Wednesday, February 18, 2015

10 Kelebihan ESP Shaklee yang Membuatkan Ramai Jatuh Cinta Dengannya

Assalamualaikum dan apa khabar? Harap kita semua sihat sejahtera.

Jika anda masih tercari-cari makanan tambahan yang bagus untuk dalaman dan luaran badan, saya suka untuk mencadangkan Energizing Soy Protein (ESP) Shaklee. Ia antara best seller produk Shaklee dan ramai jatuh cinta dan hati dengannya. ESP juga antara produk yang pernah licin dan ada pengguna mengakui yang mereka nak mandi ESP kerana suka melihat kesannya kepada kulit badan mereka hihi.

10 keistimewaan esp shaklee

Keistimewaan ESP Shaklee

10 Kelebihan ESP yang Patut Kita Tahu


1. Ia merupakan "Sumber Protein" lengkap dengan 9 amino asid penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan dan sukar diperolehi dari diet seharian.

2. Berasaskan tumbuhan (soya non-GMO) yang semulajadi rendah lemak dan bebas kolesterol.

3. Terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga berjam-jam lamanya untuk kehidupan yang aktif.

4. Membantu dalam mengekalkan kepejalan otot, pemulihan tisu badan dan fungsi enzim serta hormon yang sempurna.

5. Membantu mengekalkan paras gula yang normal dalam darah.

6. Mempunyai kandungan lemak yang sangat minimum iaitu (1 gram).

7. Tanpa laktosa ~~ Mempunyai kadar penghadaman yang tinggi dan diserap terus ke dalam darah.

8. Tanpa pewarna tiruan, pemanis, pewarna dan pengawet.

9. Mengandungi 5 vitamin B, 2 mineral dan 8 gram karbohidrat untuk tenaga.

10. Sangat mudah cara bancuhan minuman ESP dengan boleh menggunakan pelbagai resepi kecuali air berkarbonat, teh dan kopi.


Keistimewaan ESP Shaklee dari Segi Kesihatan

keistimewaan esp shaklee



Antara keistimewaan Energizing Soy Protein Shaklee dari segi kesihatan ialah:

  • Menjadikan kulit muka kelihatan lebih cantik, halus, gebu dan berseri.
  • Membantu menghilangkan parut jeragat dan jerawat di muka.
  • Memberi tenaga berpanjangan dan menjadikan badan lebih sihat dan kurang cepat letih.
  • Mampu menganjalkan kulit dan menganjalkan payudara yang sudah kendur.
  • Menjadikan pengguna cepat kenyang dan membantu dalam pengurusan berat badan.
  • Membantu dalam meningkatkan penghasilan susu ibu supaya menjadi lebih cepat dan banyak.
  • Membantu dalam perkembangan fetus dan memastikan kesihatan ibu mengandung pada tahap optimum.
  • Bagi yang mempunyai masalah kesuburan, ESP membantu membentuk tisu rahim serta sel ovum dan sel sperma yang sihat dan sempurna. Ini membantu meningkatkan tahap kesuburan dan menaikkan potensi untuk hamil.
  • Untuk meredakan dan membantu mengawal masalah gastrik.


Ini antara sebab kenapa Energizing Soy Protein produk Shaklee yang popular dan on demand. Hehe. Percayalah. Antara sebab saya sukakan produk Shaklee ialah kerana adanya ESP ini. 

Hubungi saya untuk pertanyaan dan pesanan:

Nabihah Yunus
Shaklee ID: 893006
SMS/Whatsapp: 012-3620750
Email: nabihah_yunus@yahoo.com







Kenali Jenis Jerawat

Dalam entry sebelum ini, saya ada cerita mengenai Kesan Jerawat dan Cara Mengatasinya. Zaman sekarang ini kalau kita tidak mengatakan perihal kecantikan tidak sah kan kan?

Iye, cantik ini bersifat subjektif. Mungkin ada di antara kita telah melaburkan wang ke atas produk X dan bila seminggu dua, kesan kepada kulit kita membuatkan kita tidak jemu memandangnya setiap hari. Namun, apakan daya, kulit kita sekejap sahaja cantik dan gebu, bila berhenti menggunakan produk tersebut, kulit semakin kemerah-merahan dan keradangan, jerawat semakin naik atau mungkin kulit mengelupas.

