Showing posts with label Energizing Soy Protein. Show all posts
Showing posts with label Energizing Soy Protein. Show all posts
Wednesday, October 5, 2022

Pakai skincare routine dan penggunaan supplement

Kulit kusam, kulit kurang berseri walaupun sudah pakai sunscreen, cuci muka dan jaga basic skincare routine?

Kadang kala walaupun kita sudah menggunakan pelbagai jenis produk, kulit masih tiada perubahan. Adakalanya kulit kita tidak sesuai dengan formulasi produk skincare itu

Ini perkara biasa. Kalau pakai produk yang sama dengan adik beradik tetapi adik beradik kita kulit semakin berseri tetapi apabila sampai pada kita, langsung tiada kesan, itu normal tau. Ini saya cakap produk yang trusted bukan produk yang mengandungi merkuri, rebranding semua tu tau

Kalau kita pakai produk drugstore atau high end sekalipun, mesti kita akan jumpa ada sahaja mereka yang tidak sesuai dengan mana mana produk daripada jenama itu. Biasalah bukan semua orang mempunyai kulit yang sama. Lain kulit, lain pula kesan penggunaan produk tersebut bukan? 😊

Produk jenama yang memang established sekalipun pasti ada sahaja bahan-bahan atau formulasi produk itu yang membuatkan kulit gatal, pedih jika kulit kita tidak sesuai dengan produk itu. Bukan saya nak cakap produk itu tidak bagus ya? Saya sendiri menggunakan produk daripada drugstore contohnya Hada Labo, Simple, Garnier, Aiken dan saya sangat suka dengan kesan pada kulit saya hehe

Ini langkah untuk dapatkan kulit sihat selain penggunaan produk kecantikan. Pernah dengar what you eat will reflect on your face? Apa yang kita makan akan kelihatan pada kulit wajah kita? Mungkin masanya kulit awak memerlukan supplement? Salah satu rahsia kulit sihat bermula daripada dalaman kita juga gitu 😗

Kalau kulit kusam, kulit rasa tidak berseri, masalah parut jerawat, pori besar, ESP + Shaklee Collagen Powder are going to be your bff. Kulit nanti akan rasa anjal, lembut dan licin apabila menggunakan dua gabungan power ini


rahsia kulit cantik bersama kolagen dan esp 😍


Ini saya kongsi testimoni mereka yang sudah merasai perubahan apabila menggunakan Shaklee Collagen Powder dan ESP


testimoni esp


Testimoni ESP
- Puan Niza Ahmad mengalami masalah parut akibat chicken pox dan accident di mana kulit luka kerana terseret di atas jalan tar hilang dengan penggunaan esp shaklee


testimoni shaklee collagen powder


Testimoni kolagen shaklee
- Puan Hasifah berjaya mengurangkan masalah parut jerawat dan jerawat lama setelah menggunakan Shaklee Collagen Powder

testimoni shaklee collagen powder


Testimoni kolagen shaklee
- Kulit jadi semakin licin, anjal dan berseri dengan penggunaan kolagen secara konsisten

Kalau awak ada skin concern seperti pori yang agak besar, kulit kusam, parut jerawat penggunaan kolagen dan ESP sangat membantu. Kulit jadi semakin bersih, anjal dan lembut. Menarikkan kelebihan dan keistimewaan dua produk ini untuk memperbaiki masalah kulit?

Pemakaian skincare seperti pencuci muka, moisturizer dan sunscreen masih perlu diamalkan setiap hari, jangan pula awak kata skincare routine ini tidak penting tau hehe

Luaran kita jaga, dalaman pun kita berikan nutrisi yang terbaik

Nak kulit cantik bersama Shaklee Collagen Powder dan ESP?

