Wednesday, October 9, 2013

Cinch shake untuk kekal bertenaga

Assalamualaikum dan hi,

Cinch shake mix adalah salah satu daripada produk keluaran Shaklee. Didatangi dengan berbagai-bagai perisa yang lazat, ada tiga semuanya iaitu Cafe Latte, Chocolate dan Vanilla. Antara kesemua ini, hanya Cafe Latte yang mempunyai kafein kerana ingin mengekalkan perasa kopi yang asli, tapi masih dalam keadaan terkawal. Ini kerana Shaklee amat menitik-beratkan kualiti dan banyak sumber kewangan telah digunakan hanya untuk memastikan kualiti dan keperluan pengguna terjamin.

Jika di negara lain, mungkin kita perasan yang ada campuran Strawberi sekali, tapi di Malaysia setakat ini hanya ada tiga pilihan sahaja. Cinch Shake Mix mengandungi leucine yang merupakan otot yang membina asid amino yang terdapat dalam protein tertentu. Ujian klinikal yang dijalankan ke atas formula leucine telah menunjukkan keupayaan untuk mengekalkan 100% jisim otot tanpa lemak atau lean muscle mass. Mereka yang telah menjalani program ini telah kehilangan lemak, berat, incidan dalam masa sama berupaya mengekalkan otot mereka. Ini bermakna, walaupun anda telah mendapatkan berat badan yang ideal, kulit dan otot anda akan terbentuk cantik dan tidak menggeleber.

Sebab kenapa Cinch Shake harus menjadi pilihan

1) Rasanya yang sungguh lazat dan berzat untuk membantu memelihara otot penting dan menjadikan anda sentiasa kenyang dan berpuas hati serta mampu kurangkan berat badan

2) Rumusan diperkaya dengan Leucine iaitu asid amino yang memberi signal kepada badan untuk memelihara otot semasa pengurangan berat badan. Dalam erti kata lain, leusina dalam Cinch Shake membantu menghilangkan lemak tetapi tetap memelihara otot anda.

3) Setiap kali menikmati Cinch Shake, anda akan memperolehi 24 gram protein dan ini adalah penting. Protein digunakan untuk membina otot yang boleh meningkatkan metabolisma anda dan membakar kalori. Makanan yang kaya dengan protein juga dapat menahan kelaparan, ini boleh membantu mengurangkan pengambilan makanan ringan di antara waktu makan.


Lain-lain kebaikan Cinch Shake Mix:

  • Memberikan khasiat seperti satu hidangan tetapi dengan rasa seperti santapan manis/ pencuci mulut
  • Mengandungi Cinch Pro iaitu suatu campuran protein eksklusif yang diperkaya dengan asid amino leusina
  • Diperkaya dengan Leucine untuk memelihara otot semasa anda mengurangkan berat badan
  • Terdapat 24 gram protein dalam setiap sajian bagi membolehkan anda berasa puas dan kenyang
  • Mempunyai kandungan serat yang tinggi iaitu 6 gram dalam setiap sajian
  • Nilai glisemia yang rendah untuk mengekalkan paras gula dalam darah yang normal dan mengekalkan tenaga
  • Memberi 35% atau lebih Nilai Harian (Daily Value) bagi 21 vitamin dan mineral yang penting
  • Tiada perisa, pewarna atau pemanis buatan
  • Soya bukan GMO


Shaklee merupakan pilihan selamat dan bijak. Shaklee juga merupakan pilihan saya. Bagaimana pula dengan anda?

Tuesday, October 8, 2013

Set Skin Care daripada Shaklee

Assalamualaikum dan hi,

Hari ni saya nak buat promosi sikit pasal set skin care eksklusif daripada Shaklee. Mungkin ada yang bila cakap pasal Shaklee je, kata produk ni mahal bla bla bla. Pendapat ni kan sebenarnya ada benar dan ada salah. Memang Shaklee dikategorikan mahal. Kalau kita cuma beli Vit E Complex, B Complex dan Vit C (sama ada Chewable Vita-C Plus 100mg tu atau Sustained ReleaseVita-C Plus), harganya mencecah RM 300 ke atas. Cuma, kalau tengok dari segi berapa lama vitamin 3 serangkai ni bertahan, kesemuanya bertahan lebih kurang 4 bulan atau lebih. Kalau Chewable Vita-C Plus 100mg tu, kuranglah daripada 2 bulan penggunaan. Harga semua ni kalau dijumlahkan, memang berpatutan.

