Assalamualaikum
Pernah tak rasa dah pakai make up remover atau cleansing oil, tapi kulit macam tak bersih sangat pun? Blackhead atau whitehead masih berleluasa ada di wajah. Siap panggil kawan dia, jerawat dan sebum datang... lama-lama jadi kulit berminyak.
Apa????? Sedih lah kalau kena pada wajah kita yang sudah lah comel dan cantik, nanti menangis tidak berlagu wuwuwu.. kulit pun kusam. Bila ada orang tanya,
"Kau tak cukup tidur ke?"
"Kau menangis ke?" (Sebab mata nampak sembap)
"Kau datang bulan ke?" (Sebab jerawat naik tiba-tiba kat pipi)
Last-last, kita.....
(Menangis lagi kat tepi sudut lepas tu T_T)
Kalau lah, kalau awak ada pernah kena dan rasa perasaan macam ini, buatlah sesuatu pada wajah yang awak sayangi itu. Wajah itu ada satu je. Lain lah awak boleh pakai topeng ke, mask ke, nak tukar bila muka flawless pakai topeng ini. Bila kulit kusam boleh pakai topeng ini. Haahahah.. ini part scary hoho
Sebab biar bila kulit kita kelihatan berseri-seri, cerah dan nampak glowing, lembap dan moist, tertutup sikit mulut orang... Nanti diorang yang tanpa segan, tanpa disuruh akan cakap cantiknya kulit kau, bersihnya kulit kau dan macam-macam pujian yang membahagiakan hati yang pernah bernanah mendengar kritikan pedas diorang ini. Hahaha :)
Sebab wajah ada satu je, itu yang ramai sanggup buat rawatan di spa, pergi facial tiap-tiap bulan, pergi pakar kulit atau dermatologist bila kulit wajah bermasalah dan sensitif mungkin kerana hormon atau pun tersalah ambil produk, atau pun cuma nak bagi kulit wajah berehat, dibelai dan diurut mereka yang lebih professional.
Siap ada rawatan mencecah RM 1000 ke atas, meskipun hanya rawatan selama 1 jam lebih. Oh, tidakkkkk... bagi saya tidak berbaloi. Sebab kita pun sebenarnya mempertaruhkan kulit kita (saya pakai je terms mempertaruhkan hihi) di atas tangan rawatan doktor, dermatologist, pakar spa, rawatan kulit dan seumpamanya ini.
Sebabnya belum tentu berkesan iye tak? Boleh memang boleh. Tiada siapa halang. Tetapi, adakah awak pasti kulit awak tidak sensitif dan alergik dengan bahan-bahan dan kaedah yang akan digunakan? Sebab long term, berbaloi ke harga yang kita bayar? Sebulan contoh RM 100, setahun RM 1200. Belum termasuk lagi kalau kita ada tambah pakej nak kena urut badan, sauna ke... contoh sahaja yer ;)
Kenapa tidak memilih yang lebih jimat, berkesan, tahan lama dan semestinya semulajadi dan selamat seperti produk kecantikan Shaklee?
Tak percaya? Ramai wanita sudah menggunakan produk hebat ini. Kajian yang dijalankan terhadap bahan-bahan yang digunakan untuk proses pembuatan produk Shaklee pun sangat ketat, tidak termasuk belanja setahun yang dilaburkan oleh pihak Shaklee untuk memastikan produk-produk yang dikeluarkan benar-benar selamat dan berkesan. Memakan $200 juta U.S. Dollar ye :)
Amazing sangat bukan?
Esok saya akan share produk terbaik untuk hilangkan masalah kulit kusam dan nak kulit flawless tanpa perlu guna apps 360 atau filter bagai.
Sekian bebelan percuma saya, Nabihah ;)
Esok tak membebel lagi, hihi
0 comments:
Post a Comment