Sunday, January 26, 2014

Motivasi untuk Hari Ini

Pernah dengar tak kata-kata ini, "Ikut hati mati, ikut rasa binasa". Orang zaman dulu-dulu, nenek moyang kita memang arif dalam bahasa kiasan ini. Betullah tu, kalau kita terlalu mengikut kata hati, segala yang kita buat pasti seperti batuk melepaskan tangga. Oleh itu, ini antara petua-petua yang saya kongsi, kredit kepada sifu yang saya hormat dan kagum, Cery Mamafaiz. Nak ikutkan, ini memang petua berguna, dan saya juga banyak perlu pertingkatkan makanan rohani saya yang tak seberapa ini.

1. Dirikan solat dan banyakkan berdoaIni adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdoa turut katakan"Ya,Allah jadikan hatiku bersih"

2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 kali sebelum tidur
Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Di samping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3. Solat taubat
Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4. Membaca Al-Quran
Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah "Qulhu-allah" atau nama lain surah al-Ikhlas sebanyak 3 kali. Bermaaf-maafan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan.

5. Bisikan kepada diri perkara yang positif
Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah "Aku sebenarnya......(perkara yang elok-elok belaka)".

6. Program minda/cuci minda
Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati 

"Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif". 

Menurut kajian psikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya

7. Berpuasa

8. Cuba ingat tentang mati
 (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa)

9. Kekalkan wuduk

10. Bersedekah

11. Belanja orang makan.

12. Jaga makanan - jangan makan makanan yang syubhah

13. Berkawan dengan ulama

14. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi)

15. Pesan pada orang, jadi baik

16. Menjaga pancaindera (mata, telinga, mulut dan sebagainya)
Apa yang dikatakan menjaga pancaindera ini, adalah juga meliputi jaga akhlak kita. Pepatah bahasa inggeris, "Don't judge a book by its cover" adalah amat sesuai untuk dikaitkan dengan perkara ini. Kita bukanlah manusia sempurna, tetapi akhlak, tingkahlaku dan attitude kitalah yang menjaga keperibadian dan seterusnya hati kita, bukankah begitu? :D

Ini antara sharing berkaitan apa yang saya baca dari blog Cery Mamafaiz. Info yang bagus. Hati ada satu, dan yang satu itulah perlu kita jaga :)

Selamat beramal.


Friday, January 17, 2014

Kenapa Saya Pilih Memakan Supplemen?

Assalamualaikum dan hi,
Seperti mana tajuk di atas, saya ada beberapa sebab untuk memakan supplemen :)

1) Sebab pertama, mestilah untuk cantik! Penggunaan krim, pelempab, krim sun block atau tabir suria itu semua lebih kepada short terms. Maksud saya, kesannya tidak menyeluruh. Pengambilan makanan tambahan lebih membantu kerana kita mengambilnya secara oral intake, yakni ia akan melalui salur darah dan berhubung kait dengan sistem badan kita. Kesannya efektif dan tak diragui. Contoh terbaik, jika anda memakai krim yang mengandungi kolagen, kesan krim itu ke atas kulit tidak mampu diserap ke dalam kulit kita secara berkesan, berbanding jika kita makan atau minum. Sebab kenapa? Ini kerana saiz partikel kolagen amat besar dan tidak mampu diserap oleh kulit melalui cara itu. Pilihan kolagen saya? Collagen Powder daripada Shaklee sudah tentunya.

2) Kesihatan Optimum
Ini juga sebab penting kenapa saya memakan supplemen. Waktu-waktu seperti ini, kita sering dengar penyakit tiga berangkai, rakyat Malaysia dibayangi tabiat pemakanan yang tidak seimbang, dan juga kanak-kanak memakan makanan yang tiada sumber nutrisi lengkap. Hmmm, tabiat ini siapa yang perlu disalahkan? Saya yakin jika ada saluran untuk tabiat pemakanan sihat secara agresif diwar-warkan di dada akhbar, media dan juga kawasan perumahan, masyarakat akan sedar betapa pentingnya isu ini. Pernahkah anda melihat usaha selebriti chef terkenal dari United Kingdom, Jamie Oliver mengenai tabiat yang beliau berusaha untuk menghalangnya daripada membahayakan lebih ramai kanak-kanak sedari kecil? Saya yakn usaha itu amat terpuji dan disegani. Maklumlah, dari kecil lagi kita diajar untuk makan makanan segera, berminyak dan bergoreng. Jikalau dalam kuantiti kecil sudah tentulah tidak mengapa, tetapi bimbang jika dalam kuantiti yang banyak. Itulah sebab yang perlu kita jawab jika ingin mengambil nutrisi tambahan, bagi menggantikan nutrisi yang kurang dan tidak bermanfaat kepada tubuh.

