Thursday, September 25, 2014

Work At Home: Cabarannya

Personally, saya memang suka bekerja dari rumah. Saya punya etika kerja waktu intern, kerana ikut kolej requirement agak tidak membanggakan huhu. Bekerja sendiri dari rumah, atau work at home memang menepati cita rasa saya :) Banyak benda saya boleh uruskan, tambahan pula menjadi pengedar Shaklee secara full time menjadi impian saya. Support team kami memang terbaik. Group saya dinaungi ramai usahawan yang saya sangat kagumi, dan akan saya jejaki langkah mereka.

Apa yang saya kongsi ini boleh diaplikasikan dalam mana-mana bisnes, termasuklah Shaklee hihi :D.


Cabaran yang dilalui jika bekerja sendiri:

1. Kita lah boss, kita jugalah pekerja. Tiada kompromi seperti istilah goyang kaki

2. Push factor yang sangat kuat mesti perlu untuk berjaya. Bukan hangat-hangat tahi ayam.

3. Amalan rohani boleh dilakukan bila-bila, tiada siapa nak halang. Tapi, sendiri kena sentiasa ingat. Bukan kejap on, kejap off. Kalau off selalu, lagi baik jadi sleeping beauty ehehe :p

4. Tiada siapa nak marah, tapi stress pun ada, kerana kerja bermula dari bawah.

5. Time constraint memang tiada, banyak masa terluang dan memang patut ada jadual. Jadual itu bukan sekadar hiasan dinding, ia pembakar semangat dan magnet untuk kita lebih fokus. Yelah, kalau kita tak tulis, kemungkinan besar lupa apa yang kita set nak buat. Masa pun boleh jadi terbuang, dengan sibuk melihat newsfeed Facebook, buka akaun Instagram, tengok tweet yang trending dan akhirnya, masa berlalu macam itu.

6. Gaji tak tetap. Bila usaha banyak, banyak dapat. Bila usaha ciput, sedikit juga yang dapat.


Kelebihannya yang saya lihat:

1. Kitalah boss, kitalah pekerja. (sama macam yang ada kat atas tu) Masa saya buat praktikal, pengurus saya ada juga complain yang saya datang lambat. Ahaha. Tergelak fikir yang saya macam main-main masa praktikal dulu. Bagi saya, bekerja dengan majikan ada kelebihan dan kekurangan juga. Kita kena tahan sindiran, perli-memperli dan tabiat mengumpat. Walaupun begitu, bukan semua orang suka buat perkara tidak bermanfaat. Kita sendiri yang kena pandai pilih kawan.

Indahnya bekerja sendiri ialah kita tidak perlu rasa tertekan mengejar deadline, tiada masalah komunikasi antara majikan dan pekerja lain serta kalau kita buat kerja kurang memuaskan, kita sahaja yang tahu.

2. Work at home ini amat sesuai untuk kaum ibu yang sedang menyusukan anak, berpantang atau pun sedang mengandung. Pelajar yang sudah habis belajar pun tiada masalah. Penjimatan yang banyak dari segi pengangkutan. Boleh pergi bercuti bila-bila masa tanpa perlu ambil medical certificate (MC) dan time off yang lama.

3. Masa (lihat nombor 5, cabaran bekerja dari rumah) yang banyak, contohnya untuk mengupdate blog, facebook, layan anak-anak, pergi coaching dengan mentor, pergi beli barang di kedai, lipat baju dan baca surat khabar. Itu contoh, kalau baca buku yang bermafaat, mengaji al-Quran pun elok juga.

4. Tidak memerlukan kemahiran yang tinggi, cukup sekadar suka belajar teknik pemasaran, kemahiran bercakap dan sebagainya. Ilmu mengenai bidang pemasaran ini tiada sempadan. Kena cari individu bertauliah yang hebat pengisiannya juga.

5. Boleh berjumpa kawan baru yang mempunyai minat yang sama.

Banyak lagi kelebihan yang boleh kita dapat daripada bekerja sendiri ini. Ada kawan Shaklee saya sendiri, kerana ingin melihat anak beliau membesar di depan mata, beliau sanggup bekerja dari rumah, dan tidak mengambil upah supaya orang luar menjaga anaknya. Itulah pengorbanan, dan saya kagum dengan kecekalan beliau.

Berada dalam kumpulan Shaklee saya, memang kami mempunyai harapan yang sama. Mereka tidak berkira dalam memberi ilmu supaya semua berjaya. Dan saya sendiri amat bersyukur ditemukan dengan group mentor saya yang hebat. Tiada istilah upline di atas goyang kaki, downline buat kerja. No, no, no! Paling penting, biz Shaklee ini sendiri mematuhi syariah :) Hebat bukan?

Dengan support group yang hebat, kita semua mampu mengubahnya. Ada juga yang mampu bekerja makan gaji di samping membuat bisnes separuh masa.

Namun begitu, setiap apa yang kita pilih ada kesan positif dan negatif. Bergurulah dengan mereka yang suka mendengar dan optimistik dalam sesuatu perkara. Perlahan-lahan, kita akan berjaya. Percayalah, biz Shaklee ini manis dan penuh magik.


Berminat untuk bekerja secara part time atau full time Shaklee?

Hubungi saya,

Nabihah
SMS 012-3620750
Shaklee ID:893006

2 comments:

  1. Hai nabihah...jemputlah join giveaway kite...kite nak kasi keychain dari Paris... :D

    jindrisska.blogspot.com

    ReplyDelete