Showing posts with label amalan-amalan harian. Show all posts
Showing posts with label amalan-amalan harian. Show all posts
Sunday, March 23, 2014

Tips: Jangan Layan Kesedihan Itu

Setiap insan pasti pernah berdepan dengan jenis manusia yang suka cakap belakang atau erti kata lain, mengumpat atau bergosip. Usah bimbang dan khuatir, biarlah ia menjadi seperti angin lalu sahaja. Seorang yang saya amat hormat pernah beritahu saya, jika kita marah dan membidas kembali apa yang dikatakan orang itu, maknanya kita tidak suka, benci apa yang ingin disampaikan Tuhan kepada kita, ia amat tidak bagus di sisi agama, bahkan kita juga dianggap berdosa. Ungkapan mudah, ini adalah petanda ujian dari Tuhan yang Maha Esa.

Sama ada kita memandangnya dari sudut positif, atau kita membuat dosa jika kita marah akan "teguran" ini. Ya, memang orang yang bercakap belakang itu salah. Memang sakit hati jika dibiarkan kekecewaan berlarutan. Tetapi, apa impaknya jika kita terlalu ikutkan perasaan? Fikirlah kata-kata pujangga Melayu, "Ikutkan hati mati, ikutkan badan binasa". Pedulikannya. Bak kata orang sekarang, cakap sahaja ungkapan ini, "Kau ade?" Haha, biarlah mulut manusia memang suka mencari kesalahan orang. Just don't bother, right? Mereka yang suka mengutuk ini, bolehlah diibaratkan seperti anjing menyalak bukit. Kasar bahasanya bukan? Tiada apa-apa perubahan jika diamati tabiat mengumpat, samalah juga dengan anjing menyalak bukit, bukit masih teguh berdiri, bukannya makin condong dan roboh, bahkan teguh berdiri sehingga bertahun-tahun lamanya. Individu yang suka mencari kesalahan orang ini, men"assume" diri mereka terlebih pandai (agaknyalah), mereka mungkin kurang perhatian atau kasih sayang, mungkin lah haha.

Ingatlah, Tuhan kita, Allah S.W.T. sentiasa ada.  Mohonlah bantuan Allah Yang Maha Esa. Ingatlah juga, Rasulullah S.A.W. pernah berdepan dugaan yang lagi teruk apabila wanita kesayangan baginda, Sayiditina Aishah ditohmah dengan ujian yang amat besar, tetapi baginda mempunyai tahap kesabaran yang tiada bandingan. Contohilah baginda dan umat Islam sezaman baginda. Kekentalan semangat melawan anasir yang tiada tolok bandingnya amatlah hebat dan terpuji bukan?

Berdepan dugaan sekecil zarah pun kita melatah, fikirlah apa yang dibuat jika kita ditimpa musibah seperti Nabi Ayub A.S., yang diduga begitu hebat meskipun baginda adalah rasul dan kekasih Allah. Mungkin tidak tertanggung azab. Berdoalah, ia senjata orang mukmin.

Be happy, be carefree, be obedient to God's willing and everything will be fine.


Sunday, January 26, 2014

Motivasi untuk Hari Ini

Pernah dengar tak kata-kata ini, "Ikut hati mati, ikut rasa binasa". Orang zaman dulu-dulu, nenek moyang kita memang arif dalam bahasa kiasan ini. Betullah tu, kalau kita terlalu mengikut kata hati, segala yang kita buat pasti seperti batuk melepaskan tangga. Oleh itu, ini antara petua-petua yang saya kongsi, kredit kepada sifu yang saya hormat dan kagum, Cery Mamafaiz. Nak ikutkan, ini memang petua berguna, dan saya juga banyak perlu pertingkatkan makanan rohani saya yang tak seberapa ini.

1. Dirikan solat dan banyakkan berdoaIni adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdoa turut katakan"Ya,Allah jadikan hatiku bersih"

2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 kali sebelum tidur
Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Di samping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3. Solat taubat
Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4. Membaca Al-Quran
Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah "Qulhu-allah" atau nama lain surah al-Ikhlas sebanyak 3 kali. Bermaaf-maafan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan.

5. Bisikan kepada diri perkara yang positif
Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah "Aku sebenarnya......(perkara yang elok-elok belaka)".

6. Program minda/cuci minda
Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati 

"Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif". 

Menurut kajian psikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya

7. Berpuasa

8. Cuba ingat tentang mati
 (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa)

9. Kekalkan wuduk

10. Bersedekah

11. Belanja orang makan.

12. Jaga makanan - jangan makan makanan yang syubhah

13. Berkawan dengan ulama

14. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi)

15. Pesan pada orang, jadi baik

16. Menjaga pancaindera (mata, telinga, mulut dan sebagainya)
Apa yang dikatakan menjaga pancaindera ini, adalah juga meliputi jaga akhlak kita. Pepatah bahasa inggeris, "Don't judge a book by its cover" adalah amat sesuai untuk dikaitkan dengan perkara ini. Kita bukanlah manusia sempurna, tetapi akhlak, tingkahlaku dan attitude kitalah yang menjaga keperibadian dan seterusnya hati kita, bukankah begitu? :D

Ini antara sharing berkaitan apa yang saya baca dari blog Cery Mamafaiz. Info yang bagus. Hati ada satu, dan yang satu itulah perlu kita jaga :)

Selamat beramal.