Friday, December 19, 2014

Promosi Hebat dari Shaklee

Lagi beberapa hari sahaja nak masuk kalendar baru iaitu tahun 2015. Huhu, seram sejuk kikiki.

Mood kena cas jadi positif dan tangan pun kena bergerak pantas.

Kita kena berubah, bukan bermulanya tahun baru sahaja nak berubah. Mimpi kalau tidak disertakan dengan perubahan, lama-lama jadi mimpi je.

Kadang-kadang saya pun macam merepek haha.

Back to the story, bulan ini promosi hebat dari Shaklee. Tak pernah-pernah dalam sejarah 3 promosi serentak. Mula-mula, vitamin C dan vitamin E sahaja. Lepas itu, Collagen Powder pun promosi juga.

Memang Shaklee nak semua cun melecun agaknya hihi.

So, nak beritahu dan ulang sekali lagi, Vitamin C dan Vitamin E, setiap dua botol pembelian akan dapat diskaun sebanyak 5%. Jika kita nak beli 6 botol vitamin C dan vitamin E pula, boleh dapat percuma 1 lagi botol yer.

Kolagen powder lagi hebat. Kalau pembaca yang cantik jelita beli 3 kotak, akan dapat percuma 1 kotak lagi yer. Jom laju-laju buka episod baru dengan kulit wajah yang jelita, mulus dan gebu.

Hubungi saya, wakil Shaklee anda:

Nabihah Yunus
Shaklee ID: 893006
SMS: 012-3620750
Email: nabihah_yunus@yahoo.com
Blog: www.nabihahyunus.blogspot.com


Friday, December 5, 2014

Panduan Mengurangkan Berat Badan

Tiada sesiapa di dalam dunia ini yang mahu kelihatan tidak menarik apatah dilihat sebagai gemuk dan tidak aktif. Justeru, kebanyakan daripada kita akan melakukan apa sahaja asalkan mendapat bentuk tubuh yang cantik.

Di sinilah punca pelbagai masalah bermula di mana keghairahan kita untuk kelihatan menarik menjadikan kita buta terhadap kesan-kesan negatif amalan kecantikan yang menggunakan ubat-ubatan.


panduan kurangkan berat
Senaman ringan menjadi terapi

Berbagai cara dilakukan untuk menguruskan badan. Ada yang menggunakan pil pelangsing atau ubat-ubatan tertentu bagi merampingkan tubuh badan.

Sedarkah kita semua, untuk menguruskan badan sebenarnya tidak memerlukan ubat-ubatan yang belum tentu keberkesanannya. Berikut ada beberapa kaedah yang boleh dilakukan bagi menguruskan badan.

Jangan suka berlapar - Makanan memberikan tenaga. Apabila kita menggunakan tenaga kurang daripada apa yang dimakan, tubuh akan mengalami kejutan. Tubuh akan mula membakar otot untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah.

Banyakkan minum air kosong - Air mengurangkan selera makan kita secara semulajadi dan membantu badan memetabolisme simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat, minum air terlebih dahulu. Pastikan kita tidak akan makan dengan banyak.

Gambar ini saya kongsi kepada pembaca kebaikan dan kenapa kita mesti minum air putih atau air masak yer.

kelebihan minum air masak
7 Manfaat Minum Air Putih



Elakkan minuman berkarbonat - Minuman berkarbonat biasanya mengandungi 7-8 sudu gula. Jumlah pengambilan gula sebanyak ini tidak baik untuk kesihatan tubuh.

Kurangkan garam - Pengambilan garam yang tinggi menggalakkan pengumpulan air dalam badan. Dengan mengurangkan pengambilan garam bermakna badan kita akan menakung kuantiti air yang sedikit. Ini bermakna kita akan kekurangan berat yang disebabkan air.

Sarapan itu penting - Kita boleh menurunkan berat badan dengan mengambil sarapan. Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa mereka yang tidak mengambil sarapan akan lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Sarapan mampu menstabilkan hormon dan paras gula di dalam darah. Kadar metabolisme juga meningkat untuk membakar kalori.

