Thursday, October 3, 2013

Random post

Assalamualaikum dan hi,

Antara hobi saya adalah membaca buku. I love reading story books, informative information, health topic, religious values, any topics that are closed to my heart :). Mungkin hobi ni saya ikut ibu bapa saya, kerana mereka memang dari golongan akademik. Kedua-duanya cuma guru biasa yang mungkin bagi orang lain, cuma kerjaya yang nampak mudah meskipun sebenarnya tidak. Jika saya tanya ibu bapa saya apa-apa topik, pasti mereka mampu menjawabnya dengan idea yang bernas dan membuatkan saya kagum dengan jawapan mereka.

Berbalik kepada hobi saya, kebelakangan ini, novel (selalunya Bahasa Inggeris) yang dijadikan wadah santapan (haha, ayat skema) ialah Fearless. Sejak di sekolah menengah lagi saya suka membaca novel ini dan selalunya, ayat-ayat dari novel inilah yang jadi peneman saya untuk memperbaiki Bahasa Inggeris saya. Kadangkala, saya akan bercakap dengan diri sendiri (dalam hati) yang saya perlu memperbaiki bahasa antarabangsa ini. Oleh itu, membaca antara jawapan kepada masalah itu. It's a very good habit, you know? Reading is the primary source to gain intellectual information, as always taught to us since primary school and kindergarten, right?

Novel yang saya ingin kongsi ini mempunyai banyak siri, dan setiap satunya mampu membuatkan saya ingin membacanya sehingga habis. Masalahnya, buku ni susah didapati di kedai buku. Kalau sesiapa tahu di mana boleh dibeli, bantulah saya hihi :)

Ni bukunya


Mungkin antara buku yang pasti jadi best seller to me. Saya amat kagum dengan cara penyampaian dan garapan pengarang ini iaitu Francine Pascal. Mungkin namanya tidak segah J.K. Rowling dan Stephanie Meyer, tetapi saya amat meminati gaya penulisan beliau yang bagus. Yalah, kebanyakan penulis novel pasti mewujudkan elemen cinta. Novel ini tak terkecuali, tetapi ayatnya amat membantu kerana tidaklah terlalu susah dan tidak juga terlalu mudah untuk difahami. Sudah tentu sebab lain kerana watak utamanya adalah bukan calang-calang gadis. Ini amat jarang kerana selalunya watak utama perempuan dalam mana-mana novel adalah yang lemah-lembut, bersopan santun. Dalam Fearless, watak utama Gaia Moore merupakan gadis yang tiada genetik takut, dan mampu mengalahkan lawan yang saiz dua kali ganda dari beliau. Oh, saya memang kagum dengan gadis yang cekal. Beliau juga kehilangan ibu kandung ketika kecil dan ditinggalkan bapa sendiri, yang rupanya ingin melindungi Gaia daripada ancaman penjahat luar. Macam adventure ada, suspense dan thriller pun ada.

Terima kasih kerana sudi membaca random post saya.

0 comments:

Post a Comment