3) Nilai Duit
Sebab yang saya beritahu di sini kerana nilaian duit memang akan memberikan balik kesihatan kepada kita kerana jika kita menyediakan payung sebelum hujan, di masa kita menghadapi usia senja, pasti kita tidak akan menyesali tindakan. Contoh, apabila kita dari muda kita minum susu, makan kalsium, zink dan juga makanan tidak kiralah makanan tambahan atau pun tidak yang diperkaya dengan nutrisi terbaik, pasti keberangkalian kita mengalami tulang yang rapuh atau osteoporosis agak kurang, berbanding individu yang tidak mengambil berat akan kesihatan mereka.

Pilihan yang bijak di tangan kita :)

Lagi satu, minum air yang banyak juga amat penting.

Untuk maklumat lanjutan berkaitan apa yang terbaik untuk masalah anda, hubungi saya:
Nabihah Yunus [SID 893006] [sms 012-3620750]

Saya akan berikan konsultasi berkesan untuk setiap masalah tuan-puan.

Terima kasih.

Monday, December 9, 2013

Sebab Pilih Omega Guard

Assalamualaikum dan hi :)

Sorry for the long break. Hihi. Haha. No need for explanation. I just need to unwind for some time. Nak beritahu, bulan Disember 2013, as usual ada promosi daripada Shaklee. Buy 6 free 1. Dan, produk yang dapat promosi bulan ini adalah Omega Guard.

Omega Guard ini sesuai untuk banyak golongan. Nak tahu khasiatnya, let's roll:

Melindungi Jantung Anda
Omega Guard Shaklee membekalkan asid lemak omega-3 yang berpotensi ultratulen dengan spektrum penuh bergred farmaseutikal.

Membantu Mengurangkan Risiko Penyakit Jantung
Satu penyelidikan yang menyokong fakta tersebut tetapi bukan muktamad menunjukkan bahawa pengambilan asid-asid lemak omega-3 seperti EPA dan DHA boleh mengurangkan risiko penyakit jantung koronari. 
Penyelidikan juga menunjukkan bahawa paras asid lemak omega-3 yang tinggi dapat memperbaiki kesihatan kardiovaskular di samping membantu memelihara tekanan darah dan paras trigliserida yang normal. Tambahan lagi, omega-3 dapat memelihara kesihatan otak, penglihatan dan fungsi-fungsi sendi.

Ultratulen dan Bergred Farmaseutikal
OmegaGuard dihasilkan melalui suatu proses penyulingan proprietari tiga molekul yang memekatkan asid lemak omega-3 yang bermanfaat dan semulajadi sementara menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat di dalam kebanyakan jenis ikan.

Omega Guard Shaklee -DHA dan EPA


Minyak Ikan Terbaik Di Dunia
Mengandungi satu rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi iaitu EPA, DHA, ALA dan lain-lain lagi. EPA menyihatkan jantung dan sendi anda manakala DHA pula penting bagi perkembangan dan fungsi otak.
Sumber : Shaklee Malaysia


Siapa Perlukan Omega Guard Shaklee?

Ibu Hamil
  • Membantu perkembangan otak bayi semasa dalam kandungan.
  • Mengurangkan risiko bayi lahir pra-matang ataupun dikenali sebagai bayi tak cukup bulan
  • Mengurangkan risiko gila meroyan selepas melahirkan bayi
  • Mengawal kenaikan berat badan ibu semasa hamil

 Ibu Menyusu
  • Membekalkan khasiat untuk sistem imunisasi kepada anak dan membantu perkembangan otak juga.
  • Membantu penurunan berat badan ibu tanpa jejas penghasilan susu dan kualiti susu

 Kanak-kanak

  • Pertumbuhan badan yang sihat dan juga untuk kesihatan otak
  • Sesuai untuk anak yang mudah jatuh sakit seperti batuk, selesema, asma
  • Memperkuat sistem imunisasi badan

Mereka yang mengalami masalah berat badan
  • Omega 3 meningkatkan hormon Leptine yang mengawal selera makan dan akan terasa kenyang lama.