Kesan sampingan seperti ini boleh sangat dielakkan. Sebabnya, kita berhak untuk tahu apa kandungan produk yang kita pakai. Bukan main pakai celup sahaja ambil. Kita kena faham dan tahu juga sama ada produk yang dipakai itu sesuai atau tidak kepada kulit kita.



kenali jenis jerawat


Jerawat ini memang popular. Selalu dikatakan dan ada juga jenis-jenisnya. Ia boleh dihilangkan dan mengetahui jenis jerawat mampu membuatkan kita lebih tahu punca ia berlaku dan cara efektif untuk menghilangkannya.

Jerawat ada pelbagai jenis dan peringkat. Antaranya ialah whitehead, blackhead, papules dan pustules.

Jenis-jenis Jerawat


1. Whitehead adalah jerawat akibat liang kulit tersumbat. Perbezaannya dengan jerawat yang lain ialah belum dimasuki kuman atau bakteria. Kulit kelihatan seperti benjolan.

2. Blackhead pula hampir sama dengan jerawat whitehead. Perbezaan ketara blackhead ialah bahagian atasnya terbuka. Pendedahan terhadap udara menyebabkan berlaku pengoksidaan membawa kepada warna hitam.

3. Papules pula terjadi apabila whitehead atau blackhead mengalami keradangan. Kesannya berwarna merah dan lembut.

4. Pustules adalah jerawat biasa, keadaannya keras dan bernanah. Jerawat ini disebabkan oleh jangkitan bakteria.

Pesan saya, jangan sesekali picit jerawat. Rasa geram sekali pun usah picit jerawat. Nanti, makin berleluasa kat atas kulit muka kita.

Oh tidak tidak tidak!

Nak dapatkan kulit bebas jerawat? Meh contact saya. Nak tanya mengenai kecantikan PM sahaja saya. Saya suka tolong orang lain untuk lebih cantik. Kita nak kulit bebas daripada sebarang penggunaan bahan kimia bukan? :)

Hubungi saya untuk pertanyaan dan pesanan:

Nabihah Yunus
Shaklee ID: 893006
SMS/Whatsapp: 012-3620750
Email: nabihah_yunus@yahoo.com

Jerawat? Oh Tidak! Fahami Puncanya

Apa khabar semua? Selamat Menyambut Tahun Baru Cina bagi mereka yang menyambut perayaan ini. Hihi. Boleh dapat ang pau sekali. Paling saya suka makan buah oren mandarin. Sedap dan mudah didapati terutamanya musim perayaan ini.

Berbalik kepada cerita asal, jerawat boleh menjadikan kita murung dan mengalami tekanan. Ha, untuk info kita juga, tekanan akan menjadikan salur darah yang sempit dan menyebabkan pengaliran darah berjalan dengan kurang lancar. Pengaliran darah yang tidak lancar pastinya menyebabkan kulit kita kusam dan nutrisi penting tidak sampai ke organ dalaman seperti kulit.

Siapa suka ditegur kulit ada jerawat? Sudah tentu kita tidak suka. Keyakinan diri kita pun semakin berkurangan dan lambat laun, ia menjejaskan self-esteem kita. Saya rasa, semua orang suka kecantikan bukan? Cantik dan sedap mata memandang gitu hihi.

hilangkan jerawat

Fahami Punca Jerawat


Jerawat atau acne vulgaris terjadi apabila minyak atau sel kulit mati menyumbatkan liang kulit. Jerawat terjadi disebabkan minyak dan sel kulit mati tersumbat di liang kulit. Keadaan menjadi teruk apabila kuman atau bakteria memasuki liang kulit yang tersumbat ini. Kesan yang berlaku ialah bengkak kemerahan dan nanah.

Dialami Remaja Akil Baligh


Menurut pakar Estetik dan Anti-penuaan, Dr. Rushmini Maris Ismail, kebanyakan jerawat dialami oleh anak remaja yang baru memasuki akil baligh kerana ketika itu kulit akan menjadi lebih berminyak.

