Thursday, May 8, 2014

Vitamin E kegemaran saya

Hi, maaf kerana jarang update blog :) Mulai hari ini kena rajin, tiap-tiap hari update hihi.

Saya memang suka makan supplemen. Yep, pasal saya dikategorikan mempunyai imperfection. Bukannya mempunyai kulit yang flawless macam Song Ji Hyo tu. Mehehe. Tapi, alhamdulillah, semakin berkuranglah masalah serba-serbi. Memang berterima kasih dengan vitamin E yang hebat ini. Vitamin E yang paling saya gemar? Tentulah daripada Shaklee.

Vitamin E ini bagus untuk merawat parut. Parut jerawat, luka dan ekzema boleh dipulihkan jika anda pengamal setia Vitamin E. Antara kebaikan Vitamin E yang dilengkapi dengan ekstrak kulit anggur ini adalah:

_Ekstrak biji anggur mengandungi pelbagai khasiat kesihatan iaitu protein, lipid, karbohidrat dan polifenol.
_Kuasa antioksidan polifenol adalah 20 kali lebih baik daripada Vitamin E dan 50 kali lebih baik daripada Vitamin C.
_Melambatkan penuaan.
_Salah satu phenol yang ditemui dalam biji anggur ialah OPC ini lebih tulen berbanding kumpulan fitonutrien yang lain. OPC mampu memelihara tubuh dari penuaan sebelum masanya. OPC juga terikat dengan kolagen. Maksudnya, OPC mampu membuatkan kulit lebih elastik, membuatkan seseorang tampak muda secara semulajadi ;)

Hebatkan? Pilihlah Shaklee, pilihan selamat untuk semua.

Hubungi
Nabihah Yunus
SID 893006
sms 012-3620750
Beauty.Health.Organic Supplement
Thursday, May 1, 2014

Info: Energizing Soy Protein, Soya Terbaik

Assalamualaikum dan selamat petang.

Antara produk Shaklee yang popular adalah protein yang berasaskan sumber soya. Energizing Soy Protein ni memang antara produk hot dan boleh digabungkan dengan macam-macam produk Shaklee untuk hasil yang lebih optimum. Saya nak terangkan dengan lebih lanjut keistimewaan soya Shaklee ni.

Pengambilan protein membantu menghasilkan sel baru maka sel mati dan sel lama ini dapat disingkirkan. Apa kelebihan dan kebaikan protein ini sebenarnya?

KEPERLUAN PROTEIN DALAM DIET HARIAN
Protein hakikatnya boleh didapati dalam makanan harian kita seperti ikan, ayam, daging, kekacang dan banyak lagi. Namun protein ini mudah musnah apabila berada dalam suhu masakan yang tinggi. Apabila ini berlaku, tubuh kita akan menyerap saki baki protein yang ada dan selebihnya badan kita menyerap minyak hasil masakan seperti ikan goreng, ayam goreng atau apa jua masakan terutama yang bergoreng.

Badan kita terdiri daripada sel. Dari sel membentuk tisu. Dari tisu membentuk organ. Dari organ membentuk sistem. Protein merupakan makanan kepada sel. Jika sel mendapat cukup protein ditambah dengan protein yang bagus, sel yang sihat akan mudah terbentuk demi menggantikan sel yang lama dan mati. 

Sel    ❥     Tisu  ❥  Organ   ❥  Sistem

PENTINGKAH PROTEIN?
Our body need protein to grow! It’s a basic material of all living cells and organ-building block of the body. Stuktur asas badan manusia adalah sel. Segala penyakit pada zaman moden ini disebabkan oleh pengumpulan sel-sel yang LEMAH & KURANG SIHAT. Keperluan protein yang mencukupi dikatakan kunci kesihatan yang optimum – protein diperlukan untuk menghasilkan hormones, enzymes, antibodies and neurotransmitter.

