Showing posts with label Kebaikan Vitamin. Show all posts
Showing posts with label Kebaikan Vitamin. Show all posts
Wednesday, January 7, 2015

10 Khasiat Vitamin C Shaklee

Masa sambutan Tahun Baru Cina, selalu kan ada buah limau mandarin atau buah oren? Dah makan sebiji, nak lagi dua biji hihi. Selain rasanya yang masam-masam dan sedap itu, ia banyak vitamin C. Tapi, kalau ambil sehari dah 5 hingga 10 biji, senak perut nanti. Bahaya juga kalau macam tu kan? Nanti dah elok dapat nutrisi daripada vitamin C, terkeluar balik daripada badan (kerana masuk tandas hihi).

Banyak buah-buahan selain limau mandarin yang mempunyai vitamin C. Contohnya ialah buah strawberi, buah kiwi dan epal.

Vitamin C seperti yang kita semua tahu memang banyak khasiatnya. Selalu dari kecil, ibu bapa cadangkan banyak makan vitamin C supaya luka cepat sembuh, tulang dan gusi kita kuat dan punya daya ketahanan tubuh yang kuat (antibodi).

Hari ini saya nak cerita mengenai Vitamin C Shaklee. Nama panjangnya ialah Sustained Release Vita-C Plus.

khasiat vitamin C shaklee
Vitamin C Shaklee

Ada 180 biji vitamin C dalam satu botol. Banyakkan? Tahan sehingga 6 bulan pun boleh tau.


10 KHASIAT VITAMIN C SHAKLEE


1. Merangsang pembentukan kolagen
2. Memperbaiki simptom pendarahan seperti gusi berdarah, lebam.
3. Membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman.
4. Membantu mengurangkan kolesterol dan tekanan darah.
5. Membantu meningkatkan sistem imun.
6. Membantu memperbaiki masalah insomnia dan stress.
7. Membantu mengurangkan simptom flu dan selesema.
8. Membantu mencerahkan kulit, melambatkan penuaan.
9. Merangsang pengeluaran T-cells untuk membantu melawan kanser.
10. Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang baik.

Ternyata, jika kita ambil vitamin C Shaklee ini, kesannya memang sangat-sangat best. Nak cantik, nak bantu kurangkan gejala selesema, boleh kurangkan tekanan dan insomnia serta nak sihat pun boleh jika ambil vitamin C ini. Selain ambil vitamin C, saya masih cadangkan pengambilan nutrisi daripada buah-buahan supaya badan kekal sihat tanpa pengaruh ubat-ubatan yang merbahaya.

Mari kita ubah ke arah gaya hidup yang lebih sihat dan ceria!

Hubungi saya, wakil sah Shaklee anda untuk info lanjut, pertanyaan dan pesanan.

Nabihah Yunus
Shaklee ID: 893006
SMS/Whatsapp: 012-3620750
Email: nabihah_yunus@yahoo.com
Blog: www.nabihahyunus.blogspot.com



Thursday, November 20, 2014

Perbezaan Vitamin E Shaklee

Vitamin E antara vitamin yang popular dalam mana-mana produk kecantikan di pasaran sekarang. Ia mampu menghilangkan bekas parut seperti jerawat, demam campak dan parut luka akibat melecur jika disapukan secara konsisten.

Kalau kita pergi ke farmasi contohnya Watson atau Guardian, banyak produk vitamin E sama ada dalam bentuk softgel untuk dimakan atau krim muka yang ditambah dengan vitamin E.

Hari ini saya ingin berkongsi tentang vitamin E yang dimakan daripada Shaklee dan apa yang membuatkan ia berbeza daripada vitamin jenama lain.


Apa yang membezakan Vitamin E Shaklee ini lain dari yang lain?



Vitamin E Shaklee mempunyai ekstrak biji anggur yang sangat digalakkan untuk mereka yang mementingkan kecantikan. Ia turut membuatkan kulit kelihatan lebih muda.

