Saturday, April 19, 2014

Vitamin B Complex yang Hebat!

Hi! Maaf kerana lama menyepikan diri. Oho, kadang-kadang mood swing menjelma. Lebih kepada tekanan. Memang tidak dinafikan, ia tidak elok kepada badan. Akan tetapi, saya cuma manusia biasa. Ada pasang surut bila bab mood ni. Ehehe :) So, solution bagi masalah saya itu, telan B Complex haha. Kalau nak lebih cepat berkesan, berdoa, berdamping dengan Tuhan pun boleh. Ubat paling mujarab.

B Complex adalah antara banyak produk Shaklee yang saya makan. Saya ingin highlightkan beberapa kelebihan B Complex ini.

Salah satu fungsi utama vitamin B complex adalah untuk membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak dan protein dan membantu badan menggunakan tenaga yang tersimpan di dalam makanan. Bagaimana vitamin B complex membantu pecahkan lemak dan tingkatkan metabolisme?


  • Vitamin B-1, atau thiamine, merupakan sebahagian daripada struktur enzim thiamine pirofosfat, yang membantu memecahkan karbohidrat dan lemak
  • Vitamin B-2, atau riboflavin, membentuk sebahagian daripada NADH molekul, yangmembantu pengangkutan tenaga dalam sel-sel
  • Vitamin B-5, atau asid Pantothenic, menyumbang kepada struktur beberapa enzim yangmemetabolismekan lemak, termasuk koenzim A, yang memainkan peranan penting dalam sintesis dan pecahan asid lemak.
  • Niasin, vitamin B-6 dan besi meningkatkan metabolisme dengan membantu dengan pengeluaran L-carnitine, sejenis asid amino yang menggalakkan pembakaran lemak. Badan anda mensintesis L-carnitine daripada asid amino lisin dan methionine di dalam hati. Hampir semua carnitine dalam badan anda disimpan di dalam tisu otot. Dari sana ia membantu mengangkut asid lemak ke dalam mitokondria sel-sel ', di mana tenaga dihasilkan. L-carnitine juga menggalakkan pembebasan trigliserida ke dalam aliran darah dan kemudian ke dalam otot untuk dibakar untuk tenaga.


Merujuk kembali kepada tajuk di atas, kenapa saya katakan B Complex hebat? Sebabnya, jika kita badan cepat letih, kurang selera makan, mempunyai darah rendah dan menghadapi tekanan perasaan, cubalah B Complex. Ia akan membantu secara perlahan-lahan dalam memperbaiki kesihatan diri.

Hubungi saya,
Nabihah Yunus
SID 893006
sms 012-3620750 


Tuesday, April 1, 2014

Hubungi saya

Untuk sebarang pertanyaan mengenai product Shaklee, anda boleh menghubungi saya di talian berikut

Nabihah Yunus (ID 893006) - Pengedar Sah SHAKLEE
No Tel: 012-3620750

Cara Daftar Ahli Shaklee

Berikut adalah cara untuk mendaftar ahli Shaklee:

1. Yuran keahlian
Jika ingin mendaftar AHLI SHAKLEE, ada dua pilihan yg disediakan untuk anda samada membayar yuran rm75 (semenanjung) atau RM 85 (sabah sarawak) termasuk pos atau pilihan kedua adalah dengan mendaftar secara FREE MEMBERSHIP. Pendaftaran adalah untuk seumur hidup ;)

a) Bayaran yuran RM 75 (Sem) dan Rm 85 (Sabah dan Sarawak) 
Pendafataran dengan yuran sebanyak RM75 (Sem) dan Rm 85 (Sabah dan Sarawak).  Ini boleh dilakukan bila anda hendak jadi ahli Shaklee tanpa membuat sebarang pembelian. Pendek kata hanya untuk daftar sahaja. Andai kata anda nak terus buat pembelian contoh 1 tin ESP, anda sudah layak untuk dapat harga ahli dan penghantaran akan terus dilakukan oleh pihak SHAKLEE bersama dengan manual kit (buku produk, senarai harga buku resit dan flyers).

b) Keahlian secara PERCUMA 
Keahlian secara percuma boleh didapati sekiranya anda ingin mendafatar sekaligus nak beli barang dalam jumlah lebih kurang Rm650 atau bersamaan dengan 200 point. Contohnya anda nk beli set menyusu 3M dan kawan-kawan anda pun nak beli juga, sehingga total up cukup 200 point maka automatik anda layak ntuk dapat keahlian PERCUMA.


