Wednesday, February 18, 2015

10 Kelebihan ESP Shaklee yang Membuatkan Ramai Jatuh Cinta Dengannya

Assalamualaikum dan apa khabar? Harap kita semua sihat sejahtera.

Jika anda masih tercari-cari makanan tambahan yang bagus untuk dalaman dan luaran badan, saya suka untuk mencadangkan Energizing Soy Protein (ESP) Shaklee. Ia antara best seller produk Shaklee dan ramai jatuh cinta dan hati dengannya. ESP juga antara produk yang pernah licin dan ada pengguna mengakui yang mereka nak mandi ESP kerana suka melihat kesannya kepada kulit badan mereka hihi.

10 keistimewaan esp shaklee

Keistimewaan ESP Shaklee

10 Kelebihan ESP yang Patut Kita Tahu


1. Ia merupakan "Sumber Protein" lengkap dengan 9 amino asid penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan dan sukar diperolehi dari diet seharian.

2. Berasaskan tumbuhan (soya non-GMO) yang semulajadi rendah lemak dan bebas kolesterol.

3. Terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga berjam-jam lamanya untuk kehidupan yang aktif.

4. Membantu dalam mengekalkan kepejalan otot, pemulihan tisu badan dan fungsi enzim serta hormon yang sempurna.

5. Membantu mengekalkan paras gula yang normal dalam darah.

6. Mempunyai kandungan lemak yang sangat minimum iaitu (1 gram).

7. Tanpa laktosa ~~ Mempunyai kadar penghadaman yang tinggi dan diserap terus ke dalam darah.

8. Tanpa pewarna tiruan, pemanis, pewarna dan pengawet.

9. Mengandungi 5 vitamin B, 2 mineral dan 8 gram karbohidrat untuk tenaga.

10. Sangat mudah cara bancuhan minuman ESP dengan boleh menggunakan pelbagai resepi kecuali air berkarbonat, teh dan kopi.


Keistimewaan ESP Shaklee dari Segi Kesihatan

keistimewaan esp shaklee



Antara keistimewaan Energizing Soy Protein Shaklee dari segi kesihatan ialah:

  • Menjadikan kulit muka kelihatan lebih cantik, halus, gebu dan berseri.
  • Membantu menghilangkan parut jeragat dan jerawat di muka.
  • Memberi tenaga berpanjangan dan menjadikan badan lebih sihat dan kurang cepat letih.
  • Mampu menganjalkan kulit dan menganjalkan payudara yang sudah kendur.
  • Menjadikan pengguna cepat kenyang dan membantu dalam pengurusan berat badan.
  • Membantu dalam meningkatkan penghasilan susu ibu supaya menjadi lebih cepat dan banyak.
  • Membantu dalam perkembangan fetus dan memastikan kesihatan ibu mengandung pada tahap optimum.
  • Bagi yang mempunyai masalah kesuburan, ESP membantu membentuk tisu rahim serta sel ovum dan sel sperma yang sihat dan sempurna. Ini membantu meningkatkan tahap kesuburan dan menaikkan potensi untuk hamil.
  • Untuk meredakan dan membantu mengawal masalah gastrik.


Ini antara sebab kenapa Energizing Soy Protein produk Shaklee yang popular dan on demand. Hehe. Percayalah. Antara sebab saya sukakan produk Shaklee ialah kerana adanya ESP ini. 

Hubungi saya untuk pertanyaan dan pesanan:

Nabihah Yunus
Shaklee ID: 893006
SMS/Whatsapp: 012-3620750
Email: nabihah_yunus@yahoo.com







Kenali Jenis Jerawat

Dalam entry sebelum ini, saya ada cerita mengenai Kesan Jerawat dan Cara Mengatasinya. Zaman sekarang ini kalau kita tidak mengatakan perihal kecantikan tidak sah kan kan?

Iye, cantik ini bersifat subjektif. Mungkin ada di antara kita telah melaburkan wang ke atas produk X dan bila seminggu dua, kesan kepada kulit kita membuatkan kita tidak jemu memandangnya setiap hari. Namun, apakan daya, kulit kita sekejap sahaja cantik dan gebu, bila berhenti menggunakan produk tersebut, kulit semakin kemerah-merahan dan keradangan, jerawat semakin naik atau mungkin kulit mengelupas.

Kesan sampingan seperti ini boleh sangat dielakkan. Sebabnya, kita berhak untuk tahu apa kandungan produk yang kita pakai. Bukan main pakai celup sahaja ambil. Kita kena faham dan tahu juga sama ada produk yang dipakai itu sesuai atau tidak kepada kulit kita.



kenali jenis jerawat


Jerawat ini memang popular. Selalu dikatakan dan ada juga jenis-jenisnya. Ia boleh dihilangkan dan mengetahui jenis jerawat mampu membuatkan kita lebih tahu punca ia berlaku dan cara efektif untuk menghilangkannya.

Jerawat ada pelbagai jenis dan peringkat. Antaranya ialah whitehead, blackhead, papules dan pustules.

Jenis-jenis Jerawat


1. Whitehead adalah jerawat akibat liang kulit tersumbat. Perbezaannya dengan jerawat yang lain ialah belum dimasuki kuman atau bakteria. Kulit kelihatan seperti benjolan.

