Showing posts with label Testimoni Saya. Show all posts
Showing posts with label Testimoni Saya. Show all posts
Tuesday, November 4, 2014

Kisah Cinta Saya dan ESP

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Energizing Soy Protein (ESP) ini adalah produk Shaklee pertama yang saya cuba. Masa tu, main cuba-cuba sahaja. Tak terfikir pun masa tu nak jadi ahli :). Bulan Julai 2013, buat pertama kali saya berkenalan dengan ESP.

Kisah Cinta Saya dan ESP yang Hot

- Perut saya kurang berbunyi (kalau tak, bunyi perut saya menyanyi minta diisi kerana kelaparan). Dah makan sarapan pagi pun lapar lagi hihi :D
- Lebih bertenaga, tak rasa lemau lembik badan. Kalau tak saya asyik nak tidur je haha
- Rasa fresh (sama macam kat atas tu). Masa saya start consume ni dekat bulan puasa. Kalau kita berpuasa ganti pun boleh minum. Memang saya rasa badan saya segar sahaja masa bulan puasa
- Kulit rasa lembap dan tak kering. Ini memang saya rasa walaupun masa cuaca panas


Manfaat ESP Shaklee
Selain untuk kulit dan tenaga, ESP juga sangat bagus untuk mendapatkan rambut yang sihat, memastikan sel kulit yang sihat dan mencukupkan keperluan protein yang hilang akibat proses memasak dan menggoreng makanan yang lama.

ESP ini ialah soya protein bukan GMO. Rasanya tulen dan ia juga diperkaya dengan 9 asid amino perlu serta proses pembuatannya dikawal oleh Identity Protection Programme (IPP). Maknanya, proses pembuatan ESP ini dijamin berkualiti, memenuhi dan melalui proses piawaian yang terbaik.

Cara bancuh ESP ini istimewa untuk pelanggan saya sahaja. Ianya esklusif dan yang pasti, banyak kesan positif yang anda akan perolehi. Saya beri jaminan, ESP ini sangat best, istimewa dan bagus untuk mereka yang mementingkan kesihatan dan kecantikan.

Nak kesan lagi best? Saya akan cadangkan vitamin yang sesuai untuk keperluan badan anda. Setiap pembelian dari saya, saya akan invite anda masuk ke group esklusif kami. Saya juga akan pastikan anda mendapat guide dan konsultansi terbaik khas untuk anda.

Feel free to ask me anything ;)

Nabihah Yunus
Shaklee ID: 893006
SMS: 012-3620750
Email: nabihah_yunus@yahoo.com



Thursday, October 16, 2014

Cerita Nabihah dan Miss 'J'

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Siapa Nabihah? Saya lah tu. Hehe. Selalu sayacerita produk guna testimoni orang lain. Hari ini saya nak share testimoni sendiri. Cerita bagaimana saya berkenalan dengan Miss J.

Alkisahnya, sejak sekolah rendah, sekolah menengah sampai saya jadi graduan, saya mempunyai masalah Miss J. Siapa pula Miss J? Tengok gambar di bawah ini. Dapat teka siapa Miss J? Kawan saya cakap tak boleh sebut nama Miss J ini. Nanti dia lagi suka datang. Takut tak? :)


kulit cantik tanpa jerawat
Miss 'J' di dagu


Saya punya seluruh muka, adik dalam gambar ini bersih juga kulitnya hehe. Bila masuk kolej, baru ada kesedaran nak jaga muka secara betul-betul. Masa itu masih tak tahu kepentingan minum air masak, makan buah. Ada juga mak saudara tegur. Sedih tau orang tegur. Kalau dia offer pergi spa ke, bawa pergi jumpa doktor pakar kulit takpelah. Ni masa tengah dengan keluarga dia tegur. Cis, hahah. Itu cerita lama. Kalau saya tahu dari kecil lagi sudah pakai bedak sejuk tempek malam-malam, masker tomato atau masker putih telur.

Lagi satu, saya ada tabiat buruk. Suka picit Miss J, jururawat, apa sahajalah panggilan. Mana nak mengaku muka ada masalah hehe. Ingat picit boleh selesaikan masalah. Namun begitu, makin teruk adalah.

Saya ada pakai produk ini, effort nak cantik. Konon nak kulit macam artis Korea, Song Hye Kyo, pelakon Full House. Nak cantik macam Dato' Siti Nurhaliza lah kalau contoh artis Malaysia. Lambat-laun, baru saya tahu produk yang saya pakai itu ada merkuri dan hidrukuinon (atau salah satu). Produk itu produk dalam negara. Mungkin itu salah sebab kulit saya lambat sembuh.