Beliau berkata kajian mendapati jerawat boleh diwarisi dan jika ibu bapa mempunyai jerawat, kemungkinan anak juga akan mewarisi jerawat ada.

Kesan penggunaan bahan cuci muka yang tidak sesuai juga boleh menjadikan jerawat berlaku.

makanan untuk hilangkan jerawat

Antara makanan terbaik untuk menghilangkan jerawat

Penjagaan Muka Berjerawat

1. Minum air secukupnya.
2. Elakkan tekanan dan sentiasa tenang.
3. Banyakkan makan sayur dan buah-buahan.
4. Sentiasa mencuci muka dengan air yang bersih.
5. Elakkan memicit jerawat bagi mengelak keadaan menjadi semakin teruk.
6. Lakukan pembersihan wajah secara rutin untuk mempercepat penyembuhan jerawat.

Sumber: Berita Harian Sisipan Sabtu SIHAT

Cara saya pula? Tambah semua 6 langkah di atas dan amalkan Set Kecantikan Shaklee dan Energizing Soy Protein (ESP) yang popular itu :)

Hubungi saya untuk info dan pesanan:

Nabihah Yunus
Shaklee ID: 893006
SMS/Whatsapp: 012-3620750
Email: nabihah_yunus@yahoo.com






Tuesday, February 3, 2015

Semangat Kena Sentiasa Ada

Semangat untuk melakukan sesuatu perkara amat penting. Sesuatu perkara mestilah dilakukan dengan bersungguh-sungguh.

Selalu ungkapkan kata-kata semangat akan buatkan kita lebih gembira seperti "Saya boleh menjadi seperti apa yang saya impikan".

Put everything that you trust into a great next step. Be responsible with your own action.

Sekian kata semangat hari ini :)

P/S: Post asyik ada asyik takde macam chips more tak bermakna saya tinggalkan blog ini. Ni darling saya hihi. I'm a blogger, always trying to write better topics everyday.

Kalau boleh, tiap-tiap hari saya akan cuba post 3 kali sehari. InshaAllah :D
Thursday, January 22, 2015

Kebaikan dan Manfaat Vivix

Salam sejahtera dan apa khabar?

Kita sekarang berada di satu ketika di mana kita memerlukan supplement sebagai energy booster atau tenaga tambahan dan makanan untuk sel-sel dalaman.

Nak sihat kena ada effort atau usaha yang berterusan. Nak ke bila muda sihat walafiat, bila usia menginjak dewasa asyik sakit, pergi klinik dan hospital hampir setiap bulan? Kos rawatan zaman sekarang amat mahal, bukan seringgit dua.

Kesihatan ini boleh diibaratkan sebagai pokok. Jika kita selalu menyiram pokok, subur dan cantiklah pokok itu. Tapi kalau nak pokok berbuah, kena letak baja dan ada cahaya matahari. Sebabnya, air dan cahaya matahari ini sumber untuk pokok itu membesar dan mekar menghasilkan produknya iaitu buah, bunga dan daun.

Sumber air dan cahaya matahari inilah yang diibaratkan sebagai supplement. Supplement atau makanan tambahan akan mencukupkan keperluan badan kerana makanan yang kita makan kemungkinan tidak menyalurkan nutrisi yang mencukupi.

Kesihatan ini sangat berharga. Saya pasti tiada sesiapa yang ingin membazirkan wang yang banyak untuk mengubati penyakit seperti penyakit tiga serangkai iaitu kencing manis, darah tinggi dan sakit jantung.

Supplement yang dicadangkan untuk membantu melawan penyakit ialah:

Vivix

Vivix. Tonik ajaib Shaklee


Apakah Keistimewaan dan Manfaat Vivix yang menjadikan Ia Sangat Diminati Ramai?


1. Vivix bagus untuk anti-penuaan atau anti-aging. Antara kajian klinikal menunjukkan Vivix boleh menjadikan wajah awet muda.

2. Vivix membantu mengurangkan risiko sakit jantung. Sakit jantung ini antara pembunuh senyap tau. Oleh itu, memang kita perlu untuk sentiasa menjaga kesihatan badan kita.