Jangan gelojoh - Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Apabila makanan dikunyah secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat yang menunjukkan kepuasan. Gigit makanan dengan cebisan lebih kecil sebelum menelan. Dengan cara ini, makanan lebih mudah dihadam.

Kerapkan makan - Biar makanan yang kerap, tetapi dengan kuantiti yang sedikit, daripada makan hanya sekali, atau dua kali tetapi dengan kuantiti yang banyak.

Limau dan oren juga membantu - Apabila makan di restoran atau di gerai, pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana minuman yang masam menggalakkan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang mengandungi kurang gula.

Pilih serat bukan lemak - Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral serat kandungan lemak yang rendah. Dalam gambar di bawah, saya share contoh makanan yang sihat dan berkhasiat yang juga merupakan makanan untuk kulit.

makanan untuk kulit
Makanan yang sihat dan berkhasiat


Anda apa yang anda fikirkan - Jangan menimbang berat badan setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika anda minum dengan banyak, kemudian menimbang berat badan, pasti berat badan akan meningkat. Ini menyebabkan anda berasa putus asa untuk berdiet.

Ambil makanan yang berempah - sesetengah rempah seperti cili, biji sawi boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman tetapi juga meningkatkan pembakaran lemak.

Bijirin itu baik - Pilihlah lebih banyak bijirin dan kekacang dalam makanan. Bijirin adalah sumber utama tenaga. Bijirin dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.

Kesihatan lebih baik daripada kurus - Tumpukan perhatian untuk sihat, bukan untuk kurus. Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah hasrat kita untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah hasrat kita untuk memilih makanan yang boleh menyihatkan tubuh badan.

Bukan setakat fikir masak-masak - Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah dengan merebus, memanggang atau mengukus. Bagi sayur-sayuran, tumisnya dengan sedikit minyak (misalnya satu sudu minyak masak). Hindari dari menggunakan minyak haiwan.

Piring juga memperdayakan - Ketika memilih piring makanan, ambillah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran terlebih dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir lauk dagingnya. Jika ingin tambah makanan, hanya sayuran yang diambil.

Banyakkan berjalan - Biasakan berjalan-jalan sesudah makan. Ini akan membantu dalam menghabiskan sebahagian kalori dalam makanan itu. Setiap 25 langkah kita berjalan, satu kalori akan digunakan.

Kurangkan gula - Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori.

Kredit: Artikel oleh Persatuan Keselamatan Pengguna Kuala Lumpur (PKPKL)

Perkara ini perlu dibuat secara long term yer, bukan sehari dua buat lepas tu senyap jer. Tak boleh tu hihi. So, jom kita amalkan diet yang lebih sihat dan kekalkan imej badan yang lebih positif.

Cara senang nak kawal selera? Boleh ikut panduan di atas dan tambah Cinch Shake Mix atau Energizing Soy Protein (ESP) Shaklee. Dijamin terbaiklah!


Hubungi saya, wakil Shaklee anda:

Nabihah Yunus
Shaklee ID: 893006
SMS: 012-3620750
Email: nabihah_yunus@yahoo.com
www.nabihahyunus.blogspot.com
Thursday, December 4, 2014

Kenapa Vitamin E Sangat Bagus untuk Kita?

Salam sayang dari saya untuk pembaca semua,

Alhamdulillah, bulan Disember ini kick start untuk tahun baru 2015 yang cuma tinggal sebulan sahaja lagi. Dan, pihak Shaklee memberi berita happy kepada saya kerana jeng jeng jeng....

Promo Sustained Release Vita-C Plus dan Vitamin E Complex!

Maaf sangat-sangat kalau nampak blog saya jarang update. Saya akan cuba update sekerap yang mungkin ye hihi.