Jangan segan mesej saya ya

Your favourite SID
Nabihah
sms/whatsapp: 012-3620750

order here:





Saturday, September 12, 2015

Keistimewaan ESP Shaklee yang Membuatkan Diriku Jatuh Cinta Dengannya

Assalamualaikum

Waktu saya belajar dulu, saya selalu rasa lemau, tidak bermaya, sukar menumpukan pelajaran di dalam kelas. Kalau waktu tengah hari sahaja, perut asyik berbunyi minta diisi. Berkeroncong habis bunyinya. Kriuk kriuk perut tanya mana nasi, mana nasi heheh :p

Lapar sampai boleh makan macam ni :)


Kalau ikut style makan macam gambar atas itu, sampai esok saya kenyang hihi. Sampai esok jugak saya tertidur kroh kroh kroh. Nak makan macam itu, memang perut tak lapar, tapi mata confirm nak terlelap. Sedap tidur hihi.

Nak kata saya ini jenis tak ambil sarapan pagi, ambil je. Jarang skip sarapan. Makan biskut ke, roti ke, kuih ke, semua tak jalan jugak. Kalau makan nasi lemak dah sah-sah saya boleh tertidur dalam kelas. Hihi. Pernah jugak tertidur sambil tersengguk-sengguk. Tak tahu kalau pensyarah nampak ke tidak sebab kelas ada lebih kurang 20 orang sahaja masa tu :D

Jadi, apa saya buat?

Masa itu waktu bulan puasa. Konon-konon nak kulit lebih berseri-seri sedikit masa nak menjelang Syawal kan... hihi. Saya order 1 canister ESP Shaklee. Sebab sudah baca banyak kebaikan ESP ini. Lagipun, saya tak kisah sangat minum air soya. Nak kata favourite masa tu... hmmm... so-so jugak. Tak lah minat sangat.

Lepas dah minum. Rasa lain macam pulak badan. Saya rasa lagi segar, lagi bertenaga, excited dan juga kurang lapar. Memang marvellous lah kesan dia.

Masa saya consume bulan puasa, jadi memang tak terasa sangat lapar tu. Haus adalah, biasalah kan? Tapi memang rasa kenyang dan energy yang lebih baik daripada masa tak ambil ESP Shaklee tu. Bila minum lagi, rasa mak oii.... sedap sungguh rasa dia!! Baru bancuh dengan air kosong. Tak bancuh lagi dengan jus buah ke, yogurt ke, air Nestle Bliss ke hihi.

Bila lama-lama dah suka minum ESP ini, baru tahu yang banyak sungguh kebaikan yang ada dalam satu canister itu.

Sebab ESP sebenarnya lah juga reason yang saya rasakan munasabah sangat untuk join keahlian Shaklee ini. Lagipun, bila dah join, memang dapat beli dan kumpul point setiap bulan. Bila cukup sahaja point itu, boleh beli ESP Shaklee ini lagi banyak-banyak canister. Mehhehhehee ;)

Energizing Soy Protein
Manfaat Energizing Soy Protein (ESP Shaklee)


ESP Shaklee ini juga banyak kelebihannya. Ia sangat-sangat membantu menghilangkan masalah kulit kusam, kulit yang ada jerawat, sering lesu (seperti saya dulu-dulu), keguguran rambut dan badan berisi.

Selain itu, antara kelebihan ESP Shaklee ini ialah ia dibuat tanpa menggunakan soya yang diubah suai secara genetik atau Genetically Modified Organism (GMO). Ia dikawal dengan proses piawaian yang ketat dan lagi seronok, 9 asid amino yang tubuh kita perlukan, tetapi tidak boleh hasilkan ada dalam 1 canister tong ESP ini :)

Lagipun, ia pilihan yang lebih sihat, selamat dan pastinya sangat berkhasiat. Kalau nak tau, banyak supplement dalam produk Shaklee ini, memang dapat kesan yang lebih hebat dan amazing bila di add on dengan ESP Shaklee :)

Jadi, jika anda nak dapat kesan positif seperti mana yang saya dapat, hubungi saya, pengedar sah Shaklee anda. Saya sedia memberi konsultasi eksklusif untuk mendapatkan kesan terbaik untuk anda.