Vitamin E ini juga merupakan anti oksida yang penting untuk melawan radikal bebas dari memusnahkan sel. Antara fungsi lain vitamin E termasuklah membantu merawat dan mencerahkan kesan parut serta membantu dalam penyerapan oksigen.

Dan kelebihan lain ialah vitamin E ini semestinya vitamin E Shaklee ialah vitamin semulajadi dan bukan vitamin sintetik. Produk vitamin semulajadi kebiasaannya mempunyai label d-alpha tocopherol.

Harga vitamin E ini mampu milik iaitu hanya RM 149 dan tahan selama 4 bulan. Kalau kira matematik pun, sebulan kita hanya perlu membayar sebanyak RM 37.25. Berbaloi sangat bukan?

Hubungi saya, wakil Shaklee anda:

Nabihah Yunus
Shaklee ID: 893006
SMS: 012-3620750
Email: nabihah_yunus@yahoo.com
Wednesday, November 19, 2014

Vitamin untuk Kulit Sihat dan Cantik

Kalau boleh, semua orang ingin dapatkan kulit yang cantik bukan? Dengan lambakan produk kecantikan di pasaran, sudah tentu ada kala kita pun terpengaruh. Sebagai pengguna, saya juga berdepan dengan situasi yang sama. Pilihan di tangan kita semua.

Saya ingin share vitamin-vitamin yang perlu untuk mendapatkan kulit yang sihat dan cantik

Empat vitamin ini memang popular dan saya sendiri pun mengamalkannya.


Ianya penting untuk kestabilan hormon kita. Kekurangan B Complex dalam badan boleh membuatkan kita cepat letih, cepat marah atau moody, cemburu dan banyak lagi. Bila kita dalam keadaan hormon yang tidak stabil, jerawat akan mudah terhasil. Vitamin B Complex dari Shaklee semestinya pilihan saya hihi.

kebaikan b complex
Kebaikan B Complex



Ianya sangat penting dalam pembentukan kolagen. Ramai yang sibuk ingin membeli kolagen walhal hanya dengan mengamalkan makanan yang tinggi vitamin C membantu penghasilan kolagen dengan lebih baik. Antara vitamin C terbaik di pasaran sekarang ialah Sustained Release Vita-C Plus.

kebaikan vitamin C
Kebaikan Vitamin C



Ia terkenal sebagai vitamin awet muda. Ia dikatakan mampu melambatkan proses penuaan. Selain itu, vitamin E juga dikatakan membantu keseimbangan hormon dan mengawal kadar minyak dalam liang kulit. Vitamin E juga mampu mengurangkan kesan kulit jeragat selain pengambilan beta carotene. Vitamin E sangat membantu bagi mereka yang mempunyai masalah kulit yang berminyak. Contoh vitamin E ialah vitamin E Complex Shaklee.

kebaikan vitamin E complex
Kebaikan Vitamin E



Sangat penting dalam penghasilan sel baru. Pengambilannya membantu mengurangkan kesan kulit hitam (kulit mati akibat jerawat). Tompokan hitam pada kulit akibat jerawat sangat sukar untuk dihilangkan jika kita tidak mendapat protein yang cukup untuk penghasilan sel baru. Untuk mendapatkan kulit yang cantik, kita perlulah mendapatkan makanan yang bersumberkan protein yang baik. Contoh protein ialah Energizing Soy Protein Shaklee

kebaikan ESP shaklee
Kebaikan ESP


Selain daripada empat vitamin ini, air juga sangat penting.

Kenapa minum air sangat penting?

Ianya sangat penting dalam pengaliran darah, penyerapan sumber nutrien dari sumber makanan untuk diserap dalam tubuh. Kekurangan air boleh menyebabkan jerawat mudah terhasil. Kekurangan air boleh menyebabkan kita mempunyai kulit yang kering seterusnya mempunyai kulit yang bermasalah.