Back to the point, special bulan ini kerana promosi Vitamin C dan Vitamin E ini, Shaklee menawarkan:


  • Pembelian 6 botol Vitamin C/Vitamin E Complex, akan dapat percuma 1 botol Vitamin C/Vitamin E Complex
  • Pembelian 2 botol Vitamin C/Vitamin E Complex, diskaun sebanyak 5% daripada harga asal
Dalam artikel ini, saya ada share kebaikan kedua-dua vitamin ini:

 
Hari ini saya nak share kenapa Vitamin E ini sangat bagus untuk kita:

Mengikut kajian saintifik, minyak biji anggur terbukti amat berkesan untuk membantu mengatasi masalah kanser serta amat baik untuk awet muda dan memelihara kecantikan badan jika diamalkan secara konsisten. Vitamin E Shaklee ini sudah ditambah baik (improve) formulanya dengan minyak biji anggur atau grape seed extract. Antioksidan di dalam sebiji anggur agak tinggi, iaitu 400 iu. Memang bagus sangat untuk awet muda. Sehari pun, cuma telan sebiji kapsul sahaja hihi.

vitamin e

Pesan saya, nak cantik dan awet muda, telanlah vitamin E Complex dari Shaklee ini ye.

Hubungi saya untuk info dan pembelian:

Nabihah Yunus
Shaklee ID: 893006
SMS: 012-3620750
Email: nabihah_yunus@yahoo.com



Thursday, November 20, 2014

Perbezaan Vitamin E Shaklee

Vitamin E antara vitamin yang popular dalam mana-mana produk kecantikan di pasaran sekarang. Ia mampu menghilangkan bekas parut seperti jerawat, demam campak dan parut luka akibat melecur jika disapukan secara konsisten.

Kalau kita pergi ke farmasi contohnya Watson atau Guardian, banyak produk vitamin E sama ada dalam bentuk softgel untuk dimakan atau krim muka yang ditambah dengan vitamin E.

Hari ini saya ingin berkongsi tentang vitamin E yang dimakan daripada Shaklee dan apa yang membuatkan ia berbeza daripada vitamin jenama lain.


Apa yang membezakan Vitamin E Shaklee ini lain dari yang lain?



Vitamin E Shaklee mempunyai ekstrak biji anggur yang sangat digalakkan untuk mereka yang mementingkan kecantikan. Ia turut membuatkan kulit kelihatan lebih muda.

Vitamin E ini juga merupakan anti oksida yang penting untuk melawan radikal bebas dari memusnahkan sel. Antara fungsi lain vitamin E termasuklah membantu merawat dan mencerahkan kesan parut serta membantu dalam penyerapan oksigen.

Dan kelebihan lain ialah vitamin E ini semestinya vitamin E Shaklee ialah vitamin semulajadi dan bukan vitamin sintetik. Produk vitamin semulajadi kebiasaannya mempunyai label d-alpha tocopherol.

Harga vitamin E ini mampu milik iaitu hanya RM 149 dan tahan selama 4 bulan. Kalau kira matematik pun, sebulan kita hanya perlu membayar sebanyak RM 37.25. Berbaloi sangat bukan?

Hubungi saya, wakil Shaklee anda:

Nabihah Yunus
Shaklee ID: 893006
SMS: 012-3620750
Email: nabihah_yunus@yahoo.com
Wednesday, November 19, 2014

Langkah-langkah untuk Mendapatkan Kulit Berseri

Kalau kulit bersih tapi kusam sahaja pasti mendatangkan masalah bukan? Langkah-langkah yang sesuai patut dimulakan dari sekarang terutamanya jika seseorang itu menampilkan keterampilan dan perlu sentiasa kelihatan cantik sepanjang masa.

Hari ini saya ingin berkongsi beberapa langkah untuk mendapatkan kulit yang berseri-seri.

kulit berseri tanpa mekap
Kulit Berseri tanpa Mekap Idaman Kita Semua


1. Gunakan Krim Pelindung Matahari atau Sunblock

Sebab kenapa kita perlu memakai sunblock ialah pendedahan terhadap cahaya matahari akan menjadikan kulit jadi tua dan meningkatkan risiko kanser kulit.

2. Berhenti Merokok

Tabiat merokok mempunyai kesan merosakkan yang sama seperti pendedahan kepada cahaya matahari,terutamanya meningkatkan kedutan dan kekeringan kulit.