Hubungi saya,
Nabihah Yunus
SID 893006
sms 012-3620750
FB Fanpage: Beauty.Health.Organic Supplement

Sunday, March 23, 2014

Tips: Jangan Layan Kesedihan Itu

Setiap insan pasti pernah berdepan dengan jenis manusia yang suka cakap belakang atau erti kata lain, mengumpat atau bergosip. Usah bimbang dan khuatir, biarlah ia menjadi seperti angin lalu sahaja. Seorang yang saya amat hormat pernah beritahu saya, jika kita marah dan membidas kembali apa yang dikatakan orang itu, maknanya kita tidak suka, benci apa yang ingin disampaikan Tuhan kepada kita, ia amat tidak bagus di sisi agama, bahkan kita juga dianggap berdosa. Ungkapan mudah, ini adalah petanda ujian dari Tuhan yang Maha Esa.

Sama ada kita memandangnya dari sudut positif, atau kita membuat dosa jika kita marah akan "teguran" ini. Ya, memang orang yang bercakap belakang itu salah. Memang sakit hati jika dibiarkan kekecewaan berlarutan. Tetapi, apa impaknya jika kita terlalu ikutkan perasaan? Fikirlah kata-kata pujangga Melayu, "Ikutkan hati mati, ikutkan badan binasa". Pedulikannya. Bak kata orang sekarang, cakap sahaja ungkapan ini, "Kau ade?" Haha, biarlah mulut manusia memang suka mencari kesalahan orang. Just don't bother, right? Mereka yang suka mengutuk ini, bolehlah diibaratkan seperti anjing menyalak bukit. Kasar bahasanya bukan? Tiada apa-apa perubahan jika diamati tabiat mengumpat, samalah juga dengan anjing menyalak bukit, bukit masih teguh berdiri, bukannya makin condong dan roboh, bahkan teguh berdiri sehingga bertahun-tahun lamanya. Individu yang suka mencari kesalahan orang ini, men"assume" diri mereka terlebih pandai (agaknyalah), mereka mungkin kurang perhatian atau kasih sayang, mungkin lah haha.

Ingatlah, Tuhan kita, Allah S.W.T. sentiasa ada.  Mohonlah bantuan Allah Yang Maha Esa. Ingatlah juga, Rasulullah S.A.W. pernah berdepan dugaan yang lagi teruk apabila wanita kesayangan baginda, Sayiditina Aishah ditohmah dengan ujian yang amat besar, tetapi baginda mempunyai tahap kesabaran yang tiada bandingan. Contohilah baginda dan umat Islam sezaman baginda. Kekentalan semangat melawan anasir yang tiada tolok bandingnya amatlah hebat dan terpuji bukan?

Berdepan dugaan sekecil zarah pun kita melatah, fikirlah apa yang dibuat jika kita ditimpa musibah seperti Nabi Ayub A.S., yang diduga begitu hebat meskipun baginda adalah rasul dan kekasih Allah. Mungkin tidak tertanggung azab. Berdoalah, ia senjata orang mukmin.

Be happy, be carefree, be obedient to God's willing and everything will be fine.


Friday, March 21, 2014

Program Diet dari Shaklee

Bagi yang baru mengenali Shaklee, tahukah anda Shaklee juga ada menawarkan program diet secara sihat? Antara cadangan makanan tambahan untuk program diet ini adalah Cinch Shake Mix dan Cinch Tea.

Cinch merupakan produk khas daripada Shaklee, yang mempunyai kadar leucine bagi membantu penurunan berat badan dengan berkesan.