Nabihah Yunus
Shaklee ID: 893006
SMS/Whatsapp/Telegram: 012-3620750
Saturday, November 8, 2014

Testimoni: Pengalaman Pesakit Kanser Usus Minum ESP

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Hari ini saya nak share testimoni yang saya ambil daripada blog Diet Diet Sihat. Pengalaman pesakit kanser usus minum ESP Shaklee dan apa yang beliau rasa setelah mencuba ESP. Ini juga antara sebab kenapa saya makin suka cerita pasal Energizing Soy Protein (ESP) yang best ini hihi ;D.


Pengguna ini merasakan yang setelah mencuba ESP, beliau berasa kenyang dan bertenaga. Kita sendiri tahu, kimoterapi akan memusnahkan sel kanser dan dalam masa sama, ada sel sihat juga musnah. Kalau kita sendiri ada keluarga yang menjalani kimoterapi, pasti tahu yang mereka ini nak makan pun tiada selera kan?

Pengguna ini juga rasa yang kulit makin lembap, berat badan pun sudah kembali ideal, rambut semakin tumbuh dan kuku juga sudah semakin cantik. Sebabnya, ESP ini diperbuat daripada protein soya. Ia bertindak untuk menggantikan sel yang tidak sihat dengan sel sihat. Saya baca testimoni ini pun, saya tumpang gembira. Perubahan positif macam ini, siapa pun suka kan? :)

Berminat untuk membeli produk Shaklee daripada saya?

Hubungi saya, wakil Shaklee bertauliah anda.

Nabihah Yunus
Shaklee ID: 893006
SMS: 012-3620750
Email: nabihah_yunus@yahoo.com


Tuesday, November 4, 2014

Kisah Cinta Saya dan ESP

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Energizing Soy Protein (ESP) ini adalah produk Shaklee pertama yang saya cuba. Masa tu, main cuba-cuba sahaja. Tak terfikir pun masa tu nak jadi ahli :). Bulan Julai 2013, buat pertama kali saya berkenalan dengan ESP.

Kisah Cinta Saya dan ESP yang Hot

- Perut saya kurang berbunyi (kalau tak, bunyi perut saya menyanyi minta diisi kerana kelaparan). Dah makan sarapan pagi pun lapar lagi hihi :D
- Lebih bertenaga, tak rasa lemau lembik badan. Kalau tak saya asyik nak tidur je haha
- Rasa fresh (sama macam kat atas tu). Masa saya start consume ni dekat bulan puasa. Kalau kita berpuasa ganti pun boleh minum. Memang saya rasa badan saya segar sahaja masa bulan puasa
- Kulit rasa lembap dan tak kering. Ini memang saya rasa walaupun masa cuaca panas


Manfaat ESP Shaklee
Selain untuk kulit dan tenaga, ESP juga sangat bagus untuk mendapatkan rambut yang sihat, memastikan sel kulit yang sihat dan mencukupkan keperluan protein yang hilang akibat proses memasak dan menggoreng makanan yang lama.

ESP ini ialah soya protein bukan GMO. Rasanya tulen dan ia juga diperkaya dengan 9 asid amino perlu serta proses pembuatannya dikawal oleh Identity Protection Programme (IPP). Maknanya, proses pembuatan ESP ini dijamin berkualiti, memenuhi dan melalui proses piawaian yang terbaik.

Cara bancuh ESP ini istimewa untuk pelanggan saya sahaja. Ianya esklusif dan yang pasti, banyak kesan positif yang anda akan perolehi. Saya beri jaminan, ESP ini sangat best, istimewa dan bagus untuk mereka yang mementingkan kesihatan dan kecantikan.

Nak kesan lagi best? Saya akan cadangkan vitamin yang sesuai untuk keperluan badan anda. Setiap pembelian dari saya, saya akan invite anda masuk ke group esklusif kami. Saya juga akan pastikan anda mendapat guide dan konsultansi terbaik khas untuk anda.