3. Bersenam Secara Kerap

Bersenam membantu peredaran darah dalam badan, dan ia memberikan kulit berseri-seri secara sihat.

senaman
Bersenam

4. Tidur yang Mencukupi

Tidur secara cukup akan membantu mengelakkan lingkaran gelap bawah mata dan kulit kendur.

5. Makan "Makanan untuk Kulit" yang Sihat

Contoh seperti ikan, yogurt, buah-buahan berry, sayur-sayuran hijau dan sumber asid lemak penting seperti walnut dan flax seeds.

makanan yang sihat
Contoh Makanan untuk Kulit


6. Minum 8 Gelas Air Sehari

Ia membuatkan organ-organ besar mendapatkan hidrasi, termasuklah kulit.

7. Kekalkan Kulit yang Bersih

Sentiasa konsisten kepada ritual harian yang terdiri daripada membersih, menyegar, dan melembap dan gunakan skrub sekurang-kurangnya dua kali seminggu.

Jika kita mengekalkan habit yang sihat ini, sudah tentu kita semua dapat kulit yang lebih sihat.

Tips tambahan => amalkan supplement seperti Shaklee supaya kulit kita sentiasa mendapat nutrisi yang optimum dan sihat sepanjang masa.

Hubungi saya, wakil Shaklee anda:

Nabihah Yunus
Shaklee ID: 893006
SMS: 012-3620750
Email: nabihah_yunus@yahoo.com



Vitamin untuk Kulit Sihat dan Cantik

Kalau boleh, semua orang ingin dapatkan kulit yang cantik bukan? Dengan lambakan produk kecantikan di pasaran, sudah tentu ada kala kita pun terpengaruh. Sebagai pengguna, saya juga berdepan dengan situasi yang sama. Pilihan di tangan kita semua.

Saya ingin share vitamin-vitamin yang perlu untuk mendapatkan kulit yang sihat dan cantik. 

Empat vitamin ini memang popular dan saya sendiri pun mengamalkannya.


Ianya penting untuk kestabilan hormon kita. Kekurangan B Complex dalam badan boleh membuatkan kita cepat letih, cepat marah atau moody, cemburu dan banyak lagi. Bila kita dalam keadaan hormon yang tidak stabil, jerawat akan mudah terhasil. Vitamin B Complex dari Shaklee semestinya pilihan saya hihi.

kebaikan b complex
Kebaikan B Complex



Ianya sangat penting dalam pembentukan kolagen. Ramai yang sibuk ingin membeli kolagen walhal hanya dengan mengamalkan makanan yang tinggi vitamin C membantu penghasilan kolagen dengan lebih baik. Antara vitamin C terbaik di pasaran sekarang ialah Sustained Release Vita-C Plus.

kebaikan vitamin C
Kebaikan Vitamin C



Ia terkenal sebagai vitamin awet muda. Ia dikatakan mampu melambatkan proses penuaan. Selain itu, vitamin E juga dikatakan membantu keseimbangan hormon dan mengawal kadar minyak dalam liang kulit. Vitamin E juga mampu mengurangkan kesan kulit jeragat selain pengambilan beta carotene. Vitamin E sangat membantu bagi mereka yang mempunyai masalah kulit yang berminyak. Contoh vitamin E ialah vitamin E Complex Shaklee.

kebaikan vitamin E complex
Kebaikan Vitamin E



Sangat penting dalam penghasilan sel baru. Pengambilannya membantu mengurangkan kesan kulit hitam (kulit mati akibat jerawat). Tompokan hitam pada kulit akibat jerawat sangat sukar untuk dihilangkan jika kita tidak mendapat protein yang cukup untuk penghasilan sel baru. Untuk mendapatkan kulit yang cantik, kita perlulah mendapatkan makanan yang bersumberkan protein yang baik. Contoh protein ialah Energizing Soy Protein Shaklee. 

kebaikan ESP shaklee
Kebaikan ESP


Selain daripada empat vitamin ini, air juga sangat penting.

Kenapa minum air sangat penting?

Ianya sangat penting dalam pengaliran darah, penyerapan sumber nutrien dari sumber makanan untuk diserap dalam tubuh. Kekurangan air boleh menyebabkan jerawat mudah terhasil. Kekurangan air boleh menyebabkan kita mempunyai kulit yang kering seterusnya mempunyai kulit yang bermasalah.


