Saya baca blog Puteri Kasih, dan tuan blogger cerita mengenai kebaikan mandi air sejuk. Bagus ke tak mandi air sejuk berbanding air panas? Sebenarnya mandi air sejuk lebih elok dari air panas, dan agama Islam sendiri menggalakkan mandi air sejuk. Pasti ada sebabnya kenapa agama sendiri menggalakkan mandi air sejuk berbanding air panas.
Meningkatkan Sistem Imuniti
- Selain meningkatkan kekebalan tubuh, air sejuk yang disiramkan ke tubuh dapat meningkatkan sel darah yang dapat melindungi diri dari terkena jangkitan penyakit seperti demam, selesema dan batuk.
Melegakan Selesema
- Mandi dengan air sejuk ketika selesema dapat merendahkan suhu badan seterusnya mengelak dari hidung tersumbat.
Mengatasi Masalah Darah Beku
- Air sejuk dapat melancarkan perjalanan darah dalam tubuh kita dan membuatkan tubuh kita berasa lebih sihat dan bertenaga.
Menurunkan Berat Badan
- Bagi sesiapa yang ingin menurunkan berat badan, memang disyorkan untuk mandi air sejuk kerana ia dapat merangsang penghasilan lemak untuk bertindak membakar timbunan lemak jahat. Lemak sendiri boleh dikategorikan kepada dua, iaitu lemak baik dan lemak jahat.
Menghilangkan Tekanan
- Suhu dingin dari air sejuk akan meresap ke dalam badan, dapat membantu untuk merehatkan diri dan juga meningkatkan sistem metabolisme (kadar kalori dalam badan terbakar).
Menyihatkan Paru-paru
- Ketika mandi dengan air sejuk, paru-paru akan terbuka dan membuatkan pernafasan lebih baik dan selesa.
Banyak kebaikan mandi menggunakan air sejuk. Patutlah orang zaman dahulu suka mandi menggunakan air dari perigi. Sejuk memang sejuk, dan tidak hairanlah kebanyakan orang yang suka mandi pagi dengan air sejuk ini tubuh badan mereka sihat dan bertenaga.
Sebab tuer kita digalakkan mandi awal pagi kerana waktu itu air memang sejuk secara semulajadi.
ReplyDeletebetul. badan best je rasa kan mandi air sejuk?
Deleteair sejuk elok mandi pagi2...kalau dah malam2 mandi air sejuk...sakit urat nnt...hehehe
ReplyDeletememang betul. saya ada baca kalau pesakit diabetes better mandi air panas. malam2 tak sesuai sangat air sejuk hehe :)
Deletepagi2 mmg bagus mandi air sejuk, memang lagi segar & awet muda. lagipon before solat elok mandi dulu
ReplyDeletepetua sihat dan cantik mandi air sejuk kan Dr?
Delete:D
biarpun cuaca sejuk...tetap best mandi air sejuk kan :D
ReplyDeletebetul2. segar sangat rasa. thank you so much bagi share Puteri :)
Delete