Feel free to ask me anything ;)

Nabihah Yunus
Shaklee ID: 893006
SMS: 012-3620750
Email: nabihah_yunus@yahoo.com



Thursday, October 16, 2014

Cerita Nabihah dan Miss 'J'

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Siapa Nabihah? Saya lah tu. Hehe. Selalu sayacerita produk guna testimoni orang lain. Hari ini saya nak share testimoni sendiri. Cerita bagaimana saya berkenalan dengan Miss J.

Alkisahnya, sejak sekolah rendah, sekolah menengah sampai saya jadi graduan, saya mempunyai masalah Miss J. Siapa pula Miss J? Tengok gambar di bawah ini. Dapat teka siapa Miss J? Kawan saya cakap tak boleh sebut nama Miss J ini. Nanti dia lagi suka datang. Takut tak? :)


kulit cantik tanpa jerawat
Miss 'J' di dagu


Saya punya seluruh muka, adik dalam gambar ini bersih juga kulitnya hehe. Bila masuk kolej, baru ada kesedaran nak jaga muka secara betul-betul. Masa itu masih tak tahu kepentingan minum air masak, makan buah. Ada juga mak saudara tegur. Sedih tau orang tegur. Kalau dia offer pergi spa ke, bawa pergi jumpa doktor pakar kulit takpelah. Ni masa tengah dengan keluarga dia tegur. Cis, hahah. Itu cerita lama. Kalau saya tahu dari kecil lagi sudah pakai bedak sejuk tempek malam-malam, masker tomato atau masker putih telur.

Lagi satu, saya ada tabiat buruk. Suka picit Miss J, jururawat, apa sahajalah panggilan. Mana nak mengaku muka ada masalah hehe. Ingat picit boleh selesaikan masalah. Namun begitu, makin teruk adalah.

Saya ada pakai produk ini, effort nak cantik. Konon nak kulit macam artis Korea, Song Hye Kyo, pelakon Full House. Nak cantik macam Dato' Siti Nurhaliza lah kalau contoh artis Malaysia. Lambat-laun, baru saya tahu produk yang saya pakai itu ada merkuri dan hidrukuinon (atau salah satu). Produk itu produk dalam negara. Mungkin itu salah sebab kulit saya lambat sembuh.

Dato' Siti Nurhaliza

Song Hye Kyo

Cantik kan kulit mereka berdua? Bersih dan natural beauty. Tanpa mekap pun, kulit mereka sangat saya suka hihi. Berbalik kepada produk yang saya cuba itu, saya belajar yang kesan segera (instant) memang tidak boleh pakai. Kena hati-hati dan memang jangan harap saya hendak beli lagi. I learn my lesson, hard time.

Cerita saya dengan produk S. Kerana awak Miss J, ku bertemu dengan produk S. Bila saya jumpa produk S, saya fall in love. Jatuh cinta pandang pertama. Hehe. Saya sebenarnya bila belajar mengenai produk syarikat S, baru tahu kajian setiap tahun memakan hampir 250 juta dollar America. Juta dollar? Terperanjat tak dengar? Produk ini juga sudah lama di pasaran Malaysia. 26 tahun, sebelum saya lahir lagi. Kehebatan produk ini dengan tag line nya, "Sentiasa Selamat, Sentiasa Berkesan dan Sentiasa Mesra Alam" menambat hati saya.

Ini testimoni saya yang sebelum ini malu-malu kucing nak tunjuk gambar. Saya pun jarang post gambar kerana saya sedar kulit saya masih belum betul-betul sihat lagi. Sekarang, syukur Alhamdulillah dah bersih, banyak jugalah berbanding masa belum kenal produk S ini.

hilangkan jerawat dengan shaklee
Testimoni Set Cantik Shaklee


Sekarang sudah tahu apa produk S? Shaklee ye pembaca yang saya sayang. Itulah my own #shakleeeffect. Shaklee Effect yang berlaku pada saya. Kesan pencahayaan lain, yang gambar sebelum itu waktu pagi dan selepas itu waktu malam. Tapi anda dapat lihat perbezaannya bukan? Perubahan saya sendiri rasa dan alami. Kulit saya yang sebelum itu, lagi teruk pun pernah saya rasa. Masa itu sedih sangat. Kenapa saya tak kulit macam orang lain T_T.