Siapa yang pernah beli memang tahulah, kan? Hihi. Itu antara salah satu sebab saya memilih Shaklee, yang kualitinya bagus dan terbaik tetapi harganya amat berpatutan. Kalau kita buat pembayaran untuk penggunaan sebulan bagi vitamin 3 serangkai ni, lebih kurang RM 70 je. Ini memang patut kita berasa puas hati, kerana dibandingkan dengan produk supplemen di pasaran sekarang, bagi sayalah bukan untuk memburukkan tetapi kalau tengok lambakan-lambakan produk ni, dos yang digunakan boleh terlalu tinggi. Takutlah kalau terambil melebihi dos akhirnya semua tu menjadi kesan buruk kat badan. Overdose lah erti kata lain. Kalau sudah terlebih dos yang ditetapkan, memang naiklah ruam-ruam kat badan, akhirnya kemungkinan boleh pening-pening kepala, muntah dan semua gejala yang tidak kita inginkan. Betul tak?

Sebagai pengajaran, kita haruslah menjadi pengguna yang bijak dan berhemah. Jangan kerana artis kegemaran kita memakai produk itu ini, kita pun ikut apa yang digunakan. Memang ramai artis popular dan terkenal tanah air menjadi duta produk, tapi kemungkinan mereka cuma dibayar untuk mengiklankan produk dan pada masa sama tidak memakainya amatlah tinggi. Ok, berbalik kepada set kecantikan daripada Shaklee. Shaklee merupakan antara jenama yang sudah tentunya menggunakan bahan-bahan organik. Tiada tiruan ya!

Antara kebaikan setiap vitamin adalah:
1. Vitamin E Complex

  • Menjaga kesegaran dan keremajaan kulit
  • Melinfungi kulit dari sinar ultra ungu
  • Menjaga kelembapan kulit
  • Menghapuskan radikal bebas yang merosakkan sel
2. Vitamin C 
  • Sebagai antioksidan kuat yang melindungi kulit daripada pencemaran udara dan sebagainya
  • Merangsang pembentukan dan peningkatan kolagen kulit yang akan menjaga kekenyalan, kelenturan serta kehalusan kulit
  • Mencerahkan kulit

3. Vitamin B Complex
  • Sebagai pelembap
  • Mencegah pigmentasi
  • Melambatkan tanda penuaan
  • Mengubati jerawat

4. Kombinasi set kecantikan akan menghasilkan:
  • Mengurangkan kedutan dan pembentukan garis-garis halus
  • Mencegah penuaaan
  • Menjadikan kulit lebih kenyal
  • Mencerahkan kulit
  • Menjaga kulit dari sinaran uv
  • Mengurangkan parut jerawat
  • Menjadikan wajah bersinar dan bermaya
  • Menjadikan kulit wajah lebih cerah dan kemerahan
  • Menjadikan wajah lebih berseri
Testimoni pengguna set kecantikan:

Untuk mendapatkan kesan yang lebih optimum, bolehlah menambahkan Energizing Soy Protein (ESP). Kesan penggunaan ESP ni lagi bagus, lagi cepat dan memang terbaik.

Jika anda berminat, hubungi saya, agen Shaklee anda:

Nur Nabihah binti Yunus
Shaklee ID: 893006
Sms: 012-3620750
Emel: nny211190@gmail.com


Monday, October 7, 2013

Janji saya

Assalamalaikum,

Saya janji, kalau kulit saya makin bersihkan, yang saya upload gambar testimoni saya. Of course lah pakai produk Shaklee, wink wink :) Lagi satu produk yang saya pakai Naturactor daripada Jepun, ni skincare line punya. Dan lagi satu, tentulah tak boros lagi. Upload testimoni tu, nanti bolehlah beritahu upline Shaklee saya, sis Fatimah Tony hihi.