Cinch yang mempunyai tambahan leucine mampu untuk:

  • Menjaga otot
  • Membakar lemak
  • Mengurangkan berat badan dengan mengurangkan lemak
Leucine merupakan:
  • Sejenis asid amino
  • Memberikan rasa kenyang
  • Memberi isyarat kepada tubuh untuk mengekalkan dan membina otot
  • Menyokong kadar metabolik dengan menjana otot
Kenapa Cinch?
Cinch dihasilkan oleh doktor-doktor, saintis dan pakar nutrisi daripada Shaklee. Program Cinch adalah berdasarkan lebih dari 100 jurnal yang diterbitkan dan laporan klinikal untuk setiap bahan-bahannya.

Data klinikal dari pilot study yang dijalankan selama 12 minggu:
  • Kehilangan berat badan sebanyak 15.4 pound (dalam 7 kg)
  • Saiz pinggang turun sehingga 4.1 inci
  • Jisim otot kekal
Sila hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan pesanan:
sms 012-3620750
Shaklee Independent Distributor: ID 893006
Tuesday, March 18, 2014

Cara-cara untuk kulit berseri

Stres dan keletihan akan membebankan kulit kita. Ini merupakan antara cara-cara untuk mendapatkan kulit yang flawless.

Makan makanan yang terdiri daripada sayur-sayuran segar dan buah-buahan
Jika anda memikirkan yang makanan yang anda makan tidak mempengaruhi kulit anda, fikirlah kembali. Mengambil makanan yang segar dan bersih mampu memperbaiki kulit. Pengambilan diet pemakanan yang kaya dengan protein dan vitamin yang juga mengandungi buah-buahan dan sayur-sayuran yang berdaun akan membantu mengekalkan kulit yang berseri-seri.

Contoh makanan yang sihat
Kredit: Google Image


Memakai skrub semulajadi
Berbanding dengan pemilihan produk kecantikan yang berasaskan bahan kimia, pilihlah bahan yang natural dan semulajadi untuk melembapkan kulit anda. Antara pilihan bahan termasuklah timun, lemon, tomato dan madu.

Gunakan air sejuk untuk membasuh 
Apabila memilih untuk membersihkan wajah, pilihlah air yang sejuk kerana ia mampu mengawal lembapan kulit daripada mengering berbanding dengan air panas.

Bersenam
Berpeluh bukan sahaja mampu mempunyai kesan yang positif terhadap tubuh badan, tetapi juga terhadap kulit anda. Pilihan yang boleh dilakukan termasuklah larian pada setiap hari dan jogging.

Bersenam terapi diri
Kredit: Google Image

Info berkaitan cara-cara dapatkan kulit berseri ini daripada Artikel kecantikan (The Times of India)

Cara lain? Boleh amalkan supplemen Shaklee.

Hubungi saya,
SID 893006
sms 012-3620750

Wednesday, March 12, 2014

Adakah Shaklee Halal?

Persoalan ini pasti seringkali berlegar di antara kita. Bahkan antara dealer Shaklee sendiri tertanya-tanya, di mana boleh didapati sijil halal Shaklee? Jika yang masih belum menggunakan Shaklee, tertanya-tanya, Adakah Shaklee halal? Kenapa logo halal JAKIM tiada di botol produk suplemen Shaklee?

Usah khuatir. Meskipun sijil halal dari Shaklee tidak dikeluarkan oleh JAKIM, sijil halal untuk produk Shaklee adalah daripada ISA (Islamic Service of America) yang diakui oleh JAKIM. Pengesahan sudah ada. Jadi, tiada unsur ragu-ragu di situ.

Oleh itu, segala bahan dalam produk dan boleh digunakan tanpa was-was. Gelatin yang berasal daripada lembu atau kerbau (bovine) juga mendapat pengesahan halal. Ini membuktikan standard dijaga dan dipercayai.

Pilihlah Shaklee, pilihan selamat untuk semua :)

Hubungi,
Nabihah Yunus
SID 893006
sms 012-3620750