3. Vivix membantu memulihkan strok. 

4. Kesihatan sendi pun boleh dibaiki dengan penggunaan Vivix.

5. Komplikasi penyakit seperti kencing manis boleh dielakkan dengan penggunaan Vivix bagi jangka masa panjang.

6. Vivix boleh digunakan untuk pesakit yang baru selesai menjalani kimoterapi. Ini kerana Vivix sendiri mempunyai kandungan untuk memperbaiki sel-sel DNA yang telah rosak.

7. Penggunaan Vivix dijamin membantu kesihatan keseluruhan.

8. Selain itu, Vivix membantu mengurangkan risiko nyanyuk.

Saya pernah cuba minum Vivix. Percayalah, rasanya sangat sedap. Macam ribena yang pekat. Sehari cuma ambil satu sudu. Kalau saya, setiap hari nak ambil pun boleh hehe.

Hubungi saya untuk info dan pesanan

Nabihah Yunus
Shaklee ID 893006
SMS/Whatsapp 012-3620750
Email: nabihah_yunus@yahoo.com
Tuesday, January 20, 2015

12 Kebaikan Detox untuk Badan

Adakah program detoks baik untuk kita? Banyak pertikaian mengenai kebaikan dan kemungkinan juga, keburukan proses ini. Ia mungkin memeningkan kepada bakal pengamal amalan detoks ini. 

Keberangkalian untuk menimbulkan masalah ada, tetapi jika dikawal pasti tidak membebankan.


Apa yang dikatakan sebagai detoks?


Detoks atau juga dipanggil menyahtoksin adalah satu proses untuk membuang kekotoran atau sisa yang tidak diperlukan daripada badan. Secara mudah, badan kita melakukan detoks secara semulajadi contohnya melalui perkumuhan, berpeluh dan pembuangan najis. Namun, kadangkala proses ini tidak menjadi lancar dan tidak semua dapat dikeluarkan daripada badan terutamanya jika melibatkan kolon.


Kenapa perlu detoks?


Kekotoran atau pun toksik yang terkumpul dalam badan boleh menyebabkan beberapa penyakit yang serius. Berdasarkan fakta, kebanyakan penyakit hari ini adalah berpunca daripada badan yang penuh dengan toksik.

Antara tanda badan memerlukan proses detoks adalah:

- Sakit kepala yang kerap
- Keletihan
- Kulit kusam
- Selalu jatuh sakit seperti demam
- Sembelit


detoks secara semulajadi
Contoh proses detoks secara senulajadi


12 kelebihan detox menurut artikel kesihatan




1. Merangsang tenaga


Kebanyakan pengamal dan pengikut program detoks memberitahu mereka berasa lebih bertenaga. Ini kedengaran munasabah kerana ketika melakukan detoks, pengamalnya akan memberhentikan penambahan pemakanan yang menjadi punca proses detoks dilakukan. Melalui cara merendahkan pengambilan gula, kafein, trans fat, lemak tepu dan menggantikannya dengan buah-buahan dan sayur-sayuran segar. Kaedah ini dapat memberikan penambahan tenaga. Ia amat penting untuk meminum kuantiti air yang secukupnya ketika melakukan proses detox dan ini juga mungkin sebab kenapa tenaga bertambah sekiranya pada hari lain, pengambilan air tidak mencukupi.


2. Menyingkirkan lebihan sisa buangan


Perkara yang paling penting mengenai detoks adalah membenarkan badan menyingkirkan lebihan buangan yang disimpan. Kebanyakan program detoks dicipta untuk merangsang badan menyahtoksin secara sendiri, membantu hati, buah pinggang serta kolon untuk melakukan proses ini. Membersihkan kolon adalah bahagian penting bagi proses detoks kerana toksin ini perlu dikeluarkan daripada tubuh badan. Memilih buah-buahan dan sayur-sayuran adalah penting meskipun selepas program detoks disudahkan untuk membuat proses ini berterusan. 