Sering dilanda masalah kesihatan
  • Batuk berkahak, selesema berterusan
  • Sakit-sakit sendi, kolestrol tinggi
  • Sakit Stroke

Disclaimer:
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Jika mempunyai sakit berlarutan, hubungi pakar merawat anda.


Hubungi: Nabihah [SID: 893006]
sms 012-3620750

Best price for this month only. Next month offer, tunggu ya :)
Saturday, November 9, 2013

Changing the blog's url

Assalamualaikum,
Just a quick update. I have to change my blog url for several reasons. Since I am a Shaklee Independent Distributor, I need to oblige to the terms that the company itself sets. I cannot use their brand name for my convenience, like on my Facebook fan page. Thus being said, I am happy with the new name of my blog, @beautifulcherryblossom.blogspot.com

Why do I choose this name?
I am a fan of this beautiful flower. Obviously. Haha. Ever since I was a kid, I always love this young, fresh flower. My own perfume that I have been using right now is an extract of the cherry blossom.

Any hope for this blog?
Of course, I would like for a lot of people to come and share with me their experience, regarding their unsolved problems about skin care, or if they are not happy about their appearance right now. My mission is to help a lot of people out there, to reach them and advise suggestions for them on how to have a better health and a better self esteem. Forget about what is downgrading our judgement towards ourselves. We must stay strong, be happy and do instill that in order to be that, a better nutrition in our daily lives are just as important to maintain our own happiness. If our body is happy, it will make our mind a better one as well. Just saying. This is my own interpretation of a healthy me, and also to make a healthier you.

Any questions, I would very gladly entertain. For every purchase of Shaklee products from me, a free consultation of life time would be given. I would also give tips on how to maintain the results that all of us seek towards. As my customer, you would also be invited to exclusive groups and I would guide your vitamin's intake.

Thank you.

Your Shaklee Independent Distributor
Nabihah Yunus
Monday, November 4, 2013

Apa pandangan kita?

Assalamualaikum dan hi,

Saya amat bersimpati terhadap nasib saudara seagama saya. Saya pernah terbaca yang kalau diikutkan, nasib sahabat Islam kita di Syria sebenarnya lagi diabaikan berbanding di bumi Palestin. Memang kita tahu mereka semua dalam zon tidak selamat, sudah boleh dikatakan darurat. Media pun ada bercerita berkenaan ini. Kalau terbaca berkenaan ini, saya amat sedih. Nasib mereka tidak terbela. Kanak-kanak yang masih muda, didedahkan dengan erti nyawa yang bila-bila masa boleh melayang, mungkin juga dalam usia muda mereka kehilangan keluarga dan anggota badan dalam keadaan menyayatkan hati. Bercakap pasal soal trauma, usah diceritakan. Tragisnya kisah mereka, tiada siapa yang mengerti.

Photo: Assalamualaikum Dan Selamat Pagi Malaysia.

Doakan kemenangan Syria dan kesejahteraan umat Islam seluruh dunia.

Doakan kemenangan Syria dan kesejahteraan umat Islam di seluruh dunia

Photo: Bayi kehilangan kaki sebelum sempat belajar melangkah.

Hanya di Syria!

Bayangkan bagaimana bayi ini ingin melangkah? Bukti kukuh mereka perlukan pembelaan daripada kita semua

Agaknya lah, kalau diberi kita melihat sendiri penderitaan mereka, kita akan buat apa? Adakah berdoa meminta pertolongan kepada Allah S.W.T. atau cuma berdiam diri? Berbalik kepada hati, jika kita mempunyai kuasa, harta dan pangkat, sudah tentu kita tidak mahu nasib warga di sana diabaikan. Ya, mereka semua insan terpilih untuk menghadapi dugaan yang amat dahsyat dan tidak boleh digambarkan. Kita pun perlu sedar, nyawa manusia bukan mainan. Kesedaran yang ada ini, patut kita cuba memberi yang terbaik, dari segi usaha kita berkongsi penderitaan mereka atau lebih baik, menghulurkan seikhlas hati bantuan dari segi wang, bantuan perubatan dan makanan.

Photo: Saat-saat terakhir seorang ayah bersama anaknya :'(

Sebuah kisah harian Syria.

