Showing posts with label Atasi Kulit Bermasalah Anda. Show all posts
Showing posts with label Atasi Kulit Bermasalah Anda. Show all posts
Sunday, January 18, 2015

Rahsia Wajah Cantik Berseri Tanpa Jerawat

Apa khabar semua? Harap semua sihat-sihat sahaja.

Pernah tak kita cemburu tengok wajah orang yang bersih sahaja? Rasa macam nak juga kulit cantik tanpa masalah yang membimbangkan. Semua orang nak kulit cantik tanpa menggunakan bahan kimia yang memudaratkan bukan?

Pastinya kita semua nak wajah yang bersih, sihat, cantik, mulus dan gebu juga. Kalau kulit tiada masalah pun, tapi kusam sahaja mesti juga akan cari ikhtiar untuk selesaikan masalah bukan?

Testimoni 1:


Testimoni 2


Testimoni 3


Tips Kulit Cantik Berseri Tanpa Jerawat


1. Minum air masak dalam kuantiti yang banyak. Nak cantik jangan sesekali abaikan minum air masak ye.

2. Amalkan tabiat makanan yang sihat. Sebaik-baiknya kurangkan minum minuman berkafein dan makanan yang mempunyai banyak gula.

3. Tukar cadar atau alas katil anda setiap seminggu sekali. Jika kulit anda mempunyai masalah yang serius, tukar cadar setiap 3 hari sekali untuk memastikan kebersihan terjamin.

4. Pakai alat penjagaan wajah yang bersesuaian dengan jenis kulit.

5. Hentikan tabiat merokok dan seboleh-bolehnya jauhkan diri daripada asap rokok.


Perlukah Supplement untuk Kecantikan Kulit?


Pada pandangan saya, sememangnya kita perlu kerana kecantikan luaran hanyalah faktor luaran. Jika dalaman kita bermasalah, pasti luaran akan kelihatan bermasalah juga. Nak cantik itu subjektif pada pandangan orang. Terpulang juga untuk tidak mengamalkan supplement. Jika tidak mengambil supplement atau makanan tambahan ini, saya sendiri dapat rasa perbezaan dari segi rasa cepat penat, mudah mengantuk dan juga kulit rasa tidak bermaya je hihi.

Dalaman yang tidak berjaga juga punca toksin terkumpul di dalam badan dan boleh menyebabkan kepenatan, warna kulit yang kusam dan jerawat.

Hubungi saya,
Nabihah Yunus
Shaklee ID: 893006
SMS/Whatsapp: 012-3620750
Email: nabihah_yunus@yahoo.com




Wednesday, January 14, 2015

5 Cara Menganjalkan Kulit Muka

Kulit muka ini sangatlah penting kerana muka ialah aset kita. Lagipun, itu benda pertama yang orang lihat, kedua gigi rasanya hihi (bila mulut sudah terbuka untuk bercakap). Pernah saya pakai braces dulu (pendakap gigi), baru beberapa patah perkataan keluar, terus ada yang tanya, bila pakai braces? Ketara sungguh gigi bila pakai braces ni hihi. Cerita zaman sekolah dulu.

Kaum wanita memang wajib ada kulit yang anjal. Terutamanya kulit muka sebabnya tidaklah orang fikir yang kita tidak pandai jaga kecantikan. Kalau tengok wanita-wanita yang umur sudah 40 tahun, 50 tahun tetapi kulitnya halus, mulus, pasti kita tertanya-tanya apa yang mereka amalkan untuk dapatkan kulit secantik dan sebersih itu?

Jawapannya mudah sahaja. Mereka menjaga kecantikan di wajah dengan pemakanan yang sihat tanpa diet yang melampau.

5 CARA MENGANJALKAN KULIT MUKA


1. Minum air masak dalam kuantiti yang banyak. Seorang wanita Caucassian mengaku bahawa minum air dalam kuantiti yang banyak menjadikan kulit beliau muda sepuluh tahun, dengan kedutan di muka dan garis-garis halus hilang secara perlahan-lahan. Lagipun, air masak ini tiada kalori dan juga lebih menyihatkan daripada air berkarbonat dan bergas.

kelebihan minum air masak
Sumber: Daily Mail


2. Tabiat makanan yang sihat dan mempunyai antioksidan. Contoh makanan yang tinggi antioksidan ialah buah-buahan seperti strawberi, blueberry, epal dan nenas. Makanan yang mempunyai antioksidan amat bagus untuk menganjalkan kulit kerana zat-zat mineral yang terkandung dan juga mampu memberi keserian di wajah. Persatuan Kesihatan Sedunia atau World Health Organization (WHO) menyarankan setiap hari kita mengamalkan 5 hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran untuk kesihatan yang optimum. Contoh makanan yang sihat ialah tanpa lemak, kolesterol yang tinggi dan bijirin. Nak makan makanan bergoreng boleh, cuma kurangkan pengambilan sahaja.

makanan untuk kesihatan
Contoh makanan yang menyihatkan

3. Tidur yang mencukupi. Tidur sangatlah penting kerana tidur akan membuatkan badan kita berehat setelah bekerja seharian dan memberi peluang untuk kulit wajah kita berehat dan kelihatan sentiasa segar dan berseri-seri.



