakit untuk membuang air kecil. Batu karang atau 'renal stone' bermaksud ada batu di buah pinggang atau saluran kencing seseorang itu. Batu karang terbentuk daripada zat kalsium yang bercampur dengan bahan-bahan lain dalam badan dan akhirnya 'membentuk' batu-batu kecil dipanggil kristal dan apabila bahan-bahan lain terkumpul atau berkelompok, lama-kelamaan ia membesar sehingga dipanggil batu karang . 


Golongan yang Sering Mendapat Batu Karang

Kategori umur yang sering mengalami batu karang ialah di antara 20 hingga 40 tahun. Ada juga yang berdepan dengan penyakit ini pada umur lebih muda dari 20 tahun dan lebih tua dari mereka yang berumur 40 tahun namun ia jarang berlaku.


Bagaimana Batu Karang Boleh Berlaku?

Batu karang boleh berlaku kerana beberapa faktor. Faktor yang utama adalah disebabkan tubuh seseorang itu kurang air. Sebab tubuh kekurangan air ialah air yang diminum kurang dan dalam masa sama, individu itu kuat berpeluh. Selain itu, kemungkinan batu karang terbentuk ialah tabiat pemakanan individu itu sendiri iaitu makan makanan yang mengandungi protein tinggi seperti daging merah, makan makanan masin, minum banyak kopi dan teh. Faktor lain termasuk penyakit ini mudah berlaku jika seseorang itu ada penyakit kencing manis dan darah tinggi.


Simptom Batu Karang

✿ Kesakitan pada bahagian abdomen iaitu sisi kanan dan kiri pinggang
✿ Kesakitan seperti berdenyut-denyut, berat dan sakit melilit yang amat sangat
✿ Terasa loya, hendak muntah dan berpeluh-peluh
✿ Sukar untuk kencing atau langsung tidak boleh kencing
✿ Kencing berdarah atau bercampur dengan nanah
✿ Demam dan menggigil


Nasihat dan Saranan

Minum air dalam kuantiti yang banyak iaitu 2.5 liter sehingga 3.0 liter sehari. Selain itu, kurangkan pengambilan daging merah, makanan laut, kategori makanan yang mempunyai asid urik yang tinggi serta kopi dan teh.


Set Shaklee yang Dicadangkan untuk Batu Karang:

Selain minum air kosong atau air masak dalam kuantiti yang banyak dan menjaga pemakanan, kita boleh mengambil alternatif lain iaitu menggunakan produk Shaklee. Set yang dicadangkan mengandungi supplement B Complex, Sustained Release Vitamin C Plus, Ostematrix dan Alfalfa Complex.

atasi penyakit batu karang


Bagaimana Supplement Shaklee Bertindak:

1. B Complex: Membantu menurunkan oksalat (garam mineral) yang membentuk batu karang

2. Vitamin C: Membantu mengasidkan air kencing dan batu karang tidak akan terhasil dalam air kencing yang berasid

3. Ostematrix: Mengandungi magmesium yang mampu menurunkan oksalat dan mencegah pembentukan batu karang

4. Alfalfa Complex: Membantu menurunkan infeksi (jangkitan) dan inflamasi (keradangan)


Berminat dengan produk Shaklee?

Hubungi saya, wakil Shaklee anda:

Nabihah
Shaklee ID: 893006
SMS 012-3620750
Email: nabihah_yunus@yahoo.com