Wednesday, November 19, 2014

Langkah-langkah untuk Mendapatkan Kulit Berseri

Kalau kulit bersih tapi kusam sahaja pasti mendatangkan masalah bukan? Langkah-langkah yang sesuai patut dimulakan dari sekarang terutamanya jika seseorang itu menampilkan keterampilan dan perlu sentiasa kelihatan cantik sepanjang masa.

Hari ini saya ingin berkongsi beberapa langkah untuk mendapatkan kulit yang berseri-seri.

kulit berseri tanpa mekap
Kulit Berseri tanpa Mekap Idaman Kita Semua


1. Gunakan Krim Pelindung Matahari atau Sunblock

Sebab kenapa kita perlu memakai sunblock ialah pendedahan terhadap cahaya matahari akan menjadikan kulit jadi tua dan meningkatkan risiko kanser kulit.

2. Berhenti Merokok

Tabiat merokok mempunyai kesan merosakkan yang sama seperti pendedahan kepada cahaya matahari,terutamanya meningkatkan kedutan dan kekeringan kulit.

3. Bersenam Secara Kerap

Bersenam membantu peredaran darah dalam badan, dan ia memberikan kulit berseri-seri secara sihat.

senaman
Bersenam

4. Tidur yang Mencukupi

Tidur secara cukup akan membantu mengelakkan lingkaran gelap bawah mata dan kulit kendur.

5. Makan "Makanan untuk Kulit" yang Sihat

Contoh seperti ikan, yogurt, buah-buahan berry, sayur-sayuran hijau dan sumber asid lemak penting seperti walnut dan flax seeds.

makanan yang sihat
Contoh Makanan untuk Kulit


6. Minum 8 Gelas Air Sehari

Ia membuatkan organ-organ besar mendapatkan hidrasi, termasuklah kulit.

7. Kekalkan Kulit yang Bersih

Sentiasa konsisten kepada ritual harian yang terdiri daripada membersih, menyegar, dan melembap dan gunakan skrub sekurang-kurangnya dua kali seminggu.

Jika kita mengekalkan habit yang sihat ini, sudah tentu kita semua dapat kulit yang lebih sihat.

Tips tambahan => amalkan supplement seperti Shaklee supaya kulit kita sentiasa mendapat nutrisi yang optimum dan sihat sepanjang masa.

Hubungi saya, wakil Shaklee anda:

Nabihah Yunus
Shaklee ID: 893006
SMS: 012-3620750
Email: nabihah_yunus@yahoo.com



2 comments:

  1. Kecantikkan wanita adalah asli bila tidak ber make up..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul2. cuma skrg stigma masyarakat dan alam kerja, kena pakai mekap :)

      Delete