Untuk kelihatan cantik dan berseri, berikut adalah merupakan antara langkah utama:
♥Minum air masak sekurang-kurangnya 8 gelas sehari
♥Kurangkan pengambilan makanan bertapis terutama bergula
♥Mengambil protein secukupnya
♥Memenuhkan keperluan vitamin badan, yang mana ia amat penting untuk tona kulit dan kesihatan saraf
♥Pengambilan antioksidan mengandungi kulit agar sentiasa muda berseri, serta melindungi kulit dari dirosakkan oleh sel bebas
♥Vitamin C dengan bioflavonoids membantu memperbaiki kerosakan kapilari serta menjaga keutuhan tisu
♥Vitamin E mampu memperbaiki aliran darah dalam kapilari-kapilari halus pada kulit, sekaligus membantu dalam pembaharuan sel pada dermis dan epidermis
♥Vitamin B Complex membantu dalam pembinaan sel baru
♥Asid lemak Omega 3 dan Omega 6 menjaga lembapan kulit
♥Zink membantu dalam perkembangan dan baik pulih kulit yang rosak
Antara langkah sampingan yang juga perlu dititik-beratkan termasuklah:
♪Elakkan makan makanan yang bergoreng dan berminyak
♪Tukar alas cadar dan bantal setiap 3 hari sekali atau seminggu sekali. Ini bagi mengelakkan habuk, kotoran hinggap di muka
♪Pilih skin care yang sesuai dengan jenis muka
♪Elakkan memilih skin care yang mengandungi hidrukuinon, merkuri serta mineral oil kerana mampu membuat perengsaan kepada kulit
♪Elak dari makan makanan yang kita alergik atau alah
♪Dapatkan rehat yang secukupnya ;)
Berminat dengan produk Shaklee?
Hubungi saya
Nabihah [SID 893006] [sms 012-3620750]
0 comments:
Post a Comment