Sunday, March 23, 2014

Tips: Jangan Layan Kesedihan Itu

Setiap insan pasti pernah berdepan dengan jenis manusia yang suka cakap belakang atau erti kata lain, mengumpat atau bergosip. Usah bimbang dan khuatir, biarlah ia menjadi seperti angin lalu sahaja. Seorang yang saya amat hormat pernah beritahu saya, jika kita marah dan membidas kembali apa yang dikatakan orang itu, maknanya kita tidak suka, benci apa yang ingin disampaikan Tuhan kepada kita, ia amat tidak bagus di sisi agama, bahkan kita juga dianggap berdosa. Ungkapan mudah, ini adalah petanda ujian dari Tuhan yang Maha Esa.

Sama ada kita memandangnya dari sudut positif, atau kita membuat dosa jika kita marah akan "teguran" ini. Ya, memang orang yang bercakap belakang itu salah. Memang sakit hati jika dibiarkan kekecewaan berlarutan. Tetapi, apa impaknya jika kita terlalu ikutkan perasaan? Fikirlah kata-kata pujangga Melayu, "Ikutkan hati mati, ikutkan badan binasa". Pedulikannya. Bak kata orang sekarang, cakap sahaja ungkapan ini, "Kau ade?" Haha, biarlah mulut manusia memang suka mencari kesalahan orang. Just don't bother, right? Mereka yang suka mengutuk ini, bolehlah diibaratkan seperti anjing menyalak bukit. Kasar bahasanya bukan? Tiada apa-apa perubahan jika diamati tabiat mengumpat, samalah juga dengan anjing menyalak bukit, bukit masih teguh berdiri, bukannya makin condong dan roboh, bahkan teguh berdiri sehingga bertahun-tahun lamanya. Individu yang suka mencari kesalahan orang ini, men"assume" diri mereka terlebih pandai (agaknyalah), mereka mungkin kurang perhatian atau kasih sayang, mungkin lah haha.

Ingatlah, Tuhan kita, Allah S.W.T. sentiasa ada.  Mohonlah bantuan Allah Yang Maha Esa. Ingatlah juga, Rasulullah S.A.W. pernah berdepan dugaan yang lagi teruk apabila wanita kesayangan baginda, Sayiditina Aishah ditohmah dengan ujian yang amat besar, tetapi baginda mempunyai tahap kesabaran yang tiada bandingan. Contohilah baginda dan umat Islam sezaman baginda. Kekentalan semangat melawan anasir yang tiada tolok bandingnya amatlah hebat dan terpuji bukan?

Berdepan dugaan sekecil zarah pun kita melatah, fikirlah apa yang dibuat jika kita ditimpa musibah seperti Nabi Ayub A.S., yang diduga begitu hebat meskipun baginda adalah rasul dan kekasih Allah. Mungkin tidak tertanggung azab. Berdoalah, ia senjata orang mukmin.

Be happy, be carefree, be obedient to God's willing and everything will be fine.


0 comments:

Post a Comment