Saturday, October 4, 2014

Keistimewaan Energizing Soy Protein

Energizng Soy Protein (ESP) antara produk yang popular dari Shaklee. Ia mempunyai kelebihan dan keistimewaan yang tersendiri. Sumber protein penting untuk menggantikan sel yang telah lama dan tidak diperlukan lagi. Protein yang terbaik tentulah sumber yang berasal dari non-GMO (non-Genetically Modified Organism).

tambah tenaga, kulit cantik
Energizng Soy Protein (tahan 1 hingga 2 bulan)


Antara manfaat ESP Shaklee ialah:

- Sumber "Protein Lengkap" dengan 9 amino asid penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan dan sukar doperolehi dari diet seharian.

- Berasaskan tumbuhan (non-GMO soya) yang semulajadi rendah lemah dan rendah kolesterol.

- Terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga berjam-jam lamanya untuk kehidupan yang aktif.

- Membantu mengekalkan kepejalan otot, pemulihan tisu badan dan fungsi enzim dan hormone yang sempurna.

- Membantu mengekalkan paras gula yang normal dalam darah.

- Kandungan lemak dalam ESP sangat minimum iaitu 1 gm.

- Tanpa laktosa di mana kadar penghadaman yang tinggi dan diserap terus ke dalam darah.

- Paling penting tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna dan pengawet.

- Mengandungi 5 vitamin B, 2 mineral dan 8 gram karbohidrat untuk tenaga.


Kesan Sampingan Energizing Soy Protein:

1. Kulit muka cantik, halus, gebu dan berseri.
2. Membantu hilangkan parut jerawat di muka.
3. Memberi tenaga berpanjangan dan menjadikan badan semakin sihat dan kurang letih.
4. Menganjalkan kulit dan menganjalkan kembali payudara yang kendur.
5. Cepat kenyang dan membantu dalam pengurusan berat badan.
6. Menyokong kesihatan imunisasi badan.
7. Mengawal paras kolesterol.
8. Menyokong kesihatan jantung dan prostat.


Jika anda sering lesu, lemah dan penat, ESP Shaklee inilah yang terbaik. Nak kuit cantik pun minum ESP juga :)

Perhatian: Promosi ESP berlangsung bulan Oktober ini. Setiap pembelian 6 tin ESP, akan percuma 1. Setiap pembelian dari saya akan disertakan jadual pengambilan dan konsultansi.


Sila hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan pesanan.

Nabihah
Shaklee ID: 893006
SMS 012-3620750




Friday, October 3, 2014

Giveaway Pertama SitiSab

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Excited pula bila saya ditag oleh blogger Nyamuk Terbang (nama blogger sebenar ialah Atiqah). Thank you dear :)

Giveaway ini dari SitiSab, seorang blogger yang cantik. Hadiah yang ditawarkan pun best, RM 100 tau!


Syarat entry mudah sahaja:

SYARAT PERTAMA!!!

1. FOLLOW SitiSab's Blog tau!
 (keputusan pemenang bertuah akan di umum dalam blog!) 

2. Copy PICTURE di atas ni dan link kan ke SitiSab's Blog 
(Link kan ke entri "Giveaway Pertama SitiSab")

3. Sila letak TITLE entri dengan "Giveaway Pertama SitiSab" ye.

4. Sila TAG kan seberapa ramai kawan2 anda untuk join giveaway ni ye!
(minimum 3 orang!)

5. Sila TINGGALKAN LINK anda tentang "Giveaway Pertama SitiSab" di ruangan komen entri ini 
(Kalau takde tinggalkan link entri, penyertaan tidak di kira)

- Haa.. senang je kan syarat2 yang pertama ni -

SYARAT KEDUA!!!

Anda TIADA BLOG tapi nak jugak join "Giveaway Pertama SitiSab"?

JANGAN RISAU! :)

Sila baca syarat2 untuk warga Facebook pulak ya ^_^

1. Klik like pada Fanpage SitiSab

2. Dekat wall fanpage tu sila POST/UPLOAD picture di atas 
dan copy link di bawah ni

http://www.sitisab.com/2014/10/giveaway-pertama-sitisab.html

Punyalah copy paste je huhu. Siapa yang tidak mempunyai blog pun boleh join, guna Facebook sahaja.


