Wednesday, October 15, 2014

Lima Langkah Dapatkan Kulit Cantik dan Cun

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Tips ini saya ambil daripada kawan blogger saya. Klik sini untuk lawat artikel yang dikongsi beliau.

Sekarang memang kena waspada dan berhati-hati pilih produk. Kalau tersalah pilih produk kecantikan yang mengandungi merkuri dan hidrokuinon, parah ye. Nak pulihkan memang ambil masa, bukan seminggu dua. Oleh itu, lebih baik ambil langkah berjaga-jaga, bukan?

Lima langkah untuk dapatkan kulit cantik ini sangat mudah tetapi kalau diabaikan, memang kesan tak memuaskan lah.

Tanpa membuang masa, jom baca:

1. Jalani gaya hidup yang sihat

Untuk membuat kulit tetap cantik, dianjurkan untuk minum air putih lebih kurang 8 gelas sehari. Lebih kurang 2 liter. Kurang minum akan membuat kulit dehidrasi dan menjadi kering serta rapuh.

Selain itu, banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran agar tubuh dan kulit mendapatkan nutrisi yang cukup.

2. Dapatkan produk yang dapat membantu memperbaiki kulit

Beberapa produk yang boleh membantu mempertingkatkan kecantikan kulit antaranya ialah losyen, toner, pelembap, make-up remover dan skrub.

Pilihlah produk yang sesuai dengan jenis kulit. Jika anda mempunyai kulit kering, pakailah produk yang dikhaskan 'untuk kulit kering'. Jika anda berkulit sensitif, pilihlah produk yang dikhaskan 'untuk kulit sensitif'.

3.   Pastikan mencuci muka setiap hari

Basahilah muka dengan air hangat untuk membuka pori-pori kulit. Pakailah pembersih atau skrub wajah dan usapkan wajah dalam gerakan melingkar. Kalau pakai steamer, pastikan pemakaian paling lama 30 minit sahaja, kerana ia bertindak mengeringkan kulit jika didedahkan terlalu lama.

4. Bersihkan wajah dari mekap

Selalu bersihkan wajah daripada mekap atau riasan sebelum tidur. Sisa mekap hanya akan menutup liang pori, terutamanya jika tidak dibersihkan dengan betul, membuatkan muka berjerawat dan munculnya bintik hitam.

5. Komited dan sabar

Lakukan proses di atas selama seminggu dan anda akan dapat lihat hasilnya. Paling penting, konsisten dan berterusan.

Apa yang ditekankan ialah kecantikan dan penjagaan kulit yang betul mesti seiring. Macam aur dan tebing. Kulit yang cantik memang jadi idaman, dan langkah penjagaan yang betul juga diperlukan.

Selain tips di atas, boleh juga cuba mengambil supplement Shaklee. Saya berani jamin hasilnya memang tip top. Bulan ini pun ada promosi Energizing Soy Protein (ESP). Makanan tambahan berasaskan soya non-GMO (tidak diubah suai genetiknya) yang memberikan energy booster dan dalam masa sama, membantu mencantikkan kulit. Lagi-lagi kalau tambah set kecantikan Shaklee yang lain :).

Di bawah ini saya share entry lepas kenapa kita semua WAJIB ambil ESP:

Kebaikan ESP

Promosi ini sampai 31 Oktober ye. Tapi kalau beli 1 tin sahaja, pun boleh. Nak beli banyak 6 tin terus pun boleh hihi. Next entry saya cerita kenapa saya suka sangat ESP Shaklee :D.

Hubungi saya untuk apa yang terbaik untuk kulit anda segera.

Nabihah Yunus
Shaklee ID: 893006
SMS 012-3620750


2 comments:

  1. bagusnya bagi tips camni...suka baca... bihah, nak tambah untuk no 4 tuh... mmg wajib sebenarnya remove mekap sebelum tidor, sebab masa kita tidur, kulit kite berkerja, nanti banyak benda dirembeskan keluar masa kita tido... kalau ada mekap, tersumbat pori2 tuh, xbaguslah untuk kulit kite tuh bekerja kan... gtuh... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you Aisya. ada sorang wanita dari Korea (kot x silap), dia x pernah tanggal mekap hampir 2 tahun. bila dermatologist convince kan dia, last2 dia tinggalkan bad habit tu, kulit muka dia dah aging hampir 10 tahun dari umur sebenar dia, dengan tambah bintik2 hitam, liang pori tutup. pasal dia tak nak orang lain tengok dia tak bermekap, even tidur bayangkan

      nasib baik dermatologist n pakar kecantikan nasihat suruh buang mekap. cantik je muka dia, tak tau kena dia segan kalau tak pakai mekap hihi :)

      Delete