Hari tu saya melihat gambar kanak-kanak di sana, seorang anak perempuan kecil yang rupa parasnya cantik dan berumur 5 tahun jika saya tidak silap, meninggal dunia meskipun mereka tidak berdosa. Kejamnya mereka yang sanggup membunuh insan tidak berdosa itu, kecewanya hati ibu bapa mereka dan tergamak sanggup membuat perbuatan tidak berperikemanusiaan seperti itu. Semoga mereka yang telah pergi itu ditempatkan di syurga, di mana segala penderitaan yang pernah mereka alami semasa hidup tidak dirasai lagi.

Marilah kita bersama-sama memberi. Juga mengetahui yang setiap apa yang kita doakan untuk saudara Muslim di sana, pasti Allah akan makbulkan.

 Photo: Misi Bantuan Musim Sejuk Kepada Pelarian Syria Di Jordan.

Musim sejuk kembali lagi di bumi Jordan. Sudah menjadi kebiasaan, persiapan rapi akan dilakukan untuk menghadapi sejuk yang menggigit. Selimut dan pemanas dibeli melengkapkan keselesaan. Beberapa hari lalu, kami berkunjung ke dua buah kem yang terletak berdekatan sempadan Syria-Jordan. 2 kem berbeza ini menempatkan 24 keluarga dan yang sebahagiannya adalah kanak-kanak.

Tiada apa persiapan yang mereka lakukan untuk menghadapi musim sejuk yang sudah mula menunjukkan taringnya. Cuma beberapa helai selimut nipis pemberian insan prihatin menjadi pelindung anak-anak kecil di sini. Malah ada yang masih berseluar pendek kerana tiada pakaian tebal yang mampu dibeli.

Seorang kanak-kanak menunjukkan tangan dan muka beliau yang mula kering dan menggelupas akibat sejuk. Mereka tidak punya pemanas untuk memanaskan badan apatah lagi air panas untuk mandi. Beberapa minggu lalu, ramalan kajian mengatakan Jordan akan mengalami musim sejuk yang paling sejuk untuk tempoh 100 tahun! Tahun lalu, bandar Mafraq, Jodan yang dihuni ratusan ribu pelarian Syria ini dihujani salji. Bayangkan kesejukan yang perlu ditanggung oleh mereka di dalam khemah-khemah senipis kain guni.

Juga pelarian yang tinggal di rumah-rumah dengan hanya bertemankan selimut biasa! Benarlah, kita tidak perlu menjadi rakyat Syria untuk bersimpati, tetapi kita hanya perlu menjadi manusia untuk sama-sama merasa. 

Dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim, Tangisan Syria Di Bumi Jordan melancarkan misi bantuan musim sejuk kepada pelarian Syria di Jordan.

Untuk sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan saya di: 

FB: https://www.facebook.com/musa.nuwayri?fref=ts

Untuk bantuan ke misi ini, boleh terus bank-in ke: 03010106139527(CIMB) atas nama Ahmad Musa Al-Nuwayri(Koordinator Tangisan Syria Di Bumi Jordan)

Memandangkan akaun ini sudah dikhaskan untuk pelarian Syria yang ramai, jadi sebarang bank in terbaru untuk misi ini perlu dimaklumkan kepada kami untuk diasingkan.

Hadis Rasulullah S.A.W yang bermaksud: "Barangsiapa yang tidak mengambil berat tentang saudara sesama Islamnya, maka mereka bukan termasuk dalam kalangan kami."

Usah Sedih Jika Anda Tidak Mampu, 'SHARE' Juga Sudah Sangat-Sangat Membantu.

Ini saya sertakan Facebook page bagi siapa yang ingin membantu:
Tangisan Syria Di Bumi Jordan
https://www.facebook.com/TangisanSyriaDiBumiJordan

Semua gambar ini saya ambil dari page berkenaan. Saya ingin menyatakan, cukuplah penderitaan mereka. Mungkin sedikit daripada rezeki yang kita ada, juga merupakan rezeki mereka. Mari kita semua berdoa dan bersedekah demi rakyat Syria ini.

Terima kasih.