4, Amalkan penjagaan kulit yang sempurna. Keperluan asas untuk penjagaan kulit ialah membersih, menyegar dan melembapkan. Tambahan penjagaan kulit wajah termasuklah penggunaan sunblock, serum bagi merawat masalah tertentu kulit seperti kulit sensitif, pori-pori terbuka dan kulit kusam. Tambahan penjagaan kulit termasuklah penggunaan topeng muka (mask) yang bersesuaian.

5. Pakailah alat solek yang sesuai dengan usia kita. Alat solek yang saya maksudkan ialah yang tidak menutup liang pori, tidak membuatkan kulit berminyak, tidak terlalu tebal kerana ini akan menyebabkan kulit tidak dapat bernafas dan menyebabkan kita kelihatan lebih tua daripada usia sebenar.



Kena sayang kulit ye kerana ia aset berharga dan bukan senang nak dapatkan kulit yang sentiasa bersih dan segar tanpa cela jika salah cara penjagaan muka.

Cara tambahan, saya cadangkan pengambilan supplement dari Shaklee iaitu Vivix. Ia kaya dengan antioksidan dan penggunaan yang berterusan mampu menjadikan kulit wajah anjal, tegang dan cantik berseri-seri tau.

Bulan ini ada promosi tau untuk Vivix. Beli 2 dapat 5% potongan harga. Lagi, anda akan dapat keahlian percuma Shaklee yer hihi.


Boleh juga baca link ini jika pembaca belum jumpa cara menghilangkan masalah jerawat di wajah.
Cara Menghilangkan Jerawat Di Wajah

Insyaallah, saya akan guidekan cara penggunaan yang betul bersama cara untuk dapatkan kulit yang anjal dan halus mulus hihi.

Untuk pertanyaan dan pesanan, hubungi:
Nabihah Yunus
Shaklee ID: 893006
SMS/Whatsapp: 012-3620750
Email: nabihah_yunus@yahoo.com
Blog: www.nabihahyunus.blogspot.com

 
Thursday, January 1, 2015

Jerawat dan Langkah Penyelasaian

Saya ada baca di Facebook Fanpage seseorang mengenai cabaran blogging bulan Januari. Apa lagi. Saya berminat nak join. So, ini entry saya hari ini. Cabaran blogging ini daripada blog Diet Diet Sihat. Excited nyaaaaa hihi. Nama cabaran ini pun unik, iaitu Cabaran 31 Hari Mencari Cinta.

diet diet sihat
Cabaran 31 Hari Mencari Cinta



Jerawat adalah masalah kulit yang paling biasa kedengaran. Jerawat disebabkan oleh sebum yang dibuat oleh kelenjar sebaceous dalam pori-pori yang dikeluarkan secara berlebihan. Sebum yang berlebihan ini akan menutup pori-pori dan menyebabkan munculnya bintik hitam atau blackhead. Apabila bakteria di bawah kulit membiak dan membebaskan enzim yang memecahkan sebum ini, maka terhasillah jerawat.

hilangkan jerawat di muka
Jerawat di Muka


Jerawat biasanya terjadi di kalangan remaja, kerana pada masa ini tubuh menghasilkan testosteron dan hormon kedewasaan lain yang meningkatkan penghasilan sebum itu tadi. Jerawat biasanya banyak terjadi di bahagian muka, belakang, dada dan bahu kerana di situ terdapat banyak kelenjar sebaceous. Penyebab jerawat sering disalahtafsir. Ramai beranggapan jerawat disebabkan oleh faktor kebersihan dan pemakanan. Misalnya, makan kacang, coklat dan minum makanan bersumberkan tenusu boleh menyebabkan jerawat. Sebenarnya, faktor-faktor ini boleh memburukkan keadaan tetapi ianya bukan punca jerawat.

Cara Mencegah Jerawat dan langkah penyelesaian:

1. Cuci muka dengan pencuci yang halal dan kurang bahan kimia.

2. Kurangkan penggunaan syampu atau minyak rambut yang berminyak.

3. Makan banyak buah-buahan, sayur-sayuran dan air secukupnya.

4. Dapatkan rehat secukupnya.


Supplement yang membantu mencegah jerawat:

1. B Complex - membantu menstabilkan hormon dan emosi.

2. Vitamin C - menjaga kesihatan kulit

3. Vita-Lea - multivitamin yang mengandungi vitamin dan mineral yang lengkap, antaranya membantu dalam metabolisma gula. Jika anda ada masalah dengan metabolisma ini, anda berpotensi terdedah kepada jerawat

Selain itu, Alfalfa Complex amat elok kerana kebanyakan masa, jerawat berpunca dari badan yang mempunyai toksin dan kotoran yang tidak dikeluarkan secara efektif. Alfalfa Complex amat bagus untuk mencantikkan peredaran darah, selain mengurangkan bau badan hehe.

Kalau kita ada jerawat terutamanya semasa Pre-Menstrual Syndrome (PMS) bagi kaum wanita, suka saya nak ingatkan minumlah air dalam kuantiti yang banyak. Tambah dengan supplement seperti GLA Complex dari Shaklee, memang awesome hasilnya! Ini kerana ia membantu menstabilkan hormon dan mengurangkan kulit yang berminyak.

Untuk info dan konsultansi, hubungi saya, wakil Shaklee anda:

Nabihah Yunus
Shaklee ID: 893006
SMS: 012-3620750
Email: nabihah_yunus@yahoo.com
Blog: www.nabihahyunus.blogspot.com