Nanti saya takdelah asyik kacau upline saya, tanya itu ini. Nanti mesti my mummy happy, since anak dia dah cantik (hahahahaha, lawaklah part ni, pasal muka saya ni tak kategori cantik, tapi saya tetap bersyukur dengan apa yang tuhan bagi). Sudah tentulah bila kulit muka dah ok, semua kerana Allah.

Lagi satu, apa-apa pasal negara bergelut, contohnya Syria dan Palestin, kalau saya dapat maklumat nak je saya post kat sini. Saya sayangkan rakan seagama saya, mereka adalah darah daging saya. Pray for MUSLIM all over the world, please. Hanya mereka yang tahu penderitaan yang tiada henti dan semoga Allah berikan kemenangan kepada kita, umat ISLAM seluruh dunia.


Semoga roh saudara-saudara Muslim yang mati syahid ditempatkan di syurga Firdaus dan tidak dihisab.

Terima kasih kerana sudi membaca. 

Simple act of kindness

Assalamualaikum,

Today I'm gonna post in English language. Why? Probably some of you are wondering the reason for it. Haha, it's just a sudden change of idea for a little fun. Wahahaha. Big laugh. Ehem, if anybody ever know and met me, they will think I'm very bad at communicating with other individuals. Yayayah, whatever. I know it is not a good habit, but I'm a little contolled in the way I want to be seen, and it is also a medium for me for not thinking nonsense stuff about other people.

The people around me, that I've known relatively loves to compare one person with another. Oh, sometimes I do that too, but as soon as I've become more matured, I try to kick out this bad habits. I feel deep inside me, what's the point for that? I've my own life to handle and rather than think about other simply reckless things, it would've been better for me to do something more of an importance than the mind boggling things about artists, entertainment and music. Yes, I know that this is the modern and real world but I need to take a little time to sort things out. So, if you see I am being a little selfish and not living in the fast lane, then I can say, "Hey, I do have my own life and I don't need to focus on other people's life just to be like you."

Oh, I also dislike people that when they are rude to you out of nowhere. In one case, when I just arrived at the Kuala Lumpur International Airport, a 30 something man, a staff but I'm not really sure his real job (and to be much worse, a Malay guy, the same race as me!) yells "Get out of the way, can't you see me pushing this long line of trolley?" or some sort of this degrading remarks. I can tell that other people looking at us, either in sympathy or in disbelief. What kind of attitude was that? He could say it nicely, but he didn't. I couldn't remember the man face, but if I meet him again, I will yell at him (but not in angry tone, but just to remind him better to acknowledge others rather than thinking you need to be treated nicely when you disrespect other people. Didn't he saw that I was not looking into his directions? I was wondering to myself. Urghh, hate this type of people.

I would really glad if people are kind and nice to each other. It is a real treat if you can get a stranger to smile at you, even he or she never meet you before and probably will never meet you again. The kind of smile is not the wicked kind like a menace or a villain's type of smile haha. It's just a smile that you could see the sincerity in their eyes. If people treat other wonderfully, it will be a better world, don't you think? Treat other people nicely and in turn, we can see that our kind attitude will lighten up their day.

If you love my thoughts about this matter, do tell me! Comment or just simply tell what's your thought :)
Sunday, October 6, 2013

Tip Kecantikan Wanita Jepun

Assalamualaikum,

Baru-baru ni saya berminat dengan perkembangan dunia beauty blogger. Saya amat mengagumi seorang beauty blogger berasal dari Amerika Syarikat. Kedua-dua ibu bapa beliau berasal dari Jepun. Bermaksud beliau merupakan warga Jepun Amerika atau beretnik Jepun Amerika dalam erti kata lain. Kulitnya yang cantik membuatkan saya cemburu, kerana kulit beliau meskipun tidak bermekap, amat jelita tanpa cacat cela.

Nama beauty blogger ini adalah Melodee Morita. Di samping fasih berbahasa Inggeris, beliau amat fasih berbahasa Jepun. Ini membuktikan meskipun dibesarkan di Amerika, beliau masih terdidik dengan budaya negara asal keluarganya. Beliau ada berkongsi tip-tip bagaimana beliau dan ramai rakyat Jepun lain mempunyai kulit yang halus, gebu dan menjadi idaman semua (termasuk saya).

