Friday, December 19, 2014

Promosi Hebat dari Shaklee

Lagi beberapa hari sahaja nak masuk kalendar baru iaitu tahun 2015. Huhu, seram sejuk kikiki.

Mood kena cas jadi positif dan tangan pun kena bergerak pantas.

Kita kena berubah, bukan bermulanya tahun baru sahaja nak berubah. Mimpi kalau tidak disertakan dengan perubahan, lama-lama jadi mimpi je.

Kadang-kadang saya pun macam merepek haha.

Back to the story, bulan ini promosi hebat dari Shaklee. Tak pernah-pernah dalam sejarah 3 promosi serentak. Mula-mula, vitamin C dan vitamin E sahaja. Lepas itu, Collagen Powder pun promosi juga.

Memang Shaklee nak semua cun melecun agaknya hihi.

So, nak beritahu dan ulang sekali lagi, Vitamin C dan Vitamin E, setiap dua botol pembelian akan dapat diskaun sebanyak 5%. Jika kita nak beli 6 botol vitamin C dan vitamin E pula, boleh dapat percuma 1 lagi botol yer.

Kolagen powder lagi hebat. Kalau pembaca yang cantik jelita beli 3 kotak, akan dapat percuma 1 kotak lagi yer. Jom laju-laju buka episod baru dengan kulit wajah yang jelita, mulus dan gebu.

Hubungi saya, wakil Shaklee anda:

Nabihah Yunus
Shaklee ID: 893006
SMS: 012-3620750
Email: nabihah_yunus@yahoo.com
Blog: www.nabihahyunus.blogspot.com


Friday, December 5, 2014

Panduan Mengurangkan Berat Badan

Tiada sesiapa di dalam dunia ini yang mahu kelihatan tidak menarik apatah dilihat sebagai gemuk dan tidak aktif. Justeru, kebanyakan daripada kita akan melakukan apa sahaja asalkan mendapat bentuk tubuh yang cantik.

Di sinilah punca pelbagai masalah bermula di mana keghairahan kita untuk kelihatan menarik menjadikan kita buta terhadap kesan-kesan negatif amalan kecantikan yang menggunakan ubat-ubatan.


panduan kurangkan berat
Senaman ringan menjadi terapi

Berbagai cara dilakukan untuk menguruskan badan. Ada yang menggunakan pil pelangsing atau ubat-ubatan tertentu bagi merampingkan tubuh badan.

Sedarkah kita semua, untuk menguruskan badan sebenarnya tidak memerlukan ubat-ubatan yang belum tentu keberkesanannya. Berikut ada beberapa kaedah yang boleh dilakukan bagi menguruskan badan.

Jangan suka berlapar - Makanan memberikan tenaga. Apabila kita menggunakan tenaga kurang daripada apa yang dimakan, tubuh akan mengalami kejutan. Tubuh akan mula membakar otot untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah.

Banyakkan minum air kosong - Air mengurangkan selera makan kita secara semulajadi dan membantu badan memetabolisme simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat, minum air terlebih dahulu. Pastikan kita tidak akan makan dengan banyak.

Gambar ini saya kongsi kepada pembaca kebaikan dan kenapa kita mesti minum air putih atau air masak yer.

kelebihan minum air masak
7 Manfaat Minum Air Putih



Elakkan minuman berkarbonat - Minuman berkarbonat biasanya mengandungi 7-8 sudu gula. Jumlah pengambilan gula sebanyak ini tidak baik untuk kesihatan tubuh.

Kurangkan garam - Pengambilan garam yang tinggi menggalakkan pengumpulan air dalam badan. Dengan mengurangkan pengambilan garam bermakna badan kita akan menakung kuantiti air yang sedikit. Ini bermakna kita akan kekurangan berat yang disebabkan air.

Sarapan itu penting - Kita boleh menurunkan berat badan dengan mengambil sarapan. Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa mereka yang tidak mengambil sarapan akan lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Sarapan mampu menstabilkan hormon dan paras gula di dalam darah. Kadar metabolisme juga meningkat untuk membakar kalori.

Jangan gelojoh - Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Apabila makanan dikunyah secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat yang menunjukkan kepuasan. Gigit makanan dengan cebisan lebih kecil sebelum menelan. Dengan cara ini, makanan lebih mudah dihadam.

Kerapkan makan - Biar makanan yang kerap, tetapi dengan kuantiti yang sedikit, daripada makan hanya sekali, atau dua kali tetapi dengan kuantiti yang banyak.

Limau dan oren juga membantu - Apabila makan di restoran atau di gerai, pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana minuman yang masam menggalakkan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang mengandungi kurang gula.