Jadi tunggu apa lagi? Harga untuk kecantikan tidaklah mahal kerana yang penting, pilih produk yang selamat dan benar-benar berkesan. Shaklee ini tak rugi digunakan hihi.

Hubungi saya untuk sebarang info dan pertanyaan.



Nabihah Yunus
Shaklee ID: 893006
SMS; 012-3620750
Email: nabihah_yunus@yahoo.com
Thursday, November 13, 2014

Kelebihan Minyak Ikan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Pernah dengar tak pasal minyak ikan? Minyak ikan ini memang elok dimakan terutamanya ibu mengandung, pelajar, orang dewasa dan juga kanak-kanak.

Minyak ikan ini bagus untuk perkembangan kita serta membantu jika menginginkan tekanan darah yang normal. Kenapa? Kerana ia melancarkan perjalanan darah dan membantu mencantikkan blood flow supaya berfungsi secara optimum. Contohnya individu yang mempunyai tabiat makan makanan bergoreng, berlemak memang sesuai mengambil minyak ikan supaya menjadikan aliran darah lancar. Dengan syarat, kurangkan juga pengambilan makanan tidak sihat dan banyakkan minum air masak ye.

Kenapa saya sarankan pengambilan minyak ikan ini? Sebabnya tubuh kita tidak dapat menghasilkan asid lemak Omega 3 untuk proses metabolisma. Asid lemak Omega 3 ini memang ada dalam minyak ikan.

manfaat Omega Guard
Omega Guard mengandungi Minyak Ikan 

So, cuba check jika anda ada dalam golongan ini:


  • Ibu hamil (asid lemak dari Omega 3 minyak ikan membantu perkembangan otak bayi dalam kandungan, mengurangkan risiko lahir pra matang dan mengurangkan alahan bayi selepas bayi dilahirkan)
  • Ibu menyusu (perkembangan otak bayi)
  • Kanak-kanak (usia 0 hingga 6 tahun adalah peringkat umur yang sangat kritikal di mana pertumbuhan otak yang pintar perlukan makanan yang kaya dengan asid lemak Omega 3, DHA dan EPA. Ia bagus untuk sistem imunisasi kanak-kanak, asma, eczema)
  • Individu yang ingin mengawal berat badan (Omega 3 meningkatkan hormon Leptine yang mengawal selera makan dan membakar lemak lebih cepat)
  • Individu yang ingin meningkatkan kepekaan, daya ingatan, kecekapan kerja
  • Lelaki yang mementingkan kesihatan - memelihara dari penyakit jantung, strok, obesiti, kencing manis dan banyak lagi
  • Wanita yang mementingkan kecantikan (flawless skin) dan kesihatan (tulang dan sendi)
Shaklee pun ada menawarkan produk dari minyak ikan. Semestinya, Shaklee pilihan yang tepat dan selamat serta bijak. Dan, minyak ikan ini diekstrak daripada ikan lautan di perairan Jepun serta bukan diambil dari minyak hati ikan. Kanak-kanak atas usia 1 tahun pun boleh ambil. Tiada masalah.

Oh ya, bulan ini promosi Omega Guard. Setiap pembelian 6 botol akan percuma 1 botol Omega Guard. Kalau rasa 6 botol itu banyak, boleh beli 2 botol kerana ada diskaun 5 % dengan setiap pembelian 2 botol Omega Guardd ini.

Hubungi saya untuk info dan pertanyaan

Nabihah Yunus
Shaklee ID: 893006
SMS: 012-3620750
Email: nabihah_yunus@yahoo.com
Saturday, October 4, 2014

Keistimewaan Energizing Soy Protein

Energizng Soy Protein (ESP) antara produk yang popular dari Shaklee. Ia mempunyai kelebihan dan keistimewaan yang tersendiri. Sumber protein penting untuk menggantikan sel yang telah lama dan tidak diperlukan lagi. Protein yang terbaik tentulah sumber yang berasal dari non-GMO (non-Genetically Modified Organism).

tambah tenaga, kulit cantik
Energizng Soy Protein (tahan 1 hingga 2 bulan)


Antara manfaat ESP Shaklee ialah:

- Sumber "Protein Lengkap" dengan 9 amino asid penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan dan sukar doperolehi dari diet seharian.