25% daripada badan kita berasal (diperbuat?) daripada Protein. – kuku, rambut, kulit, otot-otot adalah protein. Malah Dr. Bruce Miller dalam bukunya mengatakan kita adalah protein.

Protein berasal dari perkataan Greek (PROTOS) bermaksud – ‘the first’ dan badan kita terdiri daripada :-

1. 66% Air
2. 25% Protein
3. 8% Lemak
4. 1% Campuran Vitamin dan Mineral

TAHUKAH ANDA ?
Shaklee adalah syarikat pertama yang mewujudkan suplemen protein berasaskan kacang soya. Sebenarnya, pengasingan soya pertama yang pernah dihasilkan adalah dicipta oleh Dr. Forest C. Shaklee pada tahun 1970an. Selang beberapa tahun kemudian, beberapa ujian klinikal telah membuktikan apa yang ditemui oleh Dr. Shaklee sebelumnya iaitu protein soya merupakan sebuah blok binaan utama bagi membina kesihatan jangka panjang.

SHAKLEE ENERGIZING SOY PROTEIN
Ini adalah makanan utama dalam program Shaklee. Amat penting dalam diet harian kita. Ia merupakan minuman berkhasiat, sumber lengkap protein secara biologi yang bermutu paling tinggi yang dihasilkan dari kacang soya. Ia memberi tenaga yang berpanjangan dan membaikpulih sel-sel dan tisu-tisu yang rosak.

Soy Protein Shaklee mengandungi 14 gram protein soya semulajadi yang baik pada setiap hidangan. Diproses dengan air (bukan dengan bahan kimia) bagi mengekalkan sumber semula jadi isoflavones seperti genistein dan daidzein.

Soy Protein tidak mengandungi kolesterol dan laktosa. Ia mengandungi semua asid-asid amino yang diperlukan oleh tubuh anda bagi mengekal tisu-tisu yang sihat, termasuk 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh dengan sendirinya. Produk Protein Soya ini adalah sumber-sumber kalsium dan zat besi yang baik. Selain itu ia tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, pewarna dan bahan pengawet.

PROTEIN SOYA SHAKLEE IALAH NON-GMO SOY!
Shaklee hanya menggunakan protein soya yang tidak diubahsuai genetiknya, iaitu Non-GMO (Non-Genetically Modified Organism), dimana ia disahkan melalui Identity Preservation Program. Program ini memastikan soya yang digunakan oleh Shaklee adalah dipantau dengan ketat dan dikawal sejak mula ditanam, dituai hinggalah diproses.


Cubalah Energizing Soy Protein hari ini. Pasti memikat hati ;)

Hubungi saya,
SID 893006
sms 012-3620750



Saturday, April 19, 2014

Vitamin B Complex yang Hebat!

Hi! Maaf kerana lama menyepikan diri. Oho, kadang-kadang mood swing menjelma. Lebih kepada tekanan. Memang tidak dinafikan, ia tidak elok kepada badan. Akan tetapi, saya cuma manusia biasa. Ada pasang surut bila bab mood ni. Ehehe :) So, solution bagi masalah saya itu, telan B Complex haha. Kalau nak lebih cepat berkesan, berdoa, berdamping dengan Tuhan pun boleh. Ubat paling mujarab.

B Complex adalah antara banyak produk Shaklee yang saya makan. Saya ingin highlightkan beberapa kelebihan B Complex ini.

Salah satu fungsi utama vitamin B complex adalah untuk membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak dan protein dan membantu badan menggunakan tenaga yang tersimpan di dalam makanan. Bagaimana vitamin B complex membantu pecahkan lemak dan tingkatkan metabolisme?