Saya nak tag tiga rakan blogger:

3. Faiz

Join jangan tak join kekeke. Lagi satu entry boleh join (klik sini)



Monday, September 29, 2014

Tips Sihat dan Cantik dari Pakar Kecantikan

Vitamin yang bagus untuk kesihatan badan ada banyak, contohnya vitamin C dan vitamin E. Kedua-dua vitamin ini bagus untuk melawan radikal bebas dalam badan. Menurut Pakar Kecantikan Marissa Aesthetic & Wellness Centre, Dr Rushmini Maris Ismail, ada banyak jenis antioksidan berguna kepada kulit, tetapi yang mendapat perhatian meluas ialah vitamin C, E dan B3.

Akui beliau, vitamin C membantu membina kolagen supaya kulit menjadi tegang. Ia banyak di dalam bijirin penuh, epal dan buah-buahan sitrus. Vitamin E pula melindungi membran sel dan merangsang nutrien asas pada kulit untuk melawan kerosakan disebabkan sinaran ultra lembayung. Nak kulit sihat dan cantik mestilah terpaksa berkorban sedikit, melalui makan secara sihat dan tinggalkan makanan segera kan? Junk food should be avoided at all cost hehe.


cantik secara semulajadi
                                                 
                                              Contoh buah-buahan yang kaya dengan vitamin

Saya highlightkan kenyataan beliau:

1. Vitamin C sering dipuji sebagai antioksidan yang sempurna untuk memastikan kulit sihat, lembut, manakala vitamin B3 dianggap sebagai rahsia di sebalik kulit lebih muda.

Sebagai antioksidan, vitamin C juga memperkuatkan sel kulit sehingga ia lebih cepat memperbaiki jaringan rosak mengakibatkan kulit kendur dan tidak bermaya.

2. Vitamin C terkenal sebagai anti-penuaan kerana sifatnya mudah larut air memainkan peranan penting dalam proses pembentukan kolagen, juga komponen dasar pembentukan jaringan saraf di dalam tubuh.


Beliau juga menyarankan bagi menjaga keperluan tubuh badan, seharusnya individu mengambil vitamin C antara 30 hingga 100 milligram (mg) setiap hari. Keperluan ini sudah mencukupi dengan sebiji oren bersaiz sederhana kerana ia mengandungi sekitar 70 mg vitamin C. Anda juga boleh menikmati segelas (sekitar 225 ml) jus oren setiap hari jika tidak mahu makan buah oren begitu sahaja.

Buah juga mengandungi pelbagai sumber vitamin lain seperti A, C, B1, B2 dan karbohidrat, kalsium yang amat membantu dalam penjagaan kulit yang lebih cantik. Beliau juga berpesan, buah-buahan elok diamalkan oleh individu yang berusaha menurunkan berat badan, sekali gus menjaga keanjalan kulit tubuh dan wajah.


Supplement yang saya amalkan sekarang juga mengandungi vitamin yang pakar kecantikan ini sarankan. Vitamin B, C dan E semuanya lengkap, tambah lagi dengan Energizing Soy Protein (ESP), lagi meletup hasilnya hihi. Nak tahu apa yang terbaik untuk anda?

Hubungi saya,

Nabihah 







SMS 012-3620750
Email nabihah_yunus@yahoo.com 
Thursday, September 25, 2014

Work At Home: Cabarannya

Personally, saya memang suka bekerja dari rumah. Saya punya etika kerja waktu intern, kerana ikut kolej requirement agak tidak membanggakan huhu. Bekerja sendiri dari rumah, atau work at home memang menepati cita rasa saya :) Banyak benda saya boleh uruskan, tambahan pula menjadi pengedar Shaklee secara full time menjadi impian saya. Support team kami memang terbaik. Group saya dinaungi ramai usahawan yang saya sangat kagumi, dan akan saya jejaki langkah mereka.

Apa yang saya kongsi ini boleh diaplikasikan dalam mana-mana bisnes, termasuklah Shaklee hihi :D.


