Showing posts with label Cinch Shake Mix. Show all posts
Showing posts with label Cinch Shake Mix. Show all posts
Friday, March 21, 2014

Program Diet dari Shaklee

Bagi yang baru mengenali Shaklee, tahukah anda Shaklee juga ada menawarkan program diet secara sihat? Antara cadangan makanan tambahan untuk program diet ini adalah Cinch Shake Mix dan Cinch Tea.

Cinch merupakan produk khas daripada Shaklee, yang mempunyai kadar leucine bagi membantu penurunan berat badan dengan berkesan.





Cinch yang mempunyai tambahan leucine mampu untuk:

  • Menjaga otot
  • Membakar lemak
  • Mengurangkan berat badan dengan mengurangkan lemak
Leucine merupakan:
  • Sejenis asid amino
  • Memberikan rasa kenyang
  • Memberi isyarat kepada tubuh untuk mengekalkan dan membina otot
  • Menyokong kadar metabolik dengan menjana otot
Kenapa Cinch?
Cinch dihasilkan oleh doktor-doktor, saintis dan pakar nutrisi daripada Shaklee. Program Cinch adalah berdasarkan lebih dari 100 jurnal yang diterbitkan dan laporan klinikal untuk setiap bahan-bahannya.

Data klinikal dari pilot study yang dijalankan selama 12 minggu:
  • Kehilangan berat badan sebanyak 15.4 pound (dalam 7 kg)
  • Saiz pinggang turun sehingga 4.1 inci
  • Jisim otot kekal
Sila hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan pesanan:
sms 012-3620750
Shaklee Independent Distributor: ID 893006
Sunday, February 2, 2014

Obesiti adalah Penyakit di Malaysia

Malaysia negara yang kaya makanan. Lumrah apabila kita berada di Malaysia, hidangan yang susah untuk dipisahkan termasuklah teh tarik, roti canai, nasi lemak dan restoran yang menawarkan banyak pilihan makanan segera. Oleh itu tidak hairanlah Malaysia menduduki tangga keenam di rantau Asia Pasifik bagi masalah obesiti. Malaysia juga mendahului senarai di Asia Tenggara bagi kedua-duanya, masalah obesiti dan kencing manis. Terdapat 4 kategori bagi Body Mass Index (BMI). Obesiti adalah kategori yang ke-4 jika individu itu mempunyai BMI 30 dan ke atas. Sebagai langkah penjagaan awal bagi mengelakkan terjadinya perkara seperti ini, saya ingin berkongsi beberapa tip.

Kawalan terhadap makanan pasti sukar dilakukan. Oleh itu, langkah lain yang mesti diambil ialah:

Kawal Kalori Pemakanan Mengetahui berapa kalori yang kita makan setiap hari adalah amat membantu. Sekarang, segala kemudahan di hujung jari. Jika sumber internet tidak digunakan, carilah fitness instructor. Mereka mempunyai pengetahuan berguna tentang apa yang perlu dan tidak perlu bagi mendapatkan tubuh badan idaman.

Cari Rakan Baik Anda Rakan baik adalah teman sempurna untuk memulakan misi kita. Ini adalah kerana mereka boleh membantu dalam memberi sumber inspirasi, memastikan kita ada tempat mengadu ketika susah dan senang dan juga menjadi sumber galakan terbaik kepada kita.

Tampal Kata-Kata Semangat Janganlah jadi seperti hangat-hangat tahi ayam sahaja. Cubalah hari ini jika tidak esok. Yakin bahawa kita mampu mengubah apa yang lepas ke arah yang lebih baik.




Idamkan Tubuh Badan Yang Menawan Setiap daripada kita pasti mengidamkan tubuh sempurna bukan? Kalau tak pun, kita pasti ingin badan yang sihat tanpa penyakit. Cubalah tarian seperti Zumba, aerobik dan kalau tidak, boleh sahaja sertai work out dengan jiran anda yang aktif. Pendorong anda adalah orang terdekat anda, tidak kira ibu bapa, anak-anak dan juga keluarga terdekat anda.

Aktifkan Badan Selama 30 Minit Sehari Mengikut kajian, jika kita mengamalkan aktiviti kardio selama 30 minit sehari, ini dikira cukup memadai untuk jangka masa panjang. Syaratnya, ia dilakukan secara berterusan. Selang seminggu atau dua minggu kemudian, bolehlah ditambahkan kepada 10 minit, mengikut ketahanan badan masing-masing.

Jika anda berminat untuk mengekalkan otot semasa bersenam dan diet, bolehlah mengambil Cinch Shake Mix dan Cinch Tea Mix daripada Shaklee. Produk ini adalah sesuai untuk anda yang tidak mahu kulit menggeleber setelah mengurangkan berat badan. 

Hubungi saya: Nabihah Yunus [SID 893006] SMS: 012-3620750