Showing posts with label B Complex. Show all posts
Showing posts with label B Complex. Show all posts
Monday, November 17, 2014

Atasi Stress dengan B Complex Shaklee

Stress atau tekanan adalah satu masalah yang jika tidak diatasi dengan betul, boleh membawa kepada kemurungan. Ada stress yang baik dan stress yang tidak baik, contohnya stress menghadapi peperiksaan dan stress terhadap alam pekerjaan. Mungkin juga stress dengan bau asap rokok hihi.

Jika stress ini berlarutan dan mengganggu kitaran tidur atau mengganggu hal peribadi seperti pergaulan dengan keluarga, boleh cuba mencari alternatif seperti berbincang dengan orang rapat dan melakukan aktiviti menarik seperti window shopping dan berbasikal.

Asalkan aktiviti itu yang tidak membuatkan kita semakin stress ye hehe.

Saya pun pernah berdepan dengan tekanan dan vitamin yang saya ambil antaranya ialah B Complex dari Shaklee.

vitamin b complex
B Complex Shaklee (120 biji)



Bgaimana B Complex Shaklee Membantu Mengurangkan Stress

Vitamin B ialah vitamin larut air yang memainkan peranan penting dalam fungsi imun dan sistem saraf, pertumbuhan sel, pengeluaran tenaga, metabolisma lemak serta kabohidrat, pertumbuhan dan perkembangan normal, kesihatan mental dan tekanan.

B Complex terdiri daripada 8 vitamin penting termasuklah 100 % biotin dan asid folik.

1. Vitamin B1 - membantu mengurangkan kelesuan, keresahan, mempertingkatkan kecergasan mental, melancarkan peredaran darah, meningkatkan stamina badan, menyihatkan sistem pencernaan dan memperbaiki metabolisma.

2. Vitamin B2 - membantu mengurangkan keletihan mata, katarak, jangkitan lidah, membantu mengaktifkan B6 dan asid folik.

3. Vitamin B3 - membantu mengurangkan pengaliran kolesterol dalam darah, memperbaiki kesihatan kulit, rambut,

4. Vitamin B5 (Asid Panthothenic) - membantu memainkan peranan penting dalam melegakan tekanan/stress. Sering dirujuk sebagai vitamin "anti-tekanan". Menurut University of Maryland Medical Centre, ia penting untuk pengeluaran hormon yang berkaitan dengan tekanan yang dihasilkan dalam kelenjar adrenal.

5. Vitamin B6 - penting dalam proses asid amino, membantu mengawal serotonin dalam otak (ketidakseimbangan boleh menyebabkan depresi), membantu mengurangkan senggugut, membantu menenangkan emosi, mengurangkan kekejangan otot dan sebagainya.
Perubahan dalam tahap serotonin boleh mengubah mood dan menjejaskan keupayaan seseorang untuk menghadapi tekanan/stress.

6. Vitamin B12 - membantu meningkatkan selera makan, membantu memperbaiki tindak balas saraf, membantu mengelakkan anemia, keletihan, baik untuk kecerdasan otak, kekuatan fizikal, memori dan fokus.

7. Biotin - membantu B Complex menjadi lebih efektif, mengurangkan ekzema dan keradangan kulit.

8. Asid folik - membantu kesihatan fetus, mengurangkan risiko sakit jantung dan kanser serviks, anemia, stress, ulser mulut dan sebagainya.

Ini ada testimoni pengguna B Complex Shaklee:
testimoni B Complex
Testimoni B Complex

Hubungi saya, wakil Shaklee anda:



Nabihah Yunus
Shaklee ID:893006
SMS: 012-3620750
Email: nabihah_yunus@yahoo.com

 
Sunday, November 16, 2014

Shaklee Membantu Mengatasi Masalah Batu Karang

Secara umumnya, kaum lelaki lebih cenderung untuk mengalami penyakit batu karang. Namun begitu, kaum wanita juga tidak terkecuali terdedah kepada bahaya penyakit ini. Penyakit ini bukanlah asing dalam kalangan kita semua. Mungkin kerana penyakit ini jarang didedahkan dengan bahayanya berbanding penyakit seperti demam denggi dan obesiti.




Apakah Penyakit Batu Karang?

Batu karang ialah sejenis penyakit yang menyukarkan pesakit untuk membuang air kecil. Batu karang atau 'renal stone' bermaksud ada batu di buah pinggang atau saluran kencing seseorang itu. Batu karang terbentuk daripada zat kalsium yang bercampur dengan bahan-bahan lain dalam badan dan akhirnya 'membentuk' batu-batu kecil dipanggil kristal dan apabila bahan-bahan lain terkumpul atau berkelompok, lama-kelamaan ia membesar sehingga dipanggil batu karang . 


Golongan yang Sering Mendapat Batu Karang

Kategori umur yang sering mengalami batu karang ialah di antara 20 hingga 40 tahun. Ada juga yang berdepan dengan penyakit ini pada umur lebih muda dari 20 tahun dan lebih tua dari mereka yang berumur 40 tahun namun ia jarang berlaku.


Bagaimana Batu Karang Boleh Berlaku?

Batu karang boleh berlaku kerana beberapa faktor. Faktor yang utama adalah disebabkan tubuh seseorang itu kurang air. Sebab tubuh kekurangan air ialah air yang diminum kurang dan dalam masa sama, individu itu kuat berpeluh. Selain itu, kemungkinan batu karang terbentuk ialah tabiat pemakanan individu itu sendiri iaitu makan makanan yang mengandungi protein tinggi seperti daging merah, makan makanan masin, minum banyak kopi dan teh. Faktor lain termasuk penyakit ini mudah berlaku jika seseorang itu ada penyakit kencing manis dan darah tinggi.


Simptom Batu Karang

✿ Kesakitan pada bahagian abdomen iaitu sisi kanan dan kiri pinggang
✿ Kesakitan seperti berdenyut-denyut, berat dan sakit melilit yang amat sangat
✿ Terasa loya, hendak muntah dan berpeluh-peluh
✿ Sukar untuk kencing atau langsung tidak boleh kencing
✿ Kencing berdarah atau bercampur dengan nanah
✿ Demam dan menggigil


Nasihat dan Saranan

Minum air dalam kuantiti yang banyak iaitu 2.5 liter sehingga 3.0 liter sehari. Selain itu, kurangkan pengambilan daging merah, makanan laut, kategori makanan yang mempunyai asid urik yang tinggi serta kopi dan teh.


Set Shaklee yang Dicadangkan untuk Batu Karang:

Selain minum air kosong atau air masak dalam kuantiti yang banyak dan menjaga pemakanan, kita boleh mengambil alternatif lain iaitu menggunakan produk Shaklee. Set yang dicadangkan mengandungi supplement B Complex, Sustained Release Vitamin C Plus, Ostematrix dan Alfalfa Complex.

atasi penyakit batu karang


Bagaimana Supplement Shaklee Bertindak:

1. B Complex: Membantu menurunkan oksalat (garam mineral) yang membentuk batu karang

2. Vitamin C: Membantu mengasidkan air kencing dan batu karang tidak akan terhasil dalam air kencing yang berasid

3. Ostematrix: Mengandungi magmesium yang mampu menurunkan oksalat dan mencegah pembentukan batu karang

4. Alfalfa Complex: Membantu menurunkan infeksi (jangkitan) dan inflamasi (keradangan)


Berminat dengan produk Shaklee?

Hubungi saya, wakil Shaklee anda:

Nabihah
Shaklee ID: 893006
SMS 012-3620750
Email: nabihah_yunus@yahoo.com