3. Membantu Menurunkan Berat Badan


Ia mudah untuk melihat bagaimana diet detoxks akan mengurangkan berat badan dalam jangka masa pendek, tetapi cara yang lebih sihat untuk melihat diet detoks ialah dengan melaksanakannya dalam jangka masa panjang dan menggunakan pemakanan secara sihat serta membuang tabiat pemakanan yang kurang sihat.

Kebanyakan masanya penurunan yang drastik dalam kalori dan kadar penurunan yang cepat dalam berat badan yang difokuskan, terutamanya dj media massa. Namun begitu, kesan jangka pendek ini tidak akan berhasil jika kita tidak bertindak menggantikan makanan yang tidak sihat dengan makanan sihat, dan menggunakan tenaga kita yang baru untuk lebih banyak bersenam dan lebih aktif secara amnya.

4. Sistem Imun yang Lebih Kuat


Apabila kita meng'detoks'kan tubuh badan, kita memberi peluang untuk organ badan kita berfungsi seperti mana ia sepatutnya berfungsi. Ini akan membantu untuk memberikan imun badan 'boost' kerana kita akan mampu menyerap nutrisi dengan lebih baik dan ini termasuk vitamin C. Kebanyakan herba yang diambil semasa berdetoks akan membantu sistem limpa dan ini memainkan peranan penting dalam membuatkan kita sihat. Kebanyakan program detoks juga mengfokuskan senaman ringan yang membantu pengaliran cecair limpa dalam tubuh badan dan membantu sistem pembuangannya serta dalam masa sama, menguatkan sistem imun.

5. Menjadikan Kulit Kelihatan Cantik


Kulit kita ialah organ terbesar di dalam badan. Jadi, masuk akal jika dikatakan kulit akan mendapat manfaat daripada program detoks. Satu cara untuk membantu program detoks ialah bersauna untuk membantu badan berpeluh toksin yang berlebihan. Kita boleh mendapatkan kulit yang lebih bersih, licin pada akhir program detoks. Ia juga dilaporkan yang detoks boleh membantu menghilangkan jerawat tetapi mungkin menyebabkan kulit kelihatan lebih teruk sebelum jerawat semakin bersih dan pudar ketika proses membuang toksin berjalan. Mungkin kulit akan lebih gatal dan kering sebelum ia sembuh dan hilang, namun ini adalah sebahagian dari proses dan ini adalah tanda yang bagus dalam proses membuang toksin ini.


skin benefits of detoxing

6. Pernafasan yang Lebih Bagus

Ikuti program detoks yang mempunyai pembersihan kolon kerana toksin perlu dikeluarkan daripada badan. Ada teori mengatakan bahawa satu penyumbang kepada mulut yang berbau adalah kolon. Apabila kita dapat membersihkannya dan membantu sistem pencernaan berfungsi dengan baik kembali, kita akan mendapati pernafasan kita kembali elok. Kita kena juga mengambil perhatian pernafasan mungkin menjadi semakin teruk semasa proses detoks tetapi apabila ia berakhir, pernafasan akan menjadi lebih elok. Proses ini semulajadi dan berlaku semasa toksin dikeluarkan dari tubuh.


7. Membantu Perubahan Kesihatan ke Arah Lebih Baik

Ia agak sukar untuk menukar tabiat jangka panjang, dan detoks program tidak kira berapa lama ialah satu cara untuk membezakan tabiat lama dan tabiat baru. Jika kita ada ketagihan terhadap gula, kafein, makanan bergoreng atau makanan yang rangup, program detoks boleh membantu menghilangkan ketagihan itu. Selalunya jika kita cuba untuk berhenti ketagihan terhadap makanan atau minuman seperti itu, kita akan berdepan dengan keputusan yang tidak membanggakan dan kembali kepada tabiat yang lama. Jika kita membersihkan tubuh dan menggantikan makanan itu dengan pilihan yang lebih sihat, kita mampu mengawal diri kita dan kemungkinan untuk lebih memilih habit yang lebih baik untuk jangka masa panjang.