Dua pilihan

Assalamualaikum dan hi,

Kita mempunyai dua pilihan dari segi cara pemakanan dan kehidupan kita. Dua pilihan yang saya maksudkan ini ialah untuk sihat atau sakit. Kebanyakan kita sekarang mempercayai produk yang boleh kuruskan badan dengan cuma sapuan (termasuklah saya tu, hihi), tanpa menjaga pemakanan. Salah konsep tu, kerana pada pengetahuan saya, produk-produk seperti ini cuma mengurangkan angin badan dan ada potensi hilangkan lemak, tetapi ia tidak mungkin membakar kalori yang sedia maklum cuma mampu dikeluarkan jika berpeluh. Paling penting, semasa kita memakai produk-produk seperti ini, kita perlu menitik-beratkan tahap dan kualiti hidup kita dengan mengamalkan pemakanan dan aktiviti yang menyihat dan menambah baik tahap keseluruhan kesihatan kita.



Berbalik kepada cerita saya, amalan pemakanan yang betul memang penting. Ada banyak cara terbaik yang boleh diamalkan, tetapi yang saya nak tekankan di sini ialah makan secara sederhana, makan banyak buah-buahan, sayur-sayuran dan juga minum air masak secukupnya.

Ada pendapat mengatakan kalau hendak berdiet, jangan makan nasi. Cuba kita ambil contoh ini:

Si A merupakan seorang yang mempunyai tubuh berisi dan agak gempal. Dia berasa rendah diri dengan tubuhnya dan oleh itu, berusaha untuk mengurangkan berat badannya dengan memakan makanan selain daripada nasi. Berat badannya turun, meskipun tidak bersukan dan berpeluh. Dia berasa gembira tetapi lama-kelamaan mendapati tubuh badannya tidak kelihatan menarik seperti yang diimpikan. Berat badannya tidak turun lagi meskipun diet yang diamalkan iaitu tidak mengambil nasi masih diteruskan. Badannya juga mengandungi lebihan selulit yang kelihatan tidak cantik jika dipandang.



Kenapa perkara ini berlaku? Adakah diet si A ini tidak berkesan?

Jawapan: Memang diet itu berkesan. Cuma dalam masa singkat. Boleh je kalau kita tak makan nasi, tetapi pengawalan kualiti makanan pun mestilah bagus. Si A walaupun turun berat badan, tetapi makan makanan berlemak, bergoreng dan kemungkinan makan makanan ringan seperti keropok, ayam goreng, burger, dan banyak lagi makanan yang tidak menyihatkan. Kalau dia makan sebegini rupa, kemungkinan untuk si A makan dalam kuantiti lebih banyak amat tinggi. Si A tidak mengamalkan portion control.

Orang yang ingin badannya cantik, cergas dan langsing patut bertindak dengan menambahkan kualiti makanan daripada kuantiti. Sama juga jika kita cuma mengharapkan krim sapu yang memberi jaminan kurus dalam seminggu, dua minggu. Jika kita tidak menjaga makan dan exercise kepada lebih bagus daripada sebelum ini kita menjadi couch potato, memang mustahillah untuk krim yang digunakan menampakkan kesan di tubuh badan kita. Lama-kelamaan, jika tabiat makanan yang tidak elok ini diamalkan, orange peel, stretch mark pun kelihatan dan membuatkan sesiapa sahja berasa rendah diri. Makanan berlemak, bergoreng dan apa-apa jenis makanan yang tidak sihat sekali pun, jika berterusan dimakan, memang nampak kesannya di tubuh badan. Jika kita betul-betul hendak makan makanan seperti ini, biarlah sekali-sekala sahaja, untuk lepaskan dendam di hati hihi. Memang, makanan seperti ini yang lebih menjadi pilihan kerana rasanya yang pelbagai dan sedap juga.




Kesimpulannya, berpada-padalah. Masyarakat zaman sekarang sudah didedahkan dengan pelbagai tabiat pemakanan yang segera, mudah didapati dan tidak mengambil masa untuk disiapkan. Kalau kita memakan makanan seperti ayam, lebih baik ditukar cara memasak seperti memanggang, menggril, mengukus atau pun direneh untuk menjadi sup. Resepi juga boleh dipelbagaikan mengikut cita rasa masing-masing. Makanan ringan, jika kita mengiinginkannya, boleh ditukar pilihan seperti kacang badam, snek seperi salad buah-buahan dan yogurt atau pun smoothie. Lain kali saya akan berkongsi di sini resepi yang saya cuba, ok?

Ada tambahan. Oleh sebab post ini berkaitan kesihatan badan, saya ingin menawarkan set langsing. Jika anda ada bajet rendah, jangan risau saya akan pastikan set ini mampu milik. Ada banyak pilihan. Sesiapa ada bajet yang lebih atau kurang, beritahu saya. Saya akan consult betul-betul agar anda dapat layanan terbaik dan tip top. Setiap produk ini tahan lama dan harga amatlah berpatutan.

