Air masak memang sangat penting dalam kehidupan kita. Tahukah anda bahawa tanpa minum air masak atau air kosong selama 3 hari, ia boleh meragut nyawa kita? Ia keperluan asas ye, yang memang kita kena ambil setiap hari.
Antara kesan kekurangan air masak yang utama:
- Badan rasa lemah, penat dan mudah pitam
- Sukar pergi ke tandas
- Kulit menjadi kering
- Rambut dan kuku yang tidak bermaya
- Sukar melakukan aktiviti harian
Itu kesan jika kekurangan air masak. Bagaimana dengan kebaikan minum air masak?
Antara kelebihan dan manfaat minum air masak termasuklah:
- Badan akan membuang toksin secara berkesan
- Dapat melakukan aktiviti harian dengan lebih selesa
- Kerap pergi tandas
- Rambut dan kuku kelihatan lebih sihat
- Kulit kelihatan lebih lembap
- Membantu mengelakkan badan panas
- Membantu sistem penghadaman yang lebih lancar
Ada banyak sangat kelebihan minum air masak ini. Mungkin bagi sesetengah orang, mereka tidak dapat minum air masak secara banyak dalam masa satu hari. Boleh cuba tips ini, ambil buah-buahan sitrus seperti lemon dan limau dan perahkan ke dalam satu gelas air masak itu. Jadi, rasanya pun taklah rasa kosong sahaja.
Jom minum air masak untuk kesihatan yang berpanjangan!
Perkongsian saya mengenai kecantikan, kesihatan, motivasi dan supplement
Showing posts with label Kepentingan Air. Show all posts

Friday, November 14, 2014
Wednesday, July 2, 2014
Kelebihan Minum Air
Apa khabar? Saya pasti semua tahu akan kepentingan air. Memang tidak dinafikan kalau tiada air, rasa longlai sahaja. Tak semangat jadinya. Selalu dengar kalau ada yang sesat di padang pasir, contohlah, pasti orang itu akan meminta air. Kenapa dia tidak meminta makanan? Lagi sedap kot haha. Tanpa air pasti tubuh akan dehidrasi. Nak pergi toilet pun macam susah sahaja kalau tidak minum air kan?
5 Sebab Tubuh Memerlukan Kuantiti Air yang Banyak:
1. Mengelakkan tubuh dehidrasi
Tubuh yang kehilangan kuantit air yang banyak pasti tidak dapat berfungsi dengan baik. Kulit, sel-sel dalam badan, buah pinggang semuanya memerlukan air bagi memastikan ia dapat berfungsi secara efektif. Jika tubuh mengalami dehidrasi, ini boleh mengakibatkan kepala mudah pening, badan cepat letih dan lebih bahaya, badan kejang dan pengsan. Jika cuaca panas, tambahkan kuantiti air yang diminum bagi menampung kadar kehilangan air yang lebih cepat ketika cuaca panas itu.
2. Menggantikan Kehilangan Air Secara Semulajadi
Apa yang dimaksudkan kehilangan air secara semulajadi ialah hilang melalui proses perkumuhan seperti berpeluh, pergi ke tandas dan seumpamanya. Setiap air yang hilang, tandanya apabila kita mula kehausan, air kencing berwarna kekuningan dan tiada tanda-tanda hendak ke tandas.
3. Mengelakkan Sembelit
Sembelit selalunya dikaitkan dengan kekurangan serat dalam makanan. Namun begitu, kekurangan air juga boleh menyebabkan sembelit kerana air akan memastikan serat yang dimakan dicernakan dan dibuang dengan lebih berkesan. Air membantu kekotoran yang dikumpul menjadi lembut dan mudah dikeluarkan. Sembelit adalah tidak elok bagi jangka masa panjang kerana pasti menyebabkan perut dan bahagian lain tidak selesa.
4. Menjadikan Kulit Halus dan Lembut
Sel kulit yang lama akan digantikan dengan baru. Sel yang baru ini memerlukan air bagi memelihara struktur dan tekstur kulit dan dalam masa sama, air membantu membuang toksin bagi memelihara kulit yang bersih dan kelihatan berseri.Kulit yang kekurangan air pasti kelihatan kering, kusam dan tidak bermaya. Makanlah banyak buah-buahan sekali pun, tanpa minum air dalam kuantiti yang betul, kesannya pasti tidak memuaskan.
5. Mengawal Kadar Gula dalam Darah
Jika kita membiasakan diri dengan minum air masak, pasti kita tahu yang kandungan gula dalam darah menjadi normal dengan cara tidak makan makanan yang banyak gula. Atas alasan itu juga, pesakit kencing manis tidak digalakkan minum air bergula dan ditambah susu pekat. Mereka lebih digalakkan minum air masak tanpa tambahan gula dan susu pekat.
Oleh itu, minumlah air dengan lebih banyak. Kalau boleh, 2 liter ke atas. Boleh?

Labels:
Elak Dehidrasi,
Kepentingan Air
Subscribe to:
Posts (Atom)