Pilih serat bukan lemak - Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral serat kandungan lemak yang rendah. Dalam gambar di bawah, saya share contoh makanan yang sihat dan berkhasiat yang juga merupakan makanan untuk kulit.

makanan untuk kulit
Makanan yang sihat dan berkhasiat


Anda apa yang anda fikirkan - Jangan menimbang berat badan setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika anda minum dengan banyak, kemudian menimbang berat badan, pasti berat badan akan meningkat. Ini menyebabkan anda berasa putus asa untuk berdiet.

Ambil makanan yang berempah - sesetengah rempah seperti cili, biji sawi boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman tetapi juga meningkatkan pembakaran lemak.

Bijirin itu baik - Pilihlah lebih banyak bijirin dan kekacang dalam makanan. Bijirin adalah sumber utama tenaga. Bijirin dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.

Kesihatan lebih baik daripada kurus - Tumpukan perhatian untuk sihat, bukan untuk kurus. Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah hasrat kita untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah hasrat kita untuk memilih makanan yang boleh menyihatkan tubuh badan.

Bukan setakat fikir masak-masak - Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah dengan merebus, memanggang atau mengukus. Bagi sayur-sayuran, tumisnya dengan sedikit minyak (misalnya satu sudu minyak masak). Hindari dari menggunakan minyak haiwan.

Piring juga memperdayakan - Ketika memilih piring makanan, ambillah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran terlebih dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir lauk dagingnya. Jika ingin tambah makanan, hanya sayuran yang diambil.

Banyakkan berjalan - Biasakan berjalan-jalan sesudah makan. Ini akan membantu dalam menghabiskan sebahagian kalori dalam makanan itu. Setiap 25 langkah kita berjalan, satu kalori akan digunakan.

Kurangkan gula - Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori.

Kredit: Artikel oleh Persatuan Keselamatan Pengguna Kuala Lumpur (PKPKL)

Perkara ini perlu dibuat secara long term yer, bukan sehari dua buat lepas tu senyap jer. Tak boleh tu hihi. So, jom kita amalkan diet yang lebih sihat dan kekalkan imej badan yang lebih positif.

Cara senang nak kawal selera? Boleh ikut panduan di atas dan tambah Cinch Shake Mix atau Energizing Soy Protein (ESP) Shaklee. Dijamin terbaiklah!


Hubungi saya, wakil Shaklee anda:

Nabihah Yunus
Shaklee ID: 893006
SMS: 012-3620750
Email: nabihah_yunus@yahoo.com
www.nabihahyunus.blogspot.com
Thursday, December 4, 2014

Kenapa Vitamin E Sangat Bagus untuk Kita?

Salam sayang dari saya untuk pembaca semua,

Alhamdulillah, bulan Disember ini kick start untuk tahun baru 2015 yang cuma tinggal sebulan sahaja lagi. Dan, pihak Shaklee memberi berita happy kepada saya kerana jeng jeng jeng....

Promo Sustained Release Vita-C Plus dan Vitamin E Complex!

Maaf sangat-sangat kalau nampak blog saya jarang update. Saya akan cuba update sekerap yang mungkin ye hihi.

Back to the point, special bulan ini kerana promosi Vitamin C dan Vitamin E ini, Shaklee menawarkan:


  • Pembelian 6 botol Vitamin C/Vitamin E Complex, akan dapat percuma 1 botol Vitamin C/Vitamin E Complex
  • Pembelian 2 botol Vitamin C/Vitamin E Complex, diskaun sebanyak 5% daripada harga asal
Dalam artikel ini, saya ada share kebaikan kedua-dua vitamin ini:

 
Hari ini saya nak share kenapa Vitamin E ini sangat bagus untuk kita:

Mengikut kajian saintifik, minyak biji anggur terbukti amat berkesan untuk membantu mengatasi masalah kanser serta amat baik untuk awet muda dan memelihara kecantikan badan jika diamalkan secara konsisten. Vitamin E Shaklee ini sudah ditambah baik (improve) formulanya dengan minyak biji anggur atau grape seed extract. Antioksidan di dalam sebiji anggur agak tinggi, iaitu 400 iu. Memang bagus sangat untuk awet muda. Sehari pun, cuma telan sebiji kapsul sahaja hihi.

vitamin e

Pesan saya, nak cantik dan awet muda, telanlah vitamin E Complex dari Shaklee ini ye.

Hubungi saya untuk info dan pembelian:

Nabihah Yunus
Shaklee ID: 893006
SMS: 012-3620750
Email: nabihah_yunus@yahoo.com