* Pemakanan yang dijaga


Cik Melodee ni, di samping menjadi seorang penari balet, beliau makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran seperti strawberi yang mempunyai antioksidan. Selain itu, beliau makan makanan yang fermented seperti keju, yogurt, susu dan tauhu. Semua ini kaya dengan kalsium dan soya tau! Oleh itu, baik untuk sistem penghadaman dan usus. Beliau juga memberitahu masyarakat Jepun suka makan sup miso dan teh hijau atau green tea, yang elok untuk detoks badan. Beliau juga ada menekankan yang wanita Jepun suka makan kolagen, tetapi dalam bentuk seperti bebola. 

* Bersenam




Melalui pengeluaran peluh, segala toksin yang mungkin tidak dikeluarkan melalui sistem usus dapat dibuang. Sistem perkumuhan yang baik mampu menjadikan kita sihat, cergas dan ceria. Cik Melodee juga ada membuat demonstrasi cara yang betul untuk badan sihat, melenturkan badan dan membuat senaman di dalam rumah sahaja.

*Penjagaan muka
Penjagaan muka yang baik setelah seharian terdedah kepada pencemaran mampu memberikan kulit yang lebih cantik dan berseri. Ini juga amat perlu terutamanya mereka yang sering menggunakan alat kosmetik supaya pori-pori tidak tertutup sekiranya mekap itu tidak dibersihkan dengan betul. Kulit yang cantik akan terjadi jika kita tidak mengabaikan penjagaan kulit muka.

Ini antara apa yang saya cuba ikut, memandangkan saya admire dan juga cuba mengikuti apa yang beliau berpegang untuk kelihatan cantik. Jika hendak cantik, paling penting kita mesti istiqamah sentiasa ya!

Terima kasih kerana sudi membaca :)

Sebab Kita Perlukan Supplemen




Assalamualaikum,

Hari ini saya tercari-cari idea untuk post pasal apa. Hmmmm, kenapa tak saya ceritakan pasal sebab-sebab mengapa kita perlukan supplemen? Saya sekarang pelajar kolej, masih muda lagi haha. Tapi sekarang di tahun akhir. Jurusan saya kejuruteraan biosistem. It's a very challenging courses, especially somebody quite lazy like me hahaha. Masa saya tengah mengikuti kuliah tu, pensyarah saya tiba-tiba menyatakan pasal supplemen atau lebih dikenali makanan tambahan (tak tahu nama mana yang lebih popular atau terkenal, maksudnya sama sahaja :)  ) dan beliau menyebut pasal Shaklee hihi.

Waktu tu terperanjat jugaklah, mungkin kerana ramai yang suka buat promosi pasal Shaklee ni. Rupanya popular gak Shaklee. Beliau menyatakan yang makanan yang kita makan ni dah cukup untuk menampung keperluan harian kita. Beliau menceritakan pasal piramid makanan dan jika kita ikut betul-betul piramid makanan tu, semuanya akan menjadi. Saya sokong jawapannya dan dalam masa sama, saya tak berapa setuju dengan penjelasannya. Ni contoh piramid makanan.


Antara faktor yang mempengaruhi pemikiran saya ialah:

1. Kita sering terdedah dengan pencemaran alam sekitar, dan begitu juga makanan yang diambil 
Jika kita sedar apabila kita menghirup udara luar, kebanyakan udara yang dihidu tu termasuk juga daripada asap kenderaan, asap rokok, asap kilang-kilang dan termasuklah bau yang tidak enak seperti makanan yang telah dibuang dan sebagainya. Oleh itu, kebanyakan makanan yang diambil berkemungkinan besar telah terdedah dan mengandungi pencemaran. Supplemen menjadi medan untuk kita cover balik apa yang telah hilang itu. Pencemaran merupakan musuh utama bagi warga zaman ini kerana bagi mereka yang tahu, pasti sedar yang udara zaman sekarang mempunyai kadar pencemaran dan toksik yang tinggi.