8. Fikiran yang Lebih Tenang

Program detoks yang bagus akan memberi penumpuan kepada minda semasa proses pembersihan. Penggunaan meditasi selalunya dicadangkan sebagai cara untuk kembali berhubung dengan badan semasa proses pembuangan dan pembersihan toksin. Pengikut detoks selalu mengaku bahawa mereka akan hilang perasaan keliru, dan mampu untuk lebih berfikiran positif semasa berdetoks daripada tidak mengikuti program itu. Ini memang boleh diterima kerana kebanyakan makanan yang dipenuhi gula dan lemak yang mengelilingi kita setiap hari dan menyebabkan kita cepat letih dan merupakan faktor yang mempengaruhi cara pemikiran kita.


9. Rambut yang Lebih Sihat

Pada masa kita melihat rambut kita, ia sudah dirasakan mati, kerana semua kesuburan berlaku bermula dengan folikel rambut. Ini adalah sebab kenapa ia penting untuk badan berfungsi pada potensinya mengikut proses detoks yang kerap dan ada strategi. Apabila rambut kita boleh tumbuh tanpa dipengaruhi oleh toksin dalaman, kita akan lihat dan rasai perbezaannya. Rambut akan kelihatan lebih berseri, dan lebih lembut untuk disentuh. Proses detoks tidak cukup untuk menghentikan kebotakan bagi lelaki, tetapi ramai memgakui rambut mereka tumbuh dengan lebih cepat, petanda untuk rambut yang lebih sihat.


10. Rasa Diri Lebih Ringan

Antara kebaikan detoks yang dilaporkan ialah perasaan diri lebih ringan. Antara sebab kenapa ini terjadi iaitu jika kita memgikuti proses pembersihan kolon sebagai salah satu proses detoks. Apabila kita berhenti daripada makan makanan yang memberatkan tubuh badan, dan menggantikan dengan makanan yang lebih baik seperti buah-buahan organik yang segar dan sayur-sayuran, perasaan diri lebih ringan akan mudah dirasai. Ia juga penting untuk tidak terlebih makan semasa proses detoks dan ini akan memberi rasa diri yang lebih ringan, dengan memberikan tenaga yang sebelum ini kehilangan.


11. Kebaikan Anti-Penuaan

Toksin yang sentiasa berlaku yang terpaksa badan hadapi adalah antara faktor penyumbang kepada proses penuaan. Jika menurunkan jumlah kerosakan radikal bebas kepada tubuh, kita akan melihat perubahan bukan sahaja dalam jangka masa pendek, tetapi manfaat dalam jangka masa panjang dengan penambahan kesihatan. Apabila kita sudah selesai menjalani program detoks, ia adalah penting sekali untuk tidak kembali kepada cara hidup lama yang dipenuhi dengan toksin. Memilih diet yang lebih sihat adalah amat penting seperti mana melakukan aktiviti harian adalah cara hebat untuk memastikan kita rasa lebih hebat pada setiap saat kehidupan kita.

sihat secara semulajadi



12. Peningkatan Rasa Keselesaan Hidup

Apabila kita berdetoks, kita akan rasa lebih bagus, dan apabila kita rasa lebih bagus, perkara yang elik akan berlaku. Detoks selalunya digunakan secara strategik untuk menurunkan berat badan atau melakukan rancangan diet yang baru tetapi tiada sebab yang lebih bagus selain untuk merasa lebih bagus. Apabila kita merencanakan untuk menjadi lebih selesa, kita akan meningkatkan kesemua aspek dalam kehidupan dan kita akan melihat hubungan yang lebih baik, kerja yang lebih produktif dan perasaan yang lebih positif atau merasai pembaharuan pandangan terhadap kehidupan.

Nota tambahan: Selain detoks makanan dan minuman, kita juga memerlukan supplement untuk tubuh badan yang lebih sihat dan segar. Antara cadangan saya ialah Vivix dan Alfalfa Complex dari Shaklee. Pengambilan kedua-dua ini secara berterusan dijamin membantu tubuh badan kita untuk jangka masa yang panjang.

Hubungi saya untuk info dan pesanan:
Nabihah Yunus
Shaklee ID 893006
SMS/Whatsapp: 012-3620750
Email: nabihah_yunus@yahoo.com
Monday, January 19, 2015

Kenapa Saya Letih dan Penat?

