Thursday, September 25, 2014

Manfaat Buah Kurma

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Selalunya, kita membiasakan diri dengan memakan buah kurma pada bulan puasa. Banyak kelebihan kurma yang seboleh-bolehnya kita makan setiap hari, bukan sahaja bulan puasa yang mulia.

Manfaat Buah Kurma

cantik dan sihat

-> Untuk kecantikan dalaman dan luaran

Kandungan protein di dalam kurma adalah lebih kurang 2.5%, serat 8.0% manakala kandungan gulanya adalah sangat tinggi, yakni sehingga 63%, majoritinya adalah glukosa. Lemak yang terkandung di dalamnya pula adalah sangat sedikit iaitu sekitar 0.4% sahaja.

Kurma juga merupakan makanan kesihatan dan sangat popular sebagai kandungan utama dalam ubat-ubatan tradisional serta supplement memandangkan ia kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potassium, vitamin A, C dan niasin.

Khasiat Utama

1) Paling pantas diproses dan diserap, sekaligus memberikan tenaga segera. Pengambilan kurma secara rutin akan membuatkan tubuh bertenaga, ia juga rahsia awet muda baik untuk lelaki atau wanita.

2) Kandungan serat yang tinggi dalam kurma membantu melancarkan sistem pelawasan.

3) Potassium dan beberapa zat galian lain yang terdapat di dalam makanan ini dikatakan dapat seimbangkan kandungan air di dalam tubuh.

4) Amat sesuai untuk pelajar kerana ia menguatkan memori.

5) Amalan mengambil kurma ketika hamil dipercayai dapat memudahkan proses kelahiran, mengurangkan pendarahan dan memberi tenaga kepada ibu ketika meneran.

6) Makanan sunnah ini juga dikatakan penawar racun dan dapat merawat pelbagai jenis penyakit.

7) Kurma juga amat mujarab untuk mengatasi masalah sembelit.


Nah, banyak kelebihan yang boleh kita dapat dengan mengambil kurma sebagai makanan harian. Boleh juga dibuat seakan snek yang mudah didapati dan sedap hehe :)

Jom makan secara sihat!

0 comments:

Post a Comment