Gambar sebelum itu sebenarnya masa asyik makan dengan lahapnya coklat Daim dari Langkawi itu. Saya penggemar coklat, sehari saya boleh telan dalam 8 biji coklat itu. Sedap sangat makan sampai lupa diri. Lepas itu, ambik kau. Naik terus satu muka, saya tunjukkan belah kanan pipi dan rahang sahaja. Sebab, bahagian itu yang paling obvious huhu. Saya nak cantik untuk Allah dan juga sebagai confidence booster. Penampilan diri sangat penting dari segi pemakaian, kulit yang bersih, gigi cantik dan sebagainya kerana ini akan meningkatkan keyakinan kita untuk bercakap.

Produk yang saya amalkan ialah.....  Set Kecantikan Shaklee terdiri daripada Energizing Soy Protein (ESP), Vitamin B Complex, Vitamin C 500 mg dan Vitamin E Complex. Tambahan saya ambil Meal Shakes, Alfalfa Complex dan Herb-lax.

Banyak sangat eh? Sebenarnya, saya rasa yang betul-betul tunjukkan kesan paling umphh, Energizing Soy Protein, Meal Shakes, Alfalfa Complex dan Herb-lax. Lawas untuk ke tandas hehe. Alfalfa Complex saya ambil kerana ia berkesan untuk detox, untuk mencuci darah dalam badan, membuang bahan yang tidak diperlukan dari tubuh seperti peluh, sisa makanan yang tidak hadam dan angin dalam badan. Memang beza kalau saya ambil Alfalfa Complex ini dengan tidak ambil.

Produk Shaklee memang terjamin kualitinya. Bukan produk buatan kilang dalam rumah atau yang tiada piawaian untuk memastikan produk itu selamat serta tidak mempunyai bahan kimia yang berbahaya.

Saya kongsikan ini untuk kebaikan dan juga tunjukkan kenapa saya jatuh cinta dengan Shaklee. Cubalah. Mana tahu anda dapat kulit idaman yang selalu anda idamkan. Nak kesan optimum pakai produk Shaklee ini, feel free to contact me. Saya akan cuba sedaya upaya membantu anda selesaikan masalah anda. Nak add saya di Facebook pun boleh. Facebook saya Nabihah Yunus.

Baca coretan saya sebelum ini untuk set vitamin premium dan paling cepat kesannya. Ia 100% selamat dan disahkan keberkesanan secara klinikal.


Ini coretan saya, kisah panjang bagaimana saya berkenalan dengan Miss J dan bagaimana Miss J mempertemukan saya dengan produk S (Shaklee).

Nabihah Yunus
Shaklee ID: 893006
www.nabihahyunus.blogspot.com
SMS: 012-3620750
Email: nabihah_yunus@yahoo.com




Saturday, October 4, 2014

Keistimewaan Energizing Soy Protein

Energizng Soy Protein (ESP) antara produk yang popular dari Shaklee. Ia mempunyai kelebihan dan keistimewaan yang tersendiri. Sumber protein penting untuk menggantikan sel yang telah lama dan tidak diperlukan lagi. Protein yang terbaik tentulah sumber yang berasal dari non-GMO (non-Genetically Modified Organism).

tambah tenaga, kulit cantik
Energizng Soy Protein (tahan 1 hingga 2 bulan)


Antara manfaat ESP Shaklee ialah:

- Sumber "Protein Lengkap" dengan 9 amino asid penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan dan sukar doperolehi dari diet seharian.

- Berasaskan tumbuhan (non-GMO soya) yang semulajadi rendah lemah dan rendah kolesterol.

- Terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga berjam-jam lamanya untuk kehidupan yang aktif.

- Membantu mengekalkan kepejalan otot, pemulihan tisu badan dan fungsi enzim dan hormone yang sempurna.

- Membantu mengekalkan paras gula yang normal dalam darah.

- Kandungan lemak dalam ESP sangat minimum iaitu 1 gm.

- Tanpa laktosa di mana kadar penghadaman yang tinggi dan diserap terus ke dalam darah.

- Paling penting tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna dan pengawet.

- Mengandungi 5 vitamin B, 2 mineral dan 8 gram karbohidrat untuk tenaga.


Kesan Sampingan Energizing Soy Protein:

1. Kulit muka cantik, halus, gebu dan berseri.
2. Membantu hilangkan parut jerawat di muka.
3. Memberi tenaga berpanjangan dan menjadikan badan semakin sihat dan kurang letih.
4. Menganjalkan kulit dan menganjalkan kembali payudara yang kendur.
5. Cepat kenyang dan membantu dalam pengurusan berat badan.
6. Menyokong kesihatan imunisasi badan.
7. Mengawal paras kolesterol.
8. Menyokong kesihatan jantung dan prostat.


Jika anda sering lesu, lemah dan penat, ESP Shaklee inilah yang terbaik. Nak kuit cantik pun minum ESP juga :)

Perhatian: Promosi ESP berlangsung bulan Oktober ini. Setiap pembelian 6 tin ESP, akan percuma 1. Setiap pembelian dari saya akan disertakan jadual pengambilan dan konsultansi.


Sila hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan pesanan.

Nabihah
Shaklee ID: 893006
SMS 012-3620750




Tuesday, September 9, 2014

Digestive Health Set

Semalam saya share berkenaan Flawless Beauty Set. Bagi mereka yang inginkan kesan lebih cepat bagi mana-mana produk supplement tidak kisahlah Shaklee ke, dan yang sewaktu dengannya, cuba amalkan Herb-lax atau set lengkap ini, Digestive Health Set. Ia bertujuan untuk membersihkan usus supaya kesan penyerapan zat makanan lebih optimum dan berkesan. Herb-Lax ini berkesan untuk melawaskan pembuangan, terutamanya jika mempunyai sembelit dan susah ke tandas. Saya sudah cuba, memang sedap pergi toilet hehe :D

herb-lax melawaskan sembelit

Herb-Lax (120 biji)


Apa yang Shaklee tawarkan dengan Digestive Health Set:

Sistem penghadaman yang baik adalah asas kepada tubuh yang sihat. Sembelit, mulut berbau, najis berbau, mengidam makanan, perut berangin dan kembung adalah masalah penghadaman yang biasa dialami oleh kebanyakan orang. Sistem penghadaman yang tidak sihat mengakibatkan:

- Penambahan berat badan
- Masalah gastrik
- Perut buncit
- Kanser usus
- Masalah penghadaman
- Sistem imun yang lemah

Set Shaklee Digestive Health dapat membantu meningkatkan kesihatan sistem penghadaman untuk kekal sihat.

Kebaikan set ini termasuk:

- Melegakan sembelit
- Meningkatkan kesihatan sistem penghadaman
- Menyokong kesihatan usus
- Membantu menyahtoksin badan
- Membantu mengurangkan berat badan
- Melegakan perut yang tidak selesa

Antara produk yang ada dalam set awesome ini:

1) Peppermint - Ginger Plus

vitamin segarkan badan

Peppermint-Ginger Plus (90 biji)

2) ESP (Energizing Soy Protein)

Energizing Soy Protein, antara supplement favourite saya :D

3) Alfalfa Complex

vitamin elakkan alahan

Alfalfa Complex (ada saiz besar dan saiz kecil)

Alfalfa Complex juga antara vitamin favourite saya dari Shaklee. Saiz kecil ada 330 biji, manakal saiz besar ada 770 biji.

4) Herb-lax

Gambar paling atas hihi.

Set Digestive Health ini berfungsi untuk melancarkan pembuangan toksin dalam badan dengan berkesan. Jika kita selalu berasa penat, lemah dan tidak bermaya, tandanya badan anda mungkin ada toksin yang banyak.

