Assalamualaikum dan hi,
Ramai di antara kita berhadapan dengan masalah kulit wajah. Banyak faktor yang menyumbang kepada perkara ini. Pencemaran udara, cara pemakanan, genetik dan yang paling penting, penjagaan kulit wajah. Tiga teknik yang selalu diutarakan sebagai cara yang terbaik menjaga kulit wajah iaitu, membersih, menyegar dan melembapkan muka adalah yang paling utama.
Kenal tak dengan wanita ini? Beliau merupakan antara pelakon Korea kegemaran saya dan ramai orang di luar sana. Song Hye Kyo, pelakon yang menjadi perhatian kerana bakat lakonannya dan juga kulit beliau yang flawless. Dalam post yang akan datang, saya akan beritahu apa yang diamalkan beliau untuk mendapatkan kecantikan yang didambakan masing-masing :)
Berbalik semula kepada tiga langkah membersih, menyegar dan melembap. Ada beberapa langkah yang perlu ditambah, contohnya penggunaan krim pelindung cahaya matahari yang mempunyai spf, skrub, cleansing gel (skrub dan cleansing gel mampu membuang kulit mati) serta serum dan juga essence. Kebanyakan produk yang berada di pasaran semakin prihatin akan masalah yang dialami pengguna dan ada juga menawarkan produk lain termasuklah topeng muka. Kita semua cuma memerlukan kebijaksanaan dalam memilih produk yang betul-betul berkesan, dengan menjadi pengguna yang berhemah dan prihatin, bukankah begitu?
Setiap produk ini mempunyai langkah dan cara pemakaian tersendiri, kalau muka tak dibersihkan terlebih dahulu dari sisa-sisa mekap, pastinya tak berkesan langkah-langkah penjagaan muka itu. Bagi sayalah, bagus jika kita membersihkan dari dalam terlebih dahulu secara detox, sebelum menitikberatkan penjagaan luaran. Tapi, tak bermakna penjagaan luaran perlu diabaikan. Misalnya, jika kita tidak menggunakan krim tabir suria yang berspf atau pun sunblock, pasti kulit lambat-laun kelihatan tua dari usia sebenar.
Tip-tip yang hendak saya kongsi
- Amalkan penggunaan krim tabir suria berspf tinggi (kalau boleh SPF 30++) tidak kira di dalam rumah, luar rumah, hujan atau panas. Ini bagus untuk mengelakkan kulit terbakar atau sunburn
- Amalkan memakai topeng muka tidak kira daripada krim atau pun sheet mask. Elok untuk membaiki semula kulit yang rosak
- Jangan sesekali menjilat bibir kerana kandungan air liur akan menyahidrasi bibir kita, bukan melembapkan bibir seperti yang disangka
- Gunakan krim mata, bagus untuk mengurangkan mata yang sembap bagi jangka masa panjang
- Pilih produk kecantikan yang sesuai untuk keadaan kulit dan jangan sesekali melihat kepada testimoni sahaja, lebih baik membuat survey dahulu atau bertanyakan kepada yang lebih pakar
- Jauhi daripada produk yang mengandungi sodium laureth sulfat, paraben, glikol, hydrokuinon, mekuri, steroid dan sebagainya
Nur Nabihah Yunus
Shaklee ID: 893006
Sms: 012-3620750
Emel: nny211190@gmail.com
Selamat menjalani kehidupan yang lebih sempurna dengan memilih produk terbaik!
Terima kasih ;)
0 comments:
Post a Comment