Friday, October 24, 2014

Amalan Hilangkan Resah dan Stress

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Pernah tak anda rasa resah, gelisah dan hilang punca? Anda tak tahu apa yang terjadi pada diri, mood asyik nak mengamuk sahaja? Saya sendiri ada juga perasaan begitu. Rasa macam penat sangat tapi tak buat pun kerja apa-apa.

Nak tidur pun kejap pusing ke kiri, kejap pusing ke kanan. Macam satu benda pun tak jadi.

Kredit: Uncle Google

Tu orang putih punya cara. Kalau cara kita, cara Islam bagaimana?

Saya pernah tanya kepada mentor saya, Puan Siti Nurazlina atau nama glamour beliau Lyna Noh. Beliau cuma cakap kepada saya, baca zikir Fatimah, Subhanallah 33 kali, Alhamdulillah 33 kali dan Allahuakbar 33 kali.

Sebenarnya kan, saya ingatkan beliau nak suggestkan saya makan B Complex Shaklee atau Cinch Tea Mix, juga dari Shaklee. Pasal saya mengadu yang saya rasa penat, stress atas sebab tertentu, tapi saya tak cerita kenapa saya stress.

Saya sekarang masih bujang, berbanding dengan mentor saya di mana beliau mempunyai tiga anak lelaki. Bayangkan anak lelaki kecil, dalam lingkungan umur 3 tahun ke 7 tahun, betapa lasak untuk diuruskan. Nasihat beliau membuka mata saya supaya jangan pertikaikan amalan-amalan sunat dan paling penting, dahulukan amalan wajib. Beliau juga mempunyai ranking tertinggi dalam Shaklee dan Insya Allah, saya akan ikut jejak langkah beliau. Doakan saya ye pembaca yang saya sayang ;).

Stress ada yang baik dan buruk. Kalau kita tahu itu stress yang baik, seperti nak jawab kertas peperiksaan, itu tiada masalah besar. Itu sebagai motivasi kita supaya hendak berjaya. Jika stress yang tak baik, cuba tarik nafas dalam-dalam. Cuba berdepan dengan kelemahan kita dan perbaiki supaya itulah kali terakhir kita buat kesilapan yang sama.

Lagi satu, beliau juga menasihatkan saya mendekati al-Quran dan buku membangun jiwa sebagai teman. Insya Allah stress pun tidak mahu datang.

Kesimpulannya, cubalah amalkan zikir Fatimah setiap hari. Lagi elok, panjatkan kesyukuran dan berdoa kepada Tuhan Yang Maha Esa (jika anda bukan Muslim, bolehlah baca doa mengikut agama anda). Doa seperti minta bersihkan hati, kuatkan iman dan tidak mudah putus asa.

Terima kasih kerana membaca.


0 comments:

Post a Comment