Friday, December 5, 2014

Panduan Mengurangkan Berat Badan

Tiada sesiapa di dalam dunia ini yang mahu kelihatan tidak menarik apatah dilihat sebagai gemuk dan tidak aktif. Justeru, kebanyakan daripada kita akan melakukan apa sahaja asalkan mendapat bentuk tubuh yang cantik.

Di sinilah punca pelbagai masalah bermula di mana keghairahan kita untuk kelihatan menarik menjadikan kita buta terhadap kesan-kesan negatif amalan kecantikan yang menggunakan ubat-ubatan.


panduan kurangkan berat
Senaman ringan menjadi terapi

Berbagai cara dilakukan untuk menguruskan badan. Ada yang menggunakan pil pelangsing atau ubat-ubatan tertentu bagi merampingkan tubuh badan.

Sedarkah kita semua, untuk menguruskan badan sebenarnya tidak memerlukan ubat-ubatan yang belum tentu keberkesanannya. Berikut ada beberapa kaedah yang boleh dilakukan bagi menguruskan badan.

Jangan suka berlapar - Makanan memberikan tenaga. Apabila kita menggunakan tenaga kurang daripada apa yang dimakan, tubuh akan mengalami kejutan. Tubuh akan mula membakar otot untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah.

Banyakkan minum air kosong - Air mengurangkan selera makan kita secara semulajadi dan membantu badan memetabolisme simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat, minum air terlebih dahulu. Pastikan kita tidak akan makan dengan banyak.

Gambar ini saya kongsi kepada pembaca kebaikan dan kenapa kita mesti minum air putih atau air masak yer.

kelebihan minum air masak
7 Manfaat Minum Air Putih



Elakkan minuman berkarbonat - Minuman berkarbonat biasanya mengandungi 7-8 sudu gula. Jumlah pengambilan gula sebanyak ini tidak baik untuk kesihatan tubuh.

Kurangkan garam - Pengambilan garam yang tinggi menggalakkan pengumpulan air dalam badan. Dengan mengurangkan pengambilan garam bermakna badan kita akan menakung kuantiti air yang sedikit. Ini bermakna kita akan kekurangan berat yang disebabkan air.

Sarapan itu penting - Kita boleh menurunkan berat badan dengan mengambil sarapan. Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa mereka yang tidak mengambil sarapan akan lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Sarapan mampu menstabilkan hormon dan paras gula di dalam darah. Kadar metabolisme juga meningkat untuk membakar kalori.

Jangan gelojoh - Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Apabila makanan dikunyah secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat yang menunjukkan kepuasan. Gigit makanan dengan cebisan lebih kecil sebelum menelan. Dengan cara ini, makanan lebih mudah dihadam.

Kerapkan makan - Biar makanan yang kerap, tetapi dengan kuantiti yang sedikit, daripada makan hanya sekali, atau dua kali tetapi dengan kuantiti yang banyak.

Limau dan oren juga membantu - Apabila makan di restoran atau di gerai, pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana minuman yang masam menggalakkan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang mengandungi kurang gula.

Pilih serat bukan lemak - Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral serat kandungan lemak yang rendah. Dalam gambar di bawah, saya share contoh makanan yang sihat dan berkhasiat yang juga merupakan makanan untuk kulit.

makanan untuk kulit
Makanan yang sihat dan berkhasiat


Anda apa yang anda fikirkan - Jangan menimbang berat badan setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika anda minum dengan banyak, kemudian menimbang berat badan, pasti berat badan akan meningkat. Ini menyebabkan anda berasa putus asa untuk berdiet.

Ambil makanan yang berempah - sesetengah rempah seperti cili, biji sawi boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman tetapi juga meningkatkan pembakaran lemak.

Bijirin itu baik - Pilihlah lebih banyak bijirin dan kekacang dalam makanan. Bijirin adalah sumber utama tenaga. Bijirin dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.

Kesihatan lebih baik daripada kurus - Tumpukan perhatian untuk sihat, bukan untuk kurus. Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah hasrat kita untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah hasrat kita untuk memilih makanan yang boleh menyihatkan tubuh badan.

Bukan setakat fikir masak-masak - Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah dengan merebus, memanggang atau mengukus. Bagi sayur-sayuran, tumisnya dengan sedikit minyak (misalnya satu sudu minyak masak). Hindari dari menggunakan minyak haiwan.

Piring juga memperdayakan - Ketika memilih piring makanan, ambillah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran terlebih dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir lauk dagingnya. Jika ingin tambah makanan, hanya sayuran yang diambil.

Banyakkan berjalan - Biasakan berjalan-jalan sesudah makan. Ini akan membantu dalam menghabiskan sebahagian kalori dalam makanan itu. Setiap 25 langkah kita berjalan, satu kalori akan digunakan.

Kurangkan gula - Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori.

Kredit: Artikel oleh Persatuan Keselamatan Pengguna Kuala Lumpur (PKPKL)

Perkara ini perlu dibuat secara long term yer, bukan sehari dua buat lepas tu senyap jer. Tak boleh tu hihi. So, jom kita amalkan diet yang lebih sihat dan kekalkan imej badan yang lebih positif.

Cara senang nak kawal selera? Boleh ikut panduan di atas dan tambah Cinch Shake Mix atau Energizing Soy Protein (ESP) Shaklee. Dijamin terbaiklah!


Hubungi saya, wakil Shaklee anda:

Nabihah Yunus
Shaklee ID: 893006
SMS: 012-3620750
Email: nabihah_yunus@yahoo.com
www.nabihahyunus.blogspot.com

7 comments:

  1. air kosong sangat penting.. N suka

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes. air kosong memang sangat penting. kalau tak senang sakit tekak semua hihhi :D

      Delete
  2. salam singgah sini...tips yang baik ni...terima kasih atas perkongsian...salam kenal juga...

    ReplyDelete
  3. betul bihah... setuju dengan tips2 ni.. kalau nk kurus tak boleh melalui ubat-ubatan....sayang dekat kidney... :D

    ReplyDelete