2. Blackhead pula hampir sama dengan jerawat whitehead. Perbezaan ketara blackhead ialah bahagian atasnya terbuka. Pendedahan terhadap udara menyebabkan berlaku pengoksidaan membawa kepada warna hitam.

3. Papules pula terjadi apabila whitehead atau blackhead mengalami keradangan. Kesannya berwarna merah dan lembut.

4. Pustules adalah jerawat biasa, keadaannya keras dan bernanah. Jerawat ini disebabkan oleh jangkitan bakteria.

Pesan saya, jangan sesekali picit jerawat. Rasa geram sekali pun usah picit jerawat. Nanti, makin berleluasa kat atas kulit muka kita.

Oh tidak tidak tidak!

Nak dapatkan kulit bebas jerawat? Meh contact saya. Nak tanya mengenai kecantikan PM sahaja saya. Saya suka tolong orang lain untuk lebih cantik. Kita nak kulit bebas daripada sebarang penggunaan bahan kimia bukan? :)

Hubungi saya untuk pertanyaan dan pesanan:

Nabihah Yunus
Shaklee ID: 893006
SMS/Whatsapp: 012-3620750
Email: nabihah_yunus@yahoo.com

Jerawat? Oh Tidak! Fahami Puncanya

Apa khabar semua? Selamat Menyambut Tahun Baru Cina bagi mereka yang menyambut perayaan ini. Hihi. Boleh dapat ang pau sekali. Paling saya suka makan buah oren mandarin. Sedap dan mudah didapati terutamanya musim perayaan ini.

Berbalik kepada cerita asal, jerawat boleh menjadikan kita murung dan mengalami tekanan. Ha, untuk info kita juga, tekanan akan menjadikan salur darah yang sempit dan menyebabkan pengaliran darah berjalan dengan kurang lancar. Pengaliran darah yang tidak lancar pastinya menyebabkan kulit kita kusam dan nutrisi penting tidak sampai ke organ dalaman seperti kulit.

Siapa suka ditegur kulit ada jerawat? Sudah tentu kita tidak suka. Keyakinan diri kita pun semakin berkurangan dan lambat laun, ia menjejaskan self-esteem kita. Saya rasa, semua orang suka kecantikan bukan? Cantik dan sedap mata memandang gitu hihi.

hilangkan jerawat

Fahami Punca Jerawat


Jerawat atau acne vulgaris terjadi apabila minyak atau sel kulit mati menyumbatkan liang kulit. Jerawat terjadi disebabkan minyak dan sel kulit mati tersumbat di liang kulit. Keadaan menjadi teruk apabila kuman atau bakteria memasuki liang kulit yang tersumbat ini. Kesan yang berlaku ialah bengkak kemerahan dan nanah.

Dialami Remaja Akil Baligh


Menurut pakar Estetik dan Anti-penuaan, Dr. Rushmini Maris Ismail, kebanyakan jerawat dialami oleh anak remaja yang baru memasuki akil baligh kerana ketika itu kulit akan menjadi lebih berminyak.

Beliau berkata kajian mendapati jerawat boleh diwarisi dan jika ibu bapa mempunyai jerawat, kemungkinan anak juga akan mewarisi jerawat ada.

Kesan penggunaan bahan cuci muka yang tidak sesuai juga boleh menjadikan jerawat berlaku.

makanan untuk hilangkan jerawat

Antara makanan terbaik untuk menghilangkan jerawat

Penjagaan Muka Berjerawat

1. Minum air secukupnya.
2. Elakkan tekanan dan sentiasa tenang.
3. Banyakkan makan sayur dan buah-buahan.
4. Sentiasa mencuci muka dengan air yang bersih.
5. Elakkan memicit jerawat bagi mengelak keadaan menjadi semakin teruk.
6. Lakukan pembersihan wajah secara rutin untuk mempercepat penyembuhan jerawat.

Sumber: Berita Harian Sisipan Sabtu SIHAT

Cara saya pula? Tambah semua 6 langkah di atas dan amalkan Set Kecantikan Shaklee dan Energizing Soy Protein (ESP) yang popular itu :)

Hubungi saya untuk info dan pesanan:

Nabihah Yunus
Shaklee ID: 893006
SMS/Whatsapp: 012-3620750
Email: nabihah_yunus@yahoo.com






Tuesday, February 3, 2015

Semangat Kena Sentiasa Ada

Semangat untuk melakukan sesuatu perkara amat penting. Sesuatu perkara mestilah dilakukan dengan bersungguh-sungguh.

Selalu ungkapkan kata-kata semangat akan buatkan kita lebih gembira seperti "Saya boleh menjadi seperti apa yang saya impikan".

Put everything that you trust into a great next step. Be responsible with your own action.

Sekian kata semangat hari ini :)

P/S: Post asyik ada asyik takde macam chips more tak bermakna saya tinggalkan blog ini. Ni darling saya hihi. I'm a blogger, always trying to write better topics everyday.

Kalau boleh, tiap-tiap hari saya akan cuba post 3 kali sehari. InshaAllah :D