Air masak memang sangat penting dalam kehidupan kita. Tahukah anda bahawa tanpa minum air masak atau air kosong selama 3 hari, ia boleh meragut nyawa kita? Ia keperluan asas ye, yang memang kita kena ambil setiap hari.
Antara kesan kekurangan air masak yang utama:
- Badan rasa lemah, penat dan mudah pitam
- Sukar pergi ke tandas
- Kulit menjadi kering
- Rambut dan kuku yang tidak bermaya
- Sukar melakukan aktiviti harian
Itu kesan jika kekurangan air masak. Bagaimana dengan kebaikan minum air masak?
Antara kelebihan dan manfaat minum air masak termasuklah:
- Badan akan membuang toksin secara berkesan
- Dapat melakukan aktiviti harian dengan lebih selesa
- Kerap pergi tandas
- Rambut dan kuku kelihatan lebih sihat
- Kulit kelihatan lebih lembap
- Membantu mengelakkan badan panas
- Membantu sistem penghadaman yang lebih lancar
Ada banyak sangat kelebihan minum air masak ini. Mungkin bagi sesetengah orang, mereka tidak dapat minum air masak secara banyak dalam masa satu hari. Boleh cuba tips ini, ambil buah-buahan sitrus seperti lemon dan limau dan perahkan ke dalam satu gelas air masak itu. Jadi, rasanya pun taklah rasa kosong sahaja.
Jom minum air masak untuk kesihatan yang berpanjangan!
0 comments:
Post a Comment