2. Tubuh badan kita memerlukan dos yang tinggi bagi sesetengah nutrien
Apabila tubuh badan kita tidak sihat, kita memerlukan lebih nutrient (zat) yang membekalkan antioksidan dan menigkatkan imun sistem seperti Vitamin C, Vitamin E dan lain-lain. Sekiranya kita mengalami kecederaan, pengambilan nutrien protein adalah sangat kritikal bagi membantu proses baik pulih sel yang rosak dan proses penghasilan sel-sel baru. Bagi menggantikan kehilangan protein ini, ESP, Cinch Shake Mix or Mealshake amat sesuai untuk diambil. Untuk Ibu-ibu hamil dan ibu-ibu yang sedang menyusukan anak, jumlah nutrien harian yg diperlukan adalah lebih tinggi dosnya berbanding dengan individu yang tidak hamil atau menyusukan. Ini bagi menampung keperluan si manja yang masih di dalam perut si ibu :)

3. Buah-buahan atau sayur-sayuran mungkin terjejas atau tercemar
Kita selalunya memilih sayuran atau buah-buahan yang tampak segar tanpa cela apabila membeli di pasaraya. Tahukah anda, kebiasaannya sayuran dan buah-buahan yang nampak lazat dan segar itu boleh mengundang bahaya? Kebanyakan sayuran dan buah-buahan yang terdapat dipasaran kini diselaputi dengan racun serangga yang berbahaya dan bahan pengawet untuk membolehkan ia bertahan lama. Penggunaan baja kimia pula kini semakin meluas digunakan. Pastikan anda memilih sayuran atau buah-buahan yang ditanam secara ORGANIK. 

4. Mengamalkan gaya hidup tidak sihat
Waktu berkerja lazimnya bermula seawal jam 8 pagi dan berakhir seawal jam 5 petang (8 jam waktu berkerja dan 1 jam waktu rehat). Namun apa yang jelas kini, terutama bagi warga kota keluar rumah seawal jam 7 bersesak didalam LRT atau menyerah diri pada kesesakan di jalan raya dan pulang pula sehingga lewat jam 9... tiba dirumah setelah bersesak jam 10 malam...WOW!!

Bersesak dalam LRT = STRESS 

Jalan Jammed = STRESS 
Kerja Banyak = STRESS 

STRESS ---> Membawa kepada kemusnahan Vitamin B dan Vitamin C kerana kedua-dua vitamin ini sangat FRAGILE! Bila pulang jam 10, kemudian anda semua dinner? hehehe... Inilah punca ramai yang perut boroi dan ia semakin menjadi kelaziman. Tidak cukup dinner, tambah dengan supper di Uptown/downtown. 

Makan lewat malam = pengumpulan lemak berlebihan + peningkatan cholestrol = BOROI

Dan rutin harian inilah yang terus dan terus anda lakukan...jadi tidak hairanlah penyakit High BP dan High Cholestrol kini mula menyerang individu diperingkat umur yg masih muda. 


5. Kebanyakan rakyat Malaysia makan ikut selera berbanding makan ikut keperluan
Jarang kita dengar rakyat Malaysia yang health-conscious. Bagi golongan bekerjaya yang bekerja untuk mencari rezeki, ini merupakan perkara terakhir difikirkan selepas seharian kepenatan mencari sesuap nasi. Masyarakat lebih gemar makanan segera, tak kisahlah mi segera Maggi, Cintan, Mee Sedap dan lain-lain lagi, Fast Food restaurant seperti KFC, A&W, Pizza Hut dan Domino's Pizza serta makanan Melayu, Cina dan India seperti Nasi Lemak, char kuey tiow serta apa-apa makanan yang berasaskan santan. Ini diet yang tak sihat. Saya pun makan makanan seperti ini, dan ia jika dibiarkan menjadi tabiat yang sukar dikikis, lama-lama dah sebati dengan badan. Di kemudian hari, kita sendiri yang menyesal jika tidak menjaga diet harian. Inilah pentingnya di mana vitamin yang tidak mencukupi akan ditampung dengan pengambilan supplemen.

6. Gangguan penyerapan nutrisi daripada makanan
Jika anda menggemari minuman yang mengandungi kafein, pasti anda sedar yang kafein mengganggu penyerapan vitamin dan zat yang anda dapat dari makanan yang dimakan hari-hari. Kafein mampu mengganggu penyerapan Vitamin D dan kalsium ke dalam tubuh. Kafein juga mampu menghalang penyerapan nutrien penting yang lain ke dalam tubuh.

