1. Dirikan solat dan banyakkan
berdoaIni adalah salah satu
kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdoa turut katakan"Ya,Allah
jadikan hatiku bersih"
2. Selawat keatas Nabi
Muhammad s.a.w paling minima 100 kali sebelum tidur
Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Di samping
dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan
mencetuskan semua perkara kebaikan.
3. Solat taubat
Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan
menenangkan minda.
4. Membaca Al-Quran
Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa,
penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah "Qulhu-allah" atau nama lain surah al-Ikhlas sebanyak 3 kali. Bermaaf-maafan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf
perlu sebutkan.
5. Bisikan kepada diri perkara
yang positif
Jangan sesekali
mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri.
katakan lah "Aku sebenarnya......(perkara yang elok-elok belaka)".
6. Program minda/cuci minda
Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam
mata, katakan di dalam hati
"Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok
aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif".
Menurut kajian psikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat
dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya
7. Berpuasa
8. Cuba ingat tentang mati
(Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai
hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa)
9. Kekalkan wuduk
10. Bersedekah
11. Belanja orang makan.
12. Jaga makanan - jangan makan makanan yang syubhah
13. Berkawan dengan ulama
14. Berkawan dengan orang
miskin (menginsafi)
15. Pesan pada orang, jadi
baik
16. Menjaga pancaindera (mata, telinga, mulut dan sebagainya)
Apa yang dikatakan menjaga pancaindera ini, adalah juga meliputi jaga akhlak kita. Pepatah bahasa inggeris, "Don't judge a book by its cover" adalah amat sesuai untuk dikaitkan dengan perkara ini. Kita bukanlah manusia sempurna, tetapi akhlak, tingkahlaku dan attitude kitalah yang menjaga keperibadian dan seterusnya hati kita, bukankah begitu? :D
Apa yang dikatakan menjaga pancaindera ini, adalah juga meliputi jaga akhlak kita. Pepatah bahasa inggeris, "Don't judge a book by its cover" adalah amat sesuai untuk dikaitkan dengan perkara ini. Kita bukanlah manusia sempurna, tetapi akhlak, tingkahlaku dan attitude kitalah yang menjaga keperibadian dan seterusnya hati kita, bukankah begitu? :D
Ini antara sharing berkaitan apa yang saya baca dari blog Cery Mamafaiz. Info yang bagus. Hati ada satu, dan yang satu itulah perlu kita jaga :)
Selamat beramal.