P/S: Boleh dapat kulit cantik, badan langsing kalau ambil set ini. Tambah lagi makan ikut piramid makanan dan bukan diet secara tidak sihat. Alfalfa Complex dan ESP itu kedua-duanya boleh dibuat masker. Hasilnya, kulit lebih cantik luar dan dalam.

Sudah tentu saya akan berikan panduan yang terbaik bagi setiap customer saya dengan setiap pembelian set ini.

Hubungi,

Nabihah
sms 012-3620750



Friday, June 13, 2014

Asas untuk Kulit yang Cantik dan Sihat

Assalamualaikum dan apa khabar?

Tubuh badan kita memerlukan protein sebagai makanan harian kita. Selain daripada makanan ruji kita iaitu nasi, kita juga perlukan sumber protein daripada ayam, susu, kekacang dan makanan laut sebagai makanan harian untuk memberikan tenaga. Namun begitu, banyak proses yang terjadi di dalam tubuh badan kita yang menyebabkan sumber protein yang terbina itu musnah.Oleh itu, untuk menggantikan protein yang telah musnah itu, kita perlu menggantikannya dengan pengambilan protein yang baru.

Sel dalam badan kita akan digantikan setiap 21 hari. Pernah dengar teknik scrubbing atau exfoliating muka? Dua teknik ini bertujuan untuk membuang sel-sel yang sudah mati dan menggantikannya dengan sel yang baru untuk kesan yang lebih menakjubkan. Kesan gelap dan tidak diingini boleh dihilangkan. Mudah analoginya bukan? Teknik ini memang menjadi pencetus kepada skin care yang lebih berkesan berbanding tiga langkah iaitu membersih (cleansing), melembap (moisturizing) dan menyegarkan (toning).

Sel-sel baru yang hidup akan membantu kulit kita berasa segar dan lebih berseri. Shaklee menawarkan Energizing Soy Protein atau ESP, yang terdiri daripada protein tanpa bahan Genetically Modified Organizm (non-GMO) yang kualitinya dikawal secara ketat oleh Shaklee. Ia diperkayakan dengan zat-zat.

Ini antara kelebihan Energizing Soy Protein atau nama singkatannya ESP:


  • Membina dan memperbaharui sel-sel tisu, hormon dan enzim.
  • Diperlukan oleh mereka yang sentiasa sibuk dan berasa letih, kanak-kanak yang sedang membesar, wanita mengandung dan ibu-ibu yang menyusukan anaknya.
  • Diperlukan untuk kuku, rambut dan kulit. Protein yang berkualiti boleh membantu pertumbuhannya.
  • Protein juga adalah kunci untuk membantu sistem pertahanan bagi melawan penyakit.
Pemilihan protein yang bagus, antara yang perlu kita perhatikan:

- Kandungan lemak yang rendah.
- Mesti mengandungi semua karbohidrat untuk penguasaannya.
- Semua asid amino yang diperlukan mesti ada nisbah berkesan (efficient) protein (Protein Efficiency Ratio) 2.5.
- Tidak mengandungi bahan pengawet, pewarna, bahan perasa dan pemanis. 


ESP - Supplement Protein yang Awesome :)

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Sila hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan pesanan:

✿ Shaklee Independent Distributor 893006
✿ sms 012-3620750





Thursday, May 1, 2014

Info: Energizing Soy Protein, Soya Terbaik

Assalamualaikum dan selamat petang.

Antara produk Shaklee yang popular adalah protein yang berasaskan sumber soya. Energizing Soy Protein ni memang antara produk hot dan boleh digabungkan dengan macam-macam produk Shaklee untuk hasil yang lebih optimum. Saya nak terangkan dengan lebih lanjut keistimewaan soya Shaklee ni.

Pengambilan protein membantu menghasilkan sel baru maka sel mati dan sel lama ini dapat disingkirkan. Apa kelebihan dan kebaikan protein ini sebenarnya?