- Berasaskan tumbuhan (non-GMO soya) yang semulajadi rendah lemah dan rendah kolesterol.

- Terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga berjam-jam lamanya untuk kehidupan yang aktif.

- Membantu mengekalkan kepejalan otot, pemulihan tisu badan dan fungsi enzim dan hormone yang sempurna.

- Membantu mengekalkan paras gula yang normal dalam darah.

- Kandungan lemak dalam ESP sangat minimum iaitu 1 gm.

- Tanpa laktosa di mana kadar penghadaman yang tinggi dan diserap terus ke dalam darah.

- Paling penting tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna dan pengawet.

- Mengandungi 5 vitamin B, 2 mineral dan 8 gram karbohidrat untuk tenaga.


Kesan Sampingan Energizing Soy Protein:

1. Kulit muka cantik, halus, gebu dan berseri.
2. Membantu hilangkan parut jerawat di muka.
3. Memberi tenaga berpanjangan dan menjadikan badan semakin sihat dan kurang letih.
4. Menganjalkan kulit dan menganjalkan kembali payudara yang kendur.
5. Cepat kenyang dan membantu dalam pengurusan berat badan.
6. Menyokong kesihatan imunisasi badan.
7. Mengawal paras kolesterol.
8. Menyokong kesihatan jantung dan prostat.


Jika anda sering lesu, lemah dan penat, ESP Shaklee inilah yang terbaik. Nak kuit cantik pun minum ESP juga :)

Perhatian: Promosi ESP berlangsung bulan Oktober ini. Setiap pembelian 6 tin ESP, akan percuma 1. Setiap pembelian dari saya akan disertakan jadual pengambilan dan konsultansi.


Sila hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan pesanan.

Nabihah
Shaklee ID: 893006
SMS 012-3620750




Monday, September 29, 2014

Tips Sihat dan Cantik dari Pakar Kecantikan

Vitamin yang bagus untuk kesihatan badan ada banyak, contohnya vitamin C dan vitamin E. Kedua-dua vitamin ini bagus untuk melawan radikal bebas dalam badan. Menurut Pakar Kecantikan Marissa Aesthetic & Wellness Centre, Dr Rushmini Maris Ismail, ada banyak jenis antioksidan berguna kepada kulit, tetapi yang mendapat perhatian meluas ialah vitamin C, E dan B3.

Akui beliau, vitamin C membantu membina kolagen supaya kulit menjadi tegang. Ia banyak di dalam bijirin penuh, epal dan buah-buahan sitrus. Vitamin E pula melindungi membran sel dan merangsang nutrien asas pada kulit untuk melawan kerosakan disebabkan sinaran ultra lembayung. Nak kulit sihat dan cantik mestilah terpaksa berkorban sedikit, melalui makan secara sihat dan tinggalkan makanan segera kan? Junk food should be avoided at all cost hehe.


cantik secara semulajadi
                                                 
                                              Contoh buah-buahan yang kaya dengan vitamin

Saya highlightkan kenyataan beliau:

1. Vitamin C sering dipuji sebagai antioksidan yang sempurna untuk memastikan kulit sihat, lembut, manakala vitamin B3 dianggap sebagai rahsia di sebalik kulit lebih muda.

Sebagai antioksidan, vitamin C juga memperkuatkan sel kulit sehingga ia lebih cepat memperbaiki jaringan rosak mengakibatkan kulit kendur dan tidak bermaya.