  • Vitamin B-1, atau thiamine, merupakan sebahagian daripada struktur enzim thiamine pirofosfat, yang membantu memecahkan karbohidrat dan lemak. 
  • Vitamin B-2, atau riboflavin, membentuk sebahagian daripada NADH molekul, yangmembantu pengangkutan tenaga dalam sel-sel. 
  • Vitamin B-5, atau asid Pantothenic, menyumbang kepada struktur beberapa enzim yangmemetabolismekan lemak, termasuk koenzim A, yang memainkan peranan penting dalam sintesis dan pecahan asid lemak.
  • Niasin, vitamin B-6 dan besi meningkatkan metabolisme dengan membantu dengan pengeluaran L-carnitine, sejenis asid amino yang menggalakkan pembakaran lemak. Badan anda mensintesis L-carnitine daripada asid amino lisin dan methionine di dalam hati. Hampir semua carnitine dalam badan anda disimpan di dalam tisu otot. Dari sana ia membantu mengangkut asid lemak ke dalam mitokondria sel-sel ', di mana tenaga dihasilkan. L-carnitine juga menggalakkan pembebasan trigliserida ke dalam aliran darah dan kemudian ke dalam otot untuk dibakar untuk tenaga.


Merujuk kembali kepada tajuk di atas, kenapa saya katakan B Complex hebat? Sebabnya, jika kita badan cepat letih, kurang selera makan, mempunyai darah rendah dan menghadapi tekanan perasaan, cubalah B Complex. Ia akan membantu secara perlahan-lahan dalam memperbaiki kesihatan diri.

Hubungi saya,
Nabihah Yunus
SID 893006
sms 012-3620750 


Tuesday, April 1, 2014

Hubungi saya

Untuk sebarang pertanyaan mengenai product Shaklee, anda boleh menghubungi saya di talian berikut

Nabihah Yunus (ID 893006) - Pengedar Sah SHAKLEE
No Tel: 012-3620750

Cara Daftar Ahli Shaklee

Berikut adalah cara untuk mendaftar ahli Shaklee:

1. Yuran keahlian
Jika ingin mendaftar AHLI SHAKLEE, ada dua pilihan yg disediakan untuk anda samada membayar yuran rm75 (semenanjung) atau RM 85 (sabah sarawak) termasuk pos atau pilihan kedua adalah dengan mendaftar secara FREE MEMBERSHIP. Pendaftaran adalah untuk seumur hidup ;)

a) Bayaran yuran RM 75 (Sem) dan Rm 85 (Sabah dan Sarawak) 
Pendafataran dengan yuran sebanyak RM75 (Sem) dan Rm 85 (Sabah dan Sarawak).  Ini boleh dilakukan bila anda hendak jadi ahli Shaklee tanpa membuat sebarang pembelian. Pendek kata hanya untuk daftar sahaja. Andai kata anda nak terus buat pembelian contoh 1 tin ESP, anda sudah layak untuk dapat harga ahli dan penghantaran akan terus dilakukan oleh pihak SHAKLEE bersama dengan manual kit (buku produk, senarai harga buku resit dan flyers).

b) Keahlian secara PERCUMA 
Keahlian secara percuma boleh didapati sekiranya anda ingin mendafatar sekaligus nak beli barang dalam jumlah lebih kurang Rm650 atau bersamaan dengan 200 point. Contohnya anda nk beli set menyusu 3M dan kawan-kawan anda pun nak beli juga, sehingga total up cukup 200 point maka automatik anda layak ntuk dapat keahlian PERCUMA.


Hubungi saya,
Nabihah Yunus
SID 893006
sms 012-3620750
FB Fanpage: Beauty.Health.Organic Supplement

Sunday, March 23, 2014

Tips: Jangan Layan Kesedihan Itu

Setiap insan pasti pernah berdepan dengan jenis manusia yang suka cakap belakang atau erti kata lain, mengumpat atau bergosip. Usah bimbang dan khuatir, biarlah ia menjadi seperti angin lalu sahaja. Seorang yang saya amat hormat pernah beritahu saya, jika kita marah dan membidas kembali apa yang dikatakan orang itu, maknanya kita tidak suka, benci apa yang ingin disampaikan Tuhan kepada kita, ia amat tidak bagus di sisi agama, bahkan kita juga dianggap berdosa. Ungkapan mudah, ini adalah petanda ujian dari Tuhan yang Maha Esa.