Apa khabar anda semua yang saya kasihi?

Semoga kita semua sentiasa ceria hendaknya.

Tajuk bukan main hehe. Kalau kita nak gembira kerana nak hilangkan letih dan penat selalu ada yang kata ok ke tak orang tu? Hehe

Dapat makan macam ini syoknya. Untuk hilangkan mengantuk


Kenapa kita letih dan penat berbeza di antara setiap individu bukan? Ada yang penat selepas balik kerja. Ada juga yang penat sebab mengantuk selepas makan nasi lemak.

Macam saya, tengok televisyen pun boleh jadi letih dan mengantuk. Bergantung kepada cerita itu mencuit hati ke tak atau tangkap sayu je. Tapi kalau dah mengantuk memang tidur jelah. Tak boleh nak buat apa dah haha.

Sebab-sebab kenapa kita letih?


1. Memang semulajadi kita akan letih kerana hormon tubuh menyuruh kita berehat setelah seharian bekerja sama ada pekerjaan yang berat atau ringan terutamanya di waktu malam.

2. Perasaan letih dan penat kerana melakukan perkara yang tidak menarik minat dan tidak menyeronokkan.

3. Rasa letih akibat tekanan, kerja yang terlalu lama dan berulang-ulang, melakukan kerja yang sudah menghampiri dead line, pekerjaan yang membosankan contohnya.

4. Fizikal badan yang mudah keletihan kerana berada dalam posisi sama buat masa yang panjang.

5. Mempunyai penyakit yang menyebabkan cepat keletihan seperti nacrolepsy. Saya ada menonton dokumentari mengenai pesakit naprolepsy. Mereka cenderung untuk tidur meskipun melakukan perkara seperti main bola sepak dan juga mereka susah untuk membuat perkara mudah seperti mandi dan potong bawang merah.


  • Kalau ada saudara-mara yang mempunyai dan menunjukkan simptom nacrolepsy, baik dibawa berjumpa doktor pakar.



Apakah yang perlu dilakukan untuk mengurangkan keletihan dan penat?


1. Jika anda seorang yang mempunyai kerjaya tetap, cubalah selitkan senaman mudah seperti aerobik. Contoh dalam gambar di bawah ini.

10 Minit Senaman Ibu yang Sibuk Bekerja


Selain daripada wanita dan kaum ibu, kaum lelaki juga boleh bersenam senaman ini. Tiada masalah.

2. Ambil minuman yang menyegarkan seperti teh hijau (green tea). Lagi elok tambah perahan buah-buahan bersitrus seperti lemon dan limau nipis.

manfaat lemon
Kebaikan buah lemon


3. Kunyah chewing gum secara berkala. Jangan sampai telan chewing gum pulak ye hihi.

4. Minum air masak pun boleh. Ini kerana kemungkinan kita mengalami keletihan dan kepenatan kerana badan kita ternyah hidrat (dehydration).

kepentingan minum air
Kelebihan air

Air masak sangat bagus untuk menambah tenaga. Kalau penat dan letih, hati-hati mungkin tubuh kita kekurangan air.

5. Basuh muka dengan air paip atau air sejuk. Jika nak mandi pun tiada masalah. Sebabnya ia mampu mengejutkan tubuh yang kepenatan dan juga melawan rasa penat dan letih itu.

6. Buat perkara yang kita minat. Jika suka membaca buku, bacalah buku. Buku yang dibaca mestilah yang kelakar contohnya Lawak Kampus oleh kartunis Keith hihi. Itu contoh sahaja. Lagi elok baca zikir harian yang mudah dilagukan yer hehe.

6. Minta seseorang mencubit atau menampar anda hihi. Memang confirm terjaga.

Lagi cadangan untuk kurangkan kepenatan dan keletihan?

Ambillah supplement seperti Energizing Soy Protein dan Performance Drink dari Shaklee.

Boleh baca link ini: Set Mighty 3 Gems

Hubungi saya untuk info dan pesanan,

Nabihah Yunus
Shaklee ID 893006
SMS/Whatsapp: 012-3620750
Email: nabihah_yunus@yahoo.com