2. Vitamin C terkenal sebagai anti-penuaan kerana sifatnya mudah larut air memainkan peranan penting dalam proses pembentukan kolagen, juga komponen dasar pembentukan jaringan saraf di dalam tubuh.


Beliau juga menyarankan bagi menjaga keperluan tubuh badan, seharusnya individu mengambil vitamin C antara 30 hingga 100 milligram (mg) setiap hari. Keperluan ini sudah mencukupi dengan sebiji oren bersaiz sederhana kerana ia mengandungi sekitar 70 mg vitamin C. Anda juga boleh menikmati segelas (sekitar 225 ml) jus oren setiap hari jika tidak mahu makan buah oren begitu sahaja.

Buah juga mengandungi pelbagai sumber vitamin lain seperti A, C, B1, B2 dan karbohidrat, kalsium yang amat membantu dalam penjagaan kulit yang lebih cantik. Beliau juga berpesan, buah-buahan elok diamalkan oleh individu yang berusaha menurunkan berat badan, sekali gus menjaga keanjalan kulit tubuh dan wajah.


Supplement yang saya amalkan sekarang juga mengandungi vitamin yang pakar kecantikan ini sarankan. Vitamin B, C dan E semuanya lengkap, tambah lagi dengan Energizing Soy Protein (ESP), lagi meletup hasilnya hihi. Nak tahu apa yang terbaik untuk anda?

Hubungi saya,

Nabihah 







SMS 012-3620750
Email nabihah_yunus@yahoo.com 
Thursday, September 11, 2014

Manfaar Lecithin sebagai Pembakar Lemak

Lecithin merupakan salah satu supplement cadangan dalam set Shape Up Shaklee. Lecithin antara satu supplement dari Shaklee yang saya makan, kerana fungsinya sebagai pembakar lemak. Boleh nak slim sikit terutamanya di bahagian perut :)

Lecithin diekstrak dari kacang soya oraganik bukan GMO dan setiap kapsul mengandungi 520 mg lecithin soya termasuk 80 mg kolin dan 48 mg inositol.

lecithin untuk turun berat
Lecithin (180 biji)


Kebaikan yang boleh didapati dalam Lecithin:

- Menyerap vitamin larut lemak
- Melindungi hati
- Pemecahan lemak dan kolesterol
- Pelangsingan
- Mencantikkan otot dan kulit
- Memperbaiki alergi
- Menghalang kejadian batu karang
- Mempertingkatkan daya ingatan dan meringankan stress
- Menghalang tekanan darah tinggi

Lecithin sesuai untuk mereka yang ingin kelihatan langsing, para pelajar dan seisi keluarga.

Nak kesan yang lebih baik? Boleh tambah Omega Guard sekali.

Hubungi saya,

Nabihah (sms 012-3620750)




Monday, December 9, 2013

Sebab Pilih Omega Guard

Assalamualaikum dan hi :)

Sorry for the long break. Hihi. Haha. No need for explanation. I just need to unwind for some time. Nak beritahu, bulan Disember 2013, as usual ada promosi daripada Shaklee. Buy 6 free 1. Dan, produk yang dapat promosi bulan ini adalah Omega Guard.

Omega Guard ini sesuai untuk banyak golongan. Nak tahu khasiatnya, let's roll:

Melindungi Jantung Anda
Omega Guard Shaklee membekalkan asid lemak omega-3 yang berpotensi ultratulen dengan spektrum penuh bergred farmaseutikal.

Membantu Mengurangkan Risiko Penyakit Jantung
Satu penyelidikan yang menyokong fakta tersebut tetapi bukan muktamad menunjukkan bahawa pengambilan asid-asid lemak omega-3 seperti EPA dan DHA boleh mengurangkan risiko penyakit jantung koronari. 
Penyelidikan juga menunjukkan bahawa paras asid lemak omega-3 yang tinggi dapat memperbaiki kesihatan kardiovaskular di samping membantu memelihara tekanan darah dan paras trigliserida yang normal. Tambahan lagi, omega-3 dapat memelihara kesihatan otak, penglihatan dan fungsi-fungsi sendi.