Jadi tunggu apa lagi? Harga untuk kecantikan tidaklah mahal kerana yang penting, pilih produk yang selamat dan benar-benar berkesan. Shaklee ini tak rugi digunakan hihi.

Hubungi saya untuk sebarang info dan pertanyaan.



Nabihah Yunus
Shaklee ID: 893006
SMS; 012-3620750
Email: nabihah_yunus@yahoo.com
Monday, November 17, 2014

Atasi Stress dengan B Complex Shaklee

Stress atau tekanan adalah satu masalah yang jika tidak diatasi dengan betul, boleh membawa kepada kemurungan. Ada stress yang baik dan stress yang tidak baik, contohnya stress menghadapi peperiksaan dan stress terhadap alam pekerjaan. Mungkin juga stress dengan bau asap rokok hihi.

Jika stress ini berlarutan dan mengganggu kitaran tidur atau mengganggu hal peribadi seperti pergaulan dengan keluarga, boleh cuba mencari alternatif seperti berbincang dengan orang rapat dan melakukan aktiviti menarik seperti window shopping dan berbasikal.

Asalkan aktiviti itu yang tidak membuatkan kita semakin stress ye hehe.

Saya pun pernah berdepan dengan tekanan dan vitamin yang saya ambil antaranya ialah B Complex dari Shaklee.

vitamin b complex
B Complex Shaklee (120 biji)



Bgaimana B Complex Shaklee Membantu Mengurangkan Stress

Vitamin B ialah vitamin larut air yang memainkan peranan penting dalam fungsi imun dan sistem saraf, pertumbuhan sel, pengeluaran tenaga, metabolisma lemak serta kabohidrat, pertumbuhan dan perkembangan normal, kesihatan mental dan tekanan.

B Complex terdiri daripada 8 vitamin penting termasuklah 100 % biotin dan asid folik.

1. Vitamin B1 - membantu mengurangkan kelesuan, keresahan, mempertingkatkan kecergasan mental, melancarkan peredaran darah, meningkatkan stamina badan, menyihatkan sistem pencernaan dan memperbaiki metabolisma.

2. Vitamin B2 - membantu mengurangkan keletihan mata, katarak, jangkitan lidah, membantu mengaktifkan B6 dan asid folik.

3. Vitamin B3 - membantu mengurangkan pengaliran kolesterol dalam darah, memperbaiki kesihatan kulit, rambut,

4. Vitamin B5 (Asid Panthothenic) - membantu memainkan peranan penting dalam melegakan tekanan/stress. Sering dirujuk sebagai vitamin "anti-tekanan". Menurut University of Maryland Medical Centre, ia penting untuk pengeluaran hormon yang berkaitan dengan tekanan yang dihasilkan dalam kelenjar adrenal.

5. Vitamin B6 - penting dalam proses asid amino, membantu mengawal serotonin dalam otak (ketidakseimbangan boleh menyebabkan depresi), membantu mengurangkan senggugut, membantu menenangkan emosi, mengurangkan kekejangan otot dan sebagainya.
Perubahan dalam tahap serotonin boleh mengubah mood dan menjejaskan keupayaan seseorang untuk menghadapi tekanan/stress.

6. Vitamin B12 - membantu meningkatkan selera makan, membantu memperbaiki tindak balas saraf, membantu mengelakkan anemia, keletihan, baik untuk kecerdasan otak, kekuatan fizikal, memori dan fokus.

7. Biotin - membantu B Complex menjadi lebih efektif, mengurangkan ekzema dan keradangan kulit.

8. Asid folik - membantu kesihatan fetus, mengurangkan risiko sakit jantung dan kanser serviks, anemia, stress, ulser mulut dan sebagainya.

Ini ada testimoni pengguna B Complex Shaklee:
testimoni B Complex
Testimoni B Complex

Hubungi saya, wakil Shaklee anda:



Nabihah Yunus
Shaklee ID:893006
SMS: 012-3620750
Email: nabihah_yunus@yahoo.com