Sunday, October 6, 2013

Tip Kecantikan Wanita Jepun

Assalamualaikum,

Baru-baru ni saya berminat dengan perkembangan dunia beauty blogger. Saya amat mengagumi seorang beauty blogger berasal dari Amerika Syarikat. Kedua-dua ibu bapa beliau berasal dari Jepun. Bermaksud beliau merupakan warga Jepun Amerika atau beretnik Jepun Amerika dalam erti kata lain. Kulitnya yang cantik membuatkan saya cemburu, kerana kulit beliau meskipun tidak bermekap, amat jelita tanpa cacat cela.

Nama beauty blogger ini adalah Melodee Morita. Di samping fasih berbahasa Inggeris, beliau amat fasih berbahasa Jepun. Ini membuktikan meskipun dibesarkan di Amerika, beliau masih terdidik dengan budaya negara asal keluarganya. Beliau ada berkongsi tip-tip bagaimana beliau dan ramai rakyat Jepun lain mempunyai kulit yang halus, gebu dan menjadi idaman semua (termasuk saya).

* Pemakanan yang dijaga


Cik Melodee ni, di samping menjadi seorang penari balet, beliau makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran seperti strawberi yang mempunyai antioksidan. Selain itu, beliau makan makanan yang fermented seperti keju, yogurt, susu dan tauhu. Semua ini kaya dengan kalsium dan soya tau! Oleh itu, baik untuk sistem penghadaman dan usus. Beliau juga memberitahu masyarakat Jepun suka makan sup miso dan teh hijau atau green tea, yang elok untuk detoks badan. Beliau juga ada menekankan yang wanita Jepun suka makan kolagen, tetapi dalam bentuk seperti bebola. 

* Bersenam




Melalui pengeluaran peluh, segala toksin yang mungkin tidak dikeluarkan melalui sistem usus dapat dibuang. Sistem perkumuhan yang baik mampu menjadikan kita sihat, cergas dan ceria. Cik Melodee juga ada membuat demonstrasi cara yang betul untuk badan sihat, melenturkan badan dan membuat senaman di dalam rumah sahaja.

*Penjagaan muka
Penjagaan muka yang baik setelah seharian terdedah kepada pencemaran mampu memberikan kulit yang lebih cantik dan berseri. Ini juga amat perlu terutamanya mereka yang sering menggunakan alat kosmetik supaya pori-pori tidak tertutup sekiranya mekap itu tidak dibersihkan dengan betul. Kulit yang cantik akan terjadi jika kita tidak mengabaikan penjagaan kulit muka.

Ini antara apa yang saya cuba ikut, memandangkan saya admire dan juga cuba mengikuti apa yang beliau berpegang untuk kelihatan cantik. Jika hendak cantik, paling penting kita mesti istiqamah sentiasa ya!

Terima kasih kerana sudi membaca :)

0 comments:

Post a Comment