Cabaran yang dilalui jika bekerja sendiri:

1. Kita lah boss, kita jugalah pekerja. Tiada kompromi seperti istilah goyang kaki

2. Push factor yang sangat kuat mesti perlu untuk berjaya. Bukan hangat-hangat tahi ayam.

3. Amalan rohani boleh dilakukan bila-bila, tiada siapa nak halang. Tapi, sendiri kena sentiasa ingat. Bukan kejap on, kejap off. Kalau off selalu, lagi baik jadi sleeping beauty ehehe :p

4. Tiada siapa nak marah, tapi stress pun ada, kerana kerja bermula dari bawah.

5. Time constraint memang tiada, banyak masa terluang dan memang patut ada jadual. Jadual itu bukan sekadar hiasan dinding, ia pembakar semangat dan magnet untuk kita lebih fokus. Yelah, kalau kita tak tulis, kemungkinan besar lupa apa yang kita set nak buat. Masa pun boleh jadi terbuang, dengan sibuk melihat newsfeed Facebook, buka akaun Instagram, tengok tweet yang trending dan akhirnya, masa berlalu macam itu.

6. Gaji tak tetap. Bila usaha banyak, banyak dapat. Bila usaha ciput, sedikit juga yang dapat.


Kelebihannya yang saya lihat:

1. Kitalah boss, kitalah pekerja. (sama macam yang ada kat atas tu) Masa saya buat praktikal, pengurus saya ada juga complain yang saya datang lambat. Ahaha. Tergelak fikir yang saya macam main-main masa praktikal dulu. Bagi saya, bekerja dengan majikan ada kelebihan dan kekurangan juga. Kita kena tahan sindiran, perli-memperli dan tabiat mengumpat. Walaupun begitu, bukan semua orang suka buat perkara tidak bermanfaat. Kita sendiri yang kena pandai pilih kawan.

Indahnya bekerja sendiri ialah kita tidak perlu rasa tertekan mengejar deadline, tiada masalah komunikasi antara majikan dan pekerja lain serta kalau kita buat kerja kurang memuaskan, kita sahaja yang tahu.

2. Work at home ini amat sesuai untuk kaum ibu yang sedang menyusukan anak, berpantang atau pun sedang mengandung. Pelajar yang sudah habis belajar pun tiada masalah. Penjimatan yang banyak dari segi pengangkutan. Boleh pergi bercuti bila-bila masa tanpa perlu ambil medical certificate (MC) dan time off yang lama.

3. Masa (lihat nombor 5, cabaran bekerja dari rumah) yang banyak, contohnya untuk mengupdate blog, facebook, layan anak-anak, pergi coaching dengan mentor, pergi beli barang di kedai, lipat baju dan baca surat khabar. Itu contoh, kalau baca buku yang bermafaat, mengaji al-Quran pun elok juga.

4. Tidak memerlukan kemahiran yang tinggi, cukup sekadar suka belajar teknik pemasaran, kemahiran bercakap dan sebagainya. Ilmu mengenai bidang pemasaran ini tiada sempadan. Kena cari individu bertauliah yang hebat pengisiannya juga.

5. Boleh berjumpa kawan baru yang mempunyai minat yang sama.

Banyak lagi kelebihan yang boleh kita dapat daripada bekerja sendiri ini. Ada kawan Shaklee saya sendiri, kerana ingin melihat anak beliau membesar di depan mata, beliau sanggup bekerja dari rumah, dan tidak mengambil upah supaya orang luar menjaga anaknya. Itulah pengorbanan, dan saya kagum dengan kecekalan beliau.

Berada dalam kumpulan Shaklee saya, memang kami mempunyai harapan yang sama. Mereka tidak berkira dalam memberi ilmu supaya semua berjaya. Dan saya sendiri amat bersyukur ditemukan dengan group mentor saya yang hebat. Tiada istilah upline di atas goyang kaki, downline buat kerja. No, no, no! Paling penting, biz Shaklee ini sendiri mematuhi syariah :) Hebat bukan?

Dengan support group yang hebat, kita semua mampu mengubahnya. Ada juga yang mampu bekerja makan gaji di samping membuat bisnes separuh masa.

Namun begitu, setiap apa yang kita pilih ada kesan positif dan negatif. Bergurulah dengan mereka yang suka mendengar dan optimistik dalam sesuatu perkara. Perlahan-lahan, kita akan berjaya. Percayalah, biz Shaklee ini manis dan penuh magik.


Berminat untuk bekerja secara part time atau full time Shaklee?

