Friday, October 17, 2014

Manfaatkan Bahan Semulajadi untuk Kecantikan

Petua untuk cantik hari ini saya ambil dari Majalah Mingguan Wanita, Julai-Ogos 2013 bersempena Edisi Khas Aidilfitri. Petuanya mudah dan senang, murah dan pantas dan boleh didapati dari dapur rumah sendiri. Mudah dan senang sahaja :).

Boleh dapat feeling macam wanita Melayu terakhir ;).

collagen powder shaklee
Datin Norjuma


Cantikkan kulit wajah Datin Norjuma? Contoh wanita Melayu yang lembut dan sopan serta mempunyai perwatakan yang menarik. Bersih dan sihat kulit beliau. Inshaallah, kita semua pun dapat kulit seperti beliau.

Ini saya kongsikan ikhtiar untuk kecantikan dan awet muda yang boleh dilakukan sebagai sesi rawatan muka dan badan tanpa menelan belanja banyak.

Petua Mudah Menggunakan Bahan Semulajadi

1. Untuk wajah yang bersih dan bersinar, amalkan makan kelopak bunga mawar merah setiap hari.

2. Selain itu, air rebusan inai juga dapat mengatasi wajah yang pucat. Tumbuhan ini juga amat bermanfaat untuk kesihatan dalaman wanita.

3. Tekap mata dengan uncang teh selama 10 minit. Petua ini dapat menyegarkan mata dan menghilangkan lingkaran gelap di bawah mata.

4. Sesetengah orang mengalami masalah rambut kering dan gugur ketika bulan puasa. Bagi mengatasinya, ramas daun bunga raya sehingga keluar lendir. Tapis dan buang hampasnya, satu pati ini di kulit kepala dan rambut. Kemudian, balut kepala dengan tuala selama 10 minit. Hasilnya, rambut sihat dan bersinar dan kulit kepala terasa segar serta sejuk.

5. Lenyekkan tomato sehingga lumat, lumur pada wajah dan biarkan sehingga kering. Kemudian bilas dengan air putih. Masker semula jadi ini akan membuatkan kulit wajah licin, lembut dan sekata.

6. Agar bibir merah dan merekah bak delima, sapukan madu pada bibir setiap malam sebelum tidur. Apabila bangun pagi, cuci lebihan sisa madu di bibir dengan hirisan limau nipis.

7. Kulit badan juga jangan diabaikan. Untuk miliki kulit yang cerah dan kemerahan, gosok setiap inci tubuh anda dengan hampas kelapa. Ia akan menanggalkan daki dan membuatkan kulit lembut dan lembap.

Nak kulit dapat kesan lagi best? Cubalah gabungkan semua tips di atas dengan Shaklee Collagen Powder, di mana ia mampu memberikan kulit glowing, gebu dan awet muda.

Selamat mencuba!


Nabihah Yunus
Shaklee ID: 893006
www.nabihahyunus.blogspot.com
SMS 012-3620750

4 comments:

  1. bihah....nak tanye, camne buat title post tuh centre yer?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aisya, cuba tengok link ni. simple dan mudah tutorial dia ;)

      http://www.herandnicole.com/2013/03/how-to-center-your-post-title-and-date.html

      Delete
  2. bihah2222.... susahlah nak bubuh komen bila ade word verification...buleh tak buang kan? kite tadi tengah nk key-in word verification tuh, tibe2 dia berubah plak....ahhahaha...kite pening kejab... hehehehhe :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok. nak betulkan. kadang2 blog ni pening sikit buat hal
      first time tau dia kluarkan word verification. sori Aisya

      Delete