KEPERLUAN PROTEIN DALAM DIET HARIAN
Protein hakikatnya boleh didapati dalam makanan harian kita seperti ikan, ayam, daging, kekacang dan banyak lagi. Namun protein ini mudah musnah apabila berada dalam suhu masakan yang tinggi. Apabila ini berlaku, tubuh kita akan menyerap saki baki protein yang ada dan selebihnya badan kita menyerap minyak hasil masakan seperti ikan goreng, ayam goreng atau apa jua masakan terutama yang bergoreng.

Badan kita terdiri daripada sel. Dari sel membentuk tisu. Dari tisu membentuk organ. Dari organ membentuk sistem. Protein merupakan makanan kepada sel. Jika sel mendapat cukup protein ditambah dengan protein yang bagus, sel yang sihat akan mudah terbentuk demi menggantikan sel yang lama dan mati. 

Sel         Tisu    Organ     Sistem

PENTINGKAH PROTEIN?
Our body need protein to grow! It’s a basic material of all living cells and organ-building block of the body. Stuktur asas badan manusia adalah sel. Segala penyakit pada zaman moden ini disebabkan oleh pengumpulan sel-sel yang LEMAH & KURANG SIHAT. Keperluan protein yang mencukupi dikatakan kunci kesihatan yang optimum – protein diperlukan untuk menghasilkan hormones, enzymes, antibodies and neurotransmitter.

25% daripada badan kita berasal (diperbuat?) daripada Protein. – kuku, rambut, kulit, otot-otot adalah protein. Malah Dr. Bruce Miller dalam bukunya mengatakan kita adalah protein.

Protein berasal dari perkataan Greek (PROTOS) bermaksud – ‘the first’ dan badan kita terdiri daripada :-

1. 66% Air
2. 25% Protein
3. 8% Lemak
4. 1% Campuran Vitamin dan Mineral

TAHUKAH ANDA ?
Shaklee adalah syarikat pertama yang mewujudkan suplemen protein berasaskan kacang soya. Sebenarnya, pengasingan soya pertama yang pernah dihasilkan adalah dicipta oleh Dr. Forest C. Shaklee pada tahun 1970an. Selang beberapa tahun kemudian, beberapa ujian klinikal telah membuktikan apa yang ditemui oleh Dr. Shaklee sebelumnya iaitu protein soya merupakan sebuah blok binaan utama bagi membina kesihatan jangka panjang.

SHAKLEE ENERGIZING SOY PROTEIN
Ini adalah makanan utama dalam program Shaklee. Amat penting dalam diet harian kita. Ia merupakan minuman berkhasiat, sumber lengkap protein secara biologi yang bermutu paling tinggi yang dihasilkan dari kacang soya. Ia memberi tenaga yang berpanjangan dan membaikpulih sel-sel dan tisu-tisu yang rosak.

Soy Protein Shaklee mengandungi 14 gram protein soya semulajadi yang baik pada setiap hidangan. Diproses dengan air (bukan dengan bahan kimia) bagi mengekalkan sumber semula jadi isoflavones seperti genistein dan daidzein.

Soy Protein tidak mengandungi kolesterol dan laktosa. Ia mengandungi semua asid-asid amino yang diperlukan oleh tubuh anda bagi mengekal tisu-tisu yang sihat, termasuk 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh dengan sendirinya. Produk Protein Soya ini adalah sumber-sumber kalsium dan zat besi yang baik. Selain itu ia tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, pewarna dan bahan pengawet.

PROTEIN SOYA SHAKLEE IALAH NON-GMO SOY!
Shaklee hanya menggunakan protein soya yang tidak diubahsuai genetiknya, iaitu Non-GMO (Non-Genetically Modified Organism), dimana ia disahkan melalui Identity Preservation Program. Program ini memastikan soya yang digunakan oleh Shaklee adalah dipantau dengan ketat dan dikawal sejak mula ditanam, dituai hinggalah diproses.


Cubalah Energizing Soy Protein hari ini. Pasti memikat hati ;)

Hubungi saya,
SID 893006
sms 012-3620750