Dato' Siti Nurhaliza

Song Hye Kyo

Cantik kan kulit mereka berdua? Bersih dan natural beauty. Tanpa mekap pun, kulit mereka sangat saya suka hihi. Berbalik kepada produk yang saya cuba itu, saya belajar yang kesan segera (instant) memang tidak boleh pakai. Kena hati-hati dan memang jangan harap saya hendak beli lagi. I learn my lesson, hard time.

Cerita saya dengan produk S. Kerana awak Miss J, ku bertemu dengan produk S. Bila saya jumpa produk S, saya fall in love. Jatuh cinta pandang pertama. Hehe. Saya sebenarnya bila belajar mengenai produk syarikat S, baru tahu kajian setiap tahun memakan hampir 250 juta dollar America. Juta dollar? Terperanjat tak dengar? Produk ini juga sudah lama di pasaran Malaysia. 26 tahun, sebelum saya lahir lagi. Kehebatan produk ini dengan tag line nya, "Sentiasa Selamat, Sentiasa Berkesan dan Sentiasa Mesra Alam" menambat hati saya.

Ini testimoni saya yang sebelum ini malu-malu kucing nak tunjuk gambar. Saya pun jarang post gambar kerana saya sedar kulit saya masih belum betul-betul sihat lagi. Sekarang, syukur Alhamdulillah dah bersih, banyak jugalah berbanding masa belum kenal produk S ini.

hilangkan jerawat dengan shaklee
Testimoni Set Cantik Shaklee


Sekarang sudah tahu apa produk S? Shaklee ye pembaca yang saya sayang. Itulah my own #shakleeeffect. Shaklee Effect yang berlaku pada saya. Kesan pencahayaan lain, yang gambar sebelum itu waktu pagi dan selepas itu waktu malam. Tapi anda dapat lihat perbezaannya bukan? Perubahan saya sendiri rasa dan alami. Kulit saya yang sebelum itu, lagi teruk pun pernah saya rasa. Masa itu sedih sangat. Kenapa saya tak kulit macam orang lain T_T.

Gambar sebelum itu sebenarnya masa asyik makan dengan lahapnya coklat Daim dari Langkawi itu. Saya penggemar coklat, sehari saya boleh telan dalam 8 biji coklat itu. Sedap sangat makan sampai lupa diri. Lepas itu, ambik kau. Naik terus satu muka, saya tunjukkan belah kanan pipi dan rahang sahaja. Sebab, bahagian itu yang paling obvious huhu. Saya nak cantik untuk Allah dan juga sebagai confidence booster. Penampilan diri sangat penting dari segi pemakaian, kulit yang bersih, gigi cantik dan sebagainya kerana ini akan meningkatkan keyakinan kita untuk bercakap.

Produk yang saya amalkan ialah.....  Set Kecantikan Shaklee terdiri daripada Energizing Soy Protein (ESP), Vitamin B Complex, Vitamin C 500 mg dan Vitamin E Complex. Tambahan saya ambil Meal Shakes, Alfalfa Complex dan Herb-lax.

Banyak sangat eh? Sebenarnya, saya rasa yang betul-betul tunjukkan kesan paling umphh, Energizing Soy Protein, Meal Shakes, Alfalfa Complex dan Herb-lax. Lawas untuk ke tandas hehe. Alfalfa Complex saya ambil kerana ia berkesan untuk detox, untuk mencuci darah dalam badan, membuang bahan yang tidak diperlukan dari tubuh seperti peluh, sisa makanan yang tidak hadam dan angin dalam badan. Memang beza kalau saya ambil Alfalfa Complex ini dengan tidak ambil.

Produk Shaklee memang terjamin kualitinya. Bukan produk buatan kilang dalam rumah atau yang tiada piawaian untuk memastikan produk itu selamat serta tidak mempunyai bahan kimia yang berbahaya.

Saya kongsikan ini untuk kebaikan dan juga tunjukkan kenapa saya jatuh cinta dengan Shaklee. Cubalah. Mana tahu anda dapat kulit idaman yang selalu anda idamkan. Nak kesan optimum pakai produk Shaklee ini, feel free to contact me. Saya akan cuba sedaya upaya membantu anda selesaikan masalah anda. Nak add saya di Facebook pun boleh. Facebook saya Nabihah Yunus.

Baca coretan saya sebelum ini untuk set vitamin premium dan paling cepat kesannya. Ia 100% selamat dan disahkan keberkesanan secara klinikal.


Ini coretan saya, kisah panjang bagaimana saya berkenalan dengan Miss J dan bagaimana Miss J mempertemukan saya dengan produk S (Shaklee).

Nabihah Yunus
Shaklee ID: 893006
www.nabihahyunus.blogspot.com
SMS: 012-3620750
Email: nabihah_yunus@yahoo.com