Kawalan terhadap makanan pasti sukar dilakukan. Oleh itu, langkah lain yang mesti diambil ialah:
Kawal Kalori Pemakanan Mengetahui berapa kalori yang kita makan setiap hari adalah amat membantu. Sekarang, segala kemudahan di hujung jari. Jika sumber internet tidak digunakan, carilah fitness instructor. Mereka mempunyai pengetahuan berguna tentang apa yang perlu dan tidak perlu bagi mendapatkan tubuh badan idaman.
Cari Rakan Baik Anda Rakan baik adalah teman sempurna untuk memulakan misi kita. Ini adalah kerana mereka boleh membantu dalam memberi sumber inspirasi, memastikan kita ada tempat mengadu ketika susah dan senang dan juga menjadi sumber galakan terbaik kepada kita.
Tampal Kata-Kata Semangat Janganlah jadi seperti hangat-hangat tahi ayam sahaja. Cubalah hari ini jika tidak esok. Yakin bahawa kita mampu mengubah apa yang lepas ke arah yang lebih baik.
Aktifkan Badan Selama 30 Minit Sehari Mengikut kajian, jika kita mengamalkan aktiviti kardio selama 30 minit sehari, ini dikira cukup memadai untuk jangka masa panjang. Syaratnya, ia dilakukan secara berterusan. Selang seminggu atau dua minggu kemudian, bolehlah ditambahkan kepada 10 minit, mengikut ketahanan badan masing-masing.
Jika anda berminat untuk mengekalkan otot semasa bersenam dan diet, bolehlah mengambil Cinch Shake Mix dan Cinch Tea Mix daripada Shaklee. Produk ini adalah sesuai untuk anda yang tidak mahu kulit menggeleber setelah mengurangkan berat badan.
Hubungi saya: Nabihah Yunus [SID 893006] SMS: 012-3620750
0 comments:
Post a Comment