Sama ada kita memandangnya dari sudut positif, atau kita membuat dosa jika kita marah akan "teguran" ini. Ya, memang orang yang bercakap belakang itu salah. Memang sakit hati jika dibiarkan kekecewaan berlarutan. Tetapi, apa impaknya jika kita terlalu ikutkan perasaan? Fikirlah kata-kata pujangga Melayu, "Ikutkan hati mati, ikutkan badan binasa". Pedulikannya. Bak kata orang sekarang, cakap sahaja ungkapan ini, "Kau ade?" Haha, biarlah mulut manusia memang suka mencari kesalahan orang. Just don't bother, right? Mereka yang suka mengutuk ini, bolehlah diibaratkan seperti anjing menyalak bukit. Kasar bahasanya bukan? Tiada apa-apa perubahan jika diamati tabiat mengumpat, samalah juga dengan anjing menyalak bukit, bukit masih teguh berdiri, bukannya makin condong dan roboh, bahkan teguh berdiri sehingga bertahun-tahun lamanya. Individu yang suka mencari kesalahan orang ini, men"assume" diri mereka terlebih pandai (agaknyalah), mereka mungkin kurang perhatian atau kasih sayang, mungkin lah haha.

Ingatlah, Tuhan kita, Allah S.W.T. sentiasa ada.  Mohonlah bantuan Allah Yang Maha Esa. Ingatlah juga, Rasulullah S.A.W. pernah berdepan dugaan yang lagi teruk apabila wanita kesayangan baginda, Sayiditina Aishah ditohmah dengan ujian yang amat besar, tetapi baginda mempunyai tahap kesabaran yang tiada bandingan. Contohilah baginda dan umat Islam sezaman baginda. Kekentalan semangat melawan anasir yang tiada tolok bandingnya amatlah hebat dan terpuji bukan?

Berdepan dugaan sekecil zarah pun kita melatah, fikirlah apa yang dibuat jika kita ditimpa musibah seperti Nabi Ayub A.S., yang diduga begitu hebat meskipun baginda adalah rasul dan kekasih Allah. Mungkin tidak tertanggung azab. Berdoalah, ia senjata orang mukmin.

Be happy, be carefree, be obedient to God's willing and everything will be fine.


Friday, March 21, 2014

Program Diet dari Shaklee

Bagi yang baru mengenali Shaklee, tahukah anda Shaklee juga ada menawarkan program diet secara sihat? Antara cadangan makanan tambahan untuk program diet ini adalah Cinch Shake Mix dan Cinch Tea.

Cinch merupakan produk khas daripada Shaklee, yang mempunyai kadar leucine bagi membantu penurunan berat badan dengan berkesan.





Cinch yang mempunyai tambahan leucine mampu untuk:

  • Menjaga otot
  • Membakar lemak
  • Mengurangkan berat badan dengan mengurangkan lemak
Leucine merupakan:
  • Sejenis asid amino
  • Memberikan rasa kenyang
  • Memberi isyarat kepada tubuh untuk mengekalkan dan membina otot
  • Menyokong kadar metabolik dengan menjana otot
Kenapa Cinch?
Cinch dihasilkan oleh doktor-doktor, saintis dan pakar nutrisi daripada Shaklee. Program Cinch adalah berdasarkan lebih dari 100 jurnal yang diterbitkan dan laporan klinikal untuk setiap bahan-bahannya.

Data klinikal dari pilot study yang dijalankan selama 12 minggu:
  • Kehilangan berat badan sebanyak 15.4 pound (dalam 7 kg)
  • Saiz pinggang turun sehingga 4.1 inci
  • Jisim otot kekal
Sila hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan pesanan:
sms 012-3620750
Shaklee Independent Distributor: ID 893006