Di sini, saya ingin membuat promosi juga. Sempena bulan November, setiap pembelian produk Shaklee daripada saya akan mendapat best price. Hurry, place your order for Shaklee products are hot selling.


Hubungi:


Nur Nabihah Yunus
Shaklee ID: 893006
Sms: 012-3620750
Emel: nny211190@gmail.com


Friday, November 1, 2013

Promosi Vivix

Assalamualaikum,

Bulan November ini, promosi adalah Vivix. Percaya atau tidak, tahun ini kali kedua promosi Vivix. Mula-mula saya pun tidak percaya, tetapi ini betul-betul berlaku. Haha. Ayat saya pun dah agak berterabur. Back to the point, mungkin bagi sesiapa yang tidak tahu, kebanyakan stok di headquarter Shaklee dah sold out. Ini menunjukkan penangan Shaklee, apa yang telah berlaku seperti satu fenomena yang luar biasa. Juga menunjukkan betapa penduduk Malaysia pentingkan penjagaan kesihatan yang bermula dari dalam, bukan luaran sahaja semata-mata.

Produk yang mendapat promosi bulan November ini memang bagus bagi setiap individu yang menjaga tubuh badan mereka. Bak kata pepatah omputih, an apple a day keeps the doctor away. Kalau Vivix ini lain sedikit, a teaspoon of Vivix a day, keeps the doctor away. Ok tidak macam tu? Hihi.



Saya juga nak berkongsi beberapa kebaikan Vivix yang umum seperti:

- Memperbaiki DNA Setiap hari, tubuh kita mengalami kerosakan DNA (salah satunya kesan daripada radikal bebas) yang menyebabkan proses penuaan berlaku secara cepat

- Memperbaiki tenaga sel Semakin tubuh terdedah kepada penuaan, semakin cepat sel tubuh kita kehilangan tenaga. Ini akan menurunkan fungsi sel. Vivix bertindak menguatkan sel tubuh

- Membantu meningkatkan sel otak, kardiovaskular, imuniti dan sendi Semakin tubuh meningkat usia, sendi yang semakin lemah menyebabkan kesakitan di banyak bahagian badan. Oleh itu, penting untuk kita mengamalkan air sirap Shaklee ini supaya badan bertindak seperti ketika muda


  


Golongan yang sesuai mengamalkan Vivix dalam diet harian mereka:

1. Pesakit diabetes
2. Artitris (di mana darah lambat mengalir kerana lemak tersangkut di salur darah yang besar)
3. Pesakit gout
4. Pesakit kanser yang menjalani kimoterapi
5. Rabun mata (perlukan antioksida yang tinggi)
6. Golongan yang mementingkan kesihatan badan yang maksimum)
7. Atlet atau yang aktif bersukan
8. Anti-penuaan

Oh ya, Vivix ini amat sesuai juga jika kita jenis yang tidak gemar makan vitamin secara kuantiti yang banyak dalam satu masa. Tak perlu pening kepala, consume sahaja Vivix, senang kan? Itu pun sudah cukup untuk keperluan kesihatan dan kecantikan. Jika anda nak tahu, Ayu Raudhah pun menggemari Vivix. Tengok sahaja kulit wajah beliau, berseri-seri. Khasiat Vivix ini sudah tentu tidak dapat dinafikan.


Ini salah satu daripada testimoni Vivix. Beliau merupakan bekas pesakit kanser dan juga wartawan NTV7. Kini, sudah pulih sepenuhnya setelah menggubakan sirap merah ini. 

Apa-apa yang baik semuanya perlu disertai dengan doa dan usaha tawakal kepada Allah jua. Dalam post yang lain, saya akan berkongsi dengan anda apa yang akan anda dapat dengan menggunakan pati ramuan ajaib dari Shaklee ini. Of course, nama pun promosi kan, beli lagi banyak lagi untung. Hihi.

Percayalah, Shaklee adalah jenama terunggul dalam pembuatan produk yang bermutu tinggi.

Terima kasih daun keladi, jika diizinkan jumpa lagi. 

Untuk sebarang konsultasi, hubungi:
Nur Nabihah Yunus
SMS: 012-3620750
Emel: nny211190@gmail.com
Fb: Beauty.Health.Organic Supplement