Ultratulen dan Bergred Farmaseutikal
OmegaGuard dihasilkan melalui suatu proses penyulingan proprietari tiga molekul yang memekatkan asid lemak omega-3 yang bermanfaat dan semulajadi sementara menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat di dalam kebanyakan jenis ikan.

Omega Guard Shaklee -DHA dan EPA


Minyak Ikan Terbaik Di Dunia
Mengandungi satu rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi iaitu EPA, DHA, ALA dan lain-lain lagi. EPA menyihatkan jantung dan sendi anda manakala DHA pula penting bagi perkembangan dan fungsi otak.
Sumber : Shaklee Malaysia


Siapa Perlukan Omega Guard Shaklee?

Ibu Hamil
  • Membantu perkembangan otak bayi semasa dalam kandungan.
  • Mengurangkan risiko bayi lahir pra-matang ataupun dikenali sebagai bayi tak cukup bulan
  • Mengurangkan risiko gila meroyan selepas melahirkan bayi
  • Mengawal kenaikan berat badan ibu semasa hamil

 Ibu Menyusu
  • Membekalkan khasiat untuk sistem imunisasi kepada anak dan membantu perkembangan otak juga.
  • Membantu penurunan berat badan ibu tanpa jejas penghasilan susu dan kualiti susu

 Kanak-kanak

  • Pertumbuhan badan yang sihat dan juga untuk kesihatan otak
  • Sesuai untuk anak yang mudah jatuh sakit seperti batuk, selesema, asma
  • Memperkuat sistem imunisasi badan

Mereka yang mengalami masalah berat badan
  • Omega 3 meningkatkan hormon Leptine yang mengawal selera makan dan akan terasa kenyang lama.

Sering dilanda masalah kesihatan
  • Batuk berkahak, selesema berterusan
  • Sakit-sakit sendi, kolestrol tinggi
  • Sakit Stroke

Disclaimer:
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Jika mempunyai sakit berlarutan, hubungi pakar merawat anda.


Hubungi: Nabihah [SID: 893006]
sms 012-3620750

Best price for this month only. Next month offer, tunggu ya :)
Friday, October 25, 2013

Kenapa saya makan supplemen?

Setiap individu yang ingin sihat dan sihat perlu makan supplemen. Ini kerana supplemen sebagai menggantikan sel-sel yang sudah hilang akibat daripada teknik memasak yang kebiasannya menggunakan minyak yang banyak, berlemak, bersantan dan juga penggemar makanan yang diproses. Pastinya kita mahukan yang terbaik untuk badan kita. Oleh itu, supplemen adalah pilihan terbaik memandangkan Malaysia merupakan syurga makanan. Amat banyak pilihan makanan yang sedap dan dalam masa sama menggemukkan kerana zat yang terkandung di dalamnya amat kurang.

Banyak pilihan yang pastinya terbaik untuk kita semua. Setiap set yang dicadangkan, pastinya saya akan mengesyorkan tambahan iaitu Energizing Soy Protein atau ESP.

Set yang ditawarkan di sini:
1. Anti aging
2. Anti-oxidants
3. Asma, resdung, alergik, gegata dan ekzema
4. Set penyusuan
5. Set kesihatan kanak-kanak
6. Set pantang
7. Set diabetes
8. Set gout
9. Immune booster
10. Set kesihatan lelaki
11. Set ibu mengandung
12. Set penjagaan kulit
13. Pelajar (12 tahun ke atas)
14. Weight management
15. Individu yang tak suka makan pil dan tablet

Jika anda ingin dapat konsultasi secara percuma, hubungi 012-3620750 atau walk-in ke cawangan-cawangan Shaklee dan guna ID saya 893006.

Terima kasih :)