Hubungi saya,

Nabihah
SMS 012-3620750
Shaklee ID:893006

Manfaat Buah Kurma

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Selalunya, kita membiasakan diri dengan memakan buah kurma pada bulan puasa. Banyak kelebihan kurma yang seboleh-bolehnya kita makan setiap hari, bukan sahaja bulan puasa yang mulia.

Manfaat Buah Kurma

cantik dan sihat

-> Untuk kecantikan dalaman dan luaran

Kandungan protein di dalam kurma adalah lebih kurang 2.5%, serat 8.0% manakala kandungan gulanya adalah sangat tinggi, yakni sehingga 63%, majoritinya adalah glukosa. Lemak yang terkandung di dalamnya pula adalah sangat sedikit iaitu sekitar 0.4% sahaja.

Kurma juga merupakan makanan kesihatan dan sangat popular sebagai kandungan utama dalam ubat-ubatan tradisional serta supplement memandangkan ia kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potassium, vitamin A, C dan niasin.

Khasiat Utama

1) Paling pantas diproses dan diserap, sekaligus memberikan tenaga segera. Pengambilan kurma secara rutin akan membuatkan tubuh bertenaga, ia juga rahsia awet muda baik untuk lelaki atau wanita.

2) Kandungan serat yang tinggi dalam kurma membantu melancarkan sistem pelawasan.

3) Potassium dan beberapa zat galian lain yang terdapat di dalam makanan ini dikatakan dapat seimbangkan kandungan air di dalam tubuh.

4) Amat sesuai untuk pelajar kerana ia menguatkan memori.

5) Amalan mengambil kurma ketika hamil dipercayai dapat memudahkan proses kelahiran, mengurangkan pendarahan dan memberi tenaga kepada ibu ketika meneran.

6) Makanan sunnah ini juga dikatakan penawar racun dan dapat merawat pelbagai jenis penyakit.

7) Kurma juga amat mujarab untuk mengatasi masalah sembelit.


Nah, banyak kelebihan yang boleh kita dapat dengan mengambil kurma sebagai makanan harian. Boleh juga dibuat seakan snek yang mudah didapati dan sedap hehe :)

Jom makan secara sihat!

Monday, September 22, 2014

Bagaimana Nak Maintain Berat Badan?

Kaum wanita termasuk saya sendiri sering mengambil mudah untuk mengikuti program diet atau nak kurangkan perasaan 'overeating'. Saya nak berkongsi satu cara mudah yang memang terbukti boleh mantain atau turunkan berat badan. Apa dia?

Ambil sarapan pagi saje hehe.




Kredit: Beauty Tips

"By eating a healthy breakfast, you'll give your metabolism a jumpstart and be in better control of your cravings. Studies repeatedly show daily breakfast consumption is associated with maintaing a healthy weight." 

Anda risau sarapan yang diambil tidak sihat? Usah khuatir. Set Mighty Tripple Gems Shaklee mampu menawarkan khasiat terbaik untuk anda serta seisi keluarga. Nak membuat pembelian Energizing Soy Protein sahaja pun boleh.

Saya tiap-tiap hari minum ESP ni. Sekarang nak cuba tambah Collagen Powder dari Shaklee. Dapat kulit yang bersih dan sihat oho. Lagi-lagi umur saya pun dah makin naik. Kalau saya makin muda lain lah haha. Metabolisma badan pun setiap tahun semakin menurun :) Kena rawat sebelum terlambat.

Bulan ini Meal Shakes, salah satu supplement yang ada dalam Set Mighty Tripple Gems ini ada promosi. Setiap pembelian 1 set (terdiri daripada 3 tin Meal Shakes, anda akan dapat percuma 1 tin).

Shaklee juga ada melancarkan Shaklee Cares for Children. 10% daripada pembelian 1 set Meal Shakes akan disumbangkan kepada 2000 rumah kebajikan yang terpilih. Sambil membeli, sambil menderma.


Program Shaklee Cares for Our Children


Hubungi saya,

Nabihah (sms 012-3620750)
Sunday, September 21, 2014

Contact


Untuk pertanyaan dan konsultansi, boleh hubungi saya:

Nabihah Yunus
Shaklee ID: 893006

Email: nabihah_yunus@yahoo.com

atau SMS 012-3620750