7. Kehilangan nutrien dalam makanan
Mungkin anda rasa anda telah berikan yang terbaik buat keluarga anda. Menyediakan makanan kegemaran suami dan anak-anak adalah perkara yang sangat menyeronokkan. Tapi, adakah anda pasti anda berjaya mengekalkan nutrisi yang terdapat di dalam makanan tersebut? Bahan-bahan segar dari ladang akan kehilangan nutrisi ketika proses pengasingan, pembungkusan dan penghantaran. Kemudian, sampai di rumah disimpan di dalam peti sejuk - hilang sedikit nutrisi lagi. Sayuran dipotong dan terdedah akan penyebabkan pengoksidaan vitamin c, hilang nutrisi lagi.. Cara memasak pula? Menggoreng? Memasak terlalu lama? Menggunakan minyak yang banyak? Jadi apa pula yang tinggal ya? 

Kredit: happyhealthylifeshop.blogspot.com dan surijunior.com


Pilihan di tangan kita semua. Jadilah pengguna yang bijak :)


PENGEDAR SHAKLEE  BAYAN LEPAS, PULAU PINANG
Nur Nabihah Yunus
ID Shaklee: 893006
Sms: 012-3620750
Emel: nny211190@gmail.com
Thursday, October 3, 2013

Random post

Assalamualaikum dan hi,

Antara hobi saya adalah membaca buku. I love reading story books, informative information, health topic, religious values, any topics that are closed to my heart :). Mungkin hobi ni saya ikut ibu bapa saya, kerana mereka memang dari golongan akademik. Kedua-duanya cuma guru biasa yang mungkin bagi orang lain, cuma kerjaya yang nampak mudah meskipun sebenarnya tidak. Jika saya tanya ibu bapa saya apa-apa topik, pasti mereka mampu menjawabnya dengan idea yang bernas dan membuatkan saya kagum dengan jawapan mereka.

Berbalik kepada hobi saya, kebelakangan ini, novel (selalunya Bahasa Inggeris) yang dijadikan wadah santapan (haha, ayat skema) ialah Fearless. Sejak di sekolah menengah lagi saya suka membaca novel ini dan selalunya, ayat-ayat dari novel inilah yang jadi peneman saya untuk memperbaiki Bahasa Inggeris saya. Kadangkala, saya akan bercakap dengan diri sendiri (dalam hati) yang saya perlu memperbaiki bahasa antarabangsa ini. Oleh itu, membaca antara jawapan kepada masalah itu. It's a very good habit, you know? Reading is the primary source to gain intellectual information, as always taught to us since primary school and kindergarten, right?

Novel yang saya ingin kongsi ini mempunyai banyak siri, dan setiap satunya mampu membuatkan saya ingin membacanya sehingga habis. Masalahnya, buku ni susah didapati di kedai buku. Kalau sesiapa tahu di mana boleh dibeli, bantulah saya hihi :)

Ni bukunya


Mungkin antara buku yang pasti jadi best seller to me. Saya amat kagum dengan cara penyampaian dan garapan pengarang ini iaitu Francine Pascal. Mungkin namanya tidak segah J.K. Rowling dan Stephanie Meyer, tetapi saya amat meminati gaya penulisan beliau yang bagus. Yalah, kebanyakan penulis novel pasti mewujudkan elemen cinta. Novel ini tak terkecuali, tetapi ayatnya amat membantu kerana tidaklah terlalu susah dan tidak juga terlalu mudah untuk difahami. Sudah tentu sebab lain kerana watak utamanya adalah bukan calang-calang gadis. Ini amat jarang kerana selalunya watak utama perempuan dalam mana-mana novel adalah yang lemah-lembut, bersopan santun. Dalam Fearless, watak utama Gaia Moore merupakan gadis yang tiada genetik takut, dan mampu mengalahkan lawan yang saiz dua kali ganda dari beliau. Oh, saya memang kagum dengan gadis yang cekal. Beliau juga kehilangan ibu kandung ketika kecil dan ditinggalkan bapa sendiri, yang rupanya ingin melindungi Gaia daripada ancaman penjahat luar. Macam adventure ada, suspense dan thriller pun ada.

Terima kasih kerana sudi membaca random post saya.