Wednesday, February 18, 2015

Kenali Jenis Jerawat

Dalam entry sebelum ini, saya ada cerita mengenai Kesan Jerawat dan Cara Mengatasinya. Zaman sekarang ini kalau kita tidak mengatakan perihal kecantikan tidak sah kan kan?

Iye, cantik ini bersifat subjektif. Mungkin ada di antara kita telah melaburkan wang ke atas produk X dan bila seminggu dua, kesan kepada kulit kita membuatkan kita tidak jemu memandangnya setiap hari. Namun, apakan daya, kulit kita sekejap sahaja cantik dan gebu, bila berhenti menggunakan produk tersebut, kulit semakin kemerah-merahan dan keradangan, jerawat semakin naik atau mungkin kulit mengelupas.

Kesan sampingan seperti ini boleh sangat dielakkan. Sebabnya, kita berhak untuk tahu apa kandungan produk yang kita pakai. Bukan main pakai celup sahaja ambil. Kita kena faham dan tahu juga sama ada produk yang dipakai itu sesuai atau tidak kepada kulit kita.



kenali jenis jerawat


Jerawat ini memang popular. Selalu dikatakan dan ada juga jenis-jenisnya. Ia boleh dihilangkan dan mengetahui jenis jerawat mampu membuatkan kita lebih tahu punca ia berlaku dan cara efektif untuk menghilangkannya.

Jerawat ada pelbagai jenis dan peringkat. Antaranya ialah whitehead, blackhead, papules dan pustules.

Jenis-jenis Jerawat


1. Whitehead adalah jerawat akibat liang kulit tersumbat. Perbezaannya dengan jerawat yang lain ialah belum dimasuki kuman atau bakteria. Kulit kelihatan seperti benjolan.

2. Blackhead pula hampir sama dengan jerawat whitehead. Perbezaan ketara blackhead ialah bahagian atasnya terbuka. Pendedahan terhadap udara menyebabkan berlaku pengoksidaan membawa kepada warna hitam.

3. Papules pula terjadi apabila whitehead atau blackhead mengalami keradangan. Kesannya berwarna merah dan lembut.

4. Pustules adalah jerawat biasa, keadaannya keras dan bernanah. Jerawat ini disebabkan oleh jangkitan bakteria.

Pesan saya, jangan sesekali picit jerawat. Rasa geram sekali pun usah picit jerawat. Nanti, makin berleluasa kat atas kulit muka kita.

Oh tidak tidak tidak!

Nak dapatkan kulit bebas jerawat? Meh contact saya. Nak tanya mengenai kecantikan PM sahaja saya. Saya suka tolong orang lain untuk lebih cantik. Kita nak kulit bebas daripada sebarang penggunaan bahan kimia bukan? :)

Hubungi saya untuk pertanyaan dan pesanan:

Nabihah Yunus
Shaklee ID: 893006
SMS/Whatsapp: 012-3620750
Email: nabihah_yunus@yahoo.com

1 comments: