Tuesday, September 8, 2015

5 Mutiara Kata untuk Pedoman Hati yang Selalu Sensitif

Assalamualaikum

Tajuk dengar best kan? Mutiara kata ye bukan mutiara naga. Naga tu mitos je. Haha. Kecuali buah naga, yang tu memang wujud dan sedap dimakan yum yum yum :)

Dah saya tak melalut lagi ni hihi...

Mutiara kata ni saya ambil daripada one of my favourite mentors, Puan Lyna Noh atau Master Lyna Noh, my super upline dalam Shaklee. Saya sempat tulis apa yang beliau share kat personal akaun Facebook beliau.

Memang betul pun apa yang disharekan.

Meh saya tulis balik apa yang best sangat dan tepat kena batang hidung I ni yang tak berapa mancung :p

Sebab banyak sangat saya tersilap dalam adab berkawan sebenarnya. Moga anda semua tak buatlah silap dan think positive. Positive vibe je ada selalu hihi :

5 Mutiara Kata:

1. Kalau orang cerca kita, tak usah balas balik. Bila kita diam, malaikat yang setelkannya. Kalau kita balas, setan terus datang ambil port.



2. Tabirkan diri dari benda-benda negatif. Ada kawan negatif? Jangan putuskan silaturrahim, tapi tabirkan diri. Macam mana nak tabirkan? Jangan izinkan hati kita cenderung pada negativiti orang keliling. Kita berhak menentukan respon kita. Berkawanlah dengan lingkungan yang positif dan kuat berusaha.

3. Bila ada orang benci kita, jangan benci dia balik, tapi perbaiki diri dan doakan beliau bahagia dan hilang perasaan negatif di hatinya terhadap sesiapa pun.

4. Usah harapkan orang lain buat baik dengan kita kalau kita belum buat baik dengan orang.



5. Jangan terlalu sensitif dan sibuk memikirkan perasaan orang lain terhadap kita. Mungkin mereka tak peduli pun tentang kita. Gunakan masa untuk upgrade diri.

******************************

Ada rasa macam terkena batang hidung sendiri tak? Hmm... biasalah kadang-kadang kita ni mudah sentap. Mudah melatah. Memang saya pun selalu menyirap kalau orang cakap bukan-bukan,benda tak berfaedah ni.

Tapi, apa yang saya buat? Buat tak kisah pun. Ada aku kisah? AAK? Buang habis beras je cakap keburukan orang. Sebab tak semua perfect dan sempurna di mata kita, manusia yang serba serbi tak sempurna ini.

Sedangkan Nabi Muhammad, semulia-mulia manusia, kekasih Allah pun diuji dengan cara orang kafir Quraisy hina baginda, dibaling benda seperti batu, yang buat darah mulia baginda meleleh keluar, inikan kita, yang belum tentu baik dan cantik isi hati kita.

Kita semua manusia, memang ada limit jugak. Kadang-kadang nak mengamuk, nak marah. Cuma tarik nafas, kurangkan dan kalau boleh, berhenti terus fikir benda keburukan dan negatif ini yer? :D

Saya suka sangat point Puan Lyna Noh. Memang mendalam. Heeee... haaa... if you are wondering macam mana nak kurangkan stress, rasa sakit kepala fikir benda pelik-pelik ni, saya suka suggest Vitamin B Complex dari Shaklee..

Memang berkesan sebab ia vitamin anti-stress. Gabungkan sekali dengan Vita-lea (multivitamin juga dari Shaklee), kesan dia memang hebat. Ada zikir yang akan saya ajarkan tentang macam mana nak kurangkan rasa stress, menyampah dengan perangai orang sekeliling. Sebab mulut manusia ni bukan boleh tutup kan? Kita muhasabah, fikir yang positif je hokey? :)

Mesej saya untuk sesiapa yang berminat dengan supplement anti-stress ini hihi ;)

Nabihah Yunus
Shaklee ID: 893006
SMS/Whatsapp/Telegram: 012-3620750

2 comments:

  1. setuju 5 tips di atas, hehe~ semoga kita tabah dalam mengejar kebaikan dunia akhirat :)

    oh yaaaaa...,

    sy amek vit c je, huhu, nanti nk try vit e plak ~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes. Good2. Thank you singgah sini :)

      Delete