Thursday, October 3, 2013

Tips penjagaan kulit wajah dengan betul







Assalamualaikum dan hi,

Ramai di antara kita berhadapan dengan masalah kulit wajah. Banyak faktor yang menyumbang kepada perkara ini. Pencemaran udara, cara pemakanan, genetik dan yang paling penting, penjagaan kulit wajah. Tiga teknik yang selalu diutarakan sebagai cara yang terbaik menjaga kulit wajah iaitu, membersih, menyegar dan melembapkan muka adalah yang paling utama.



Kenal tak dengan wanita ini? Beliau merupakan antara pelakon Korea kegemaran saya dan ramai orang di luar sana. Song Hye Kyo, pelakon yang menjadi perhatian kerana bakat lakonannya dan juga kulit beliau yang flawless. Dalam post yang akan datang, saya akan beritahu apa yang diamalkan beliau untuk mendapatkan kecantikan yang didambakan masing-masing :)

Berbalik semula kepada tiga langkah membersih, menyegar dan melembap. Ada beberapa langkah yang perlu ditambah, contohnya penggunaan krim pelindung cahaya matahari yang mempunyai spf, skrub, cleansing gel (skrub dan cleansing gel mampu membuang kulit mati) serta serum dan juga essence. Kebanyakan produk yang berada di pasaran semakin prihatin akan masalah yang dialami pengguna dan ada juga menawarkan produk lain termasuklah topeng muka. Kita semua cuma memerlukan kebijaksanaan dalam memilih produk yang betul-betul berkesan, dengan menjadi pengguna yang berhemah dan prihatin, bukankah begitu?

Setiap produk ini mempunyai langkah dan cara pemakaian tersendiri, kalau muka tak dibersihkan terlebih dahulu dari sisa-sisa mekap, pastinya tak berkesan langkah-langkah penjagaan muka itu. Bagi sayalah, bagus jika kita membersihkan dari dalam terlebih dahulu secara detox, sebelum menitikberatkan penjagaan luaran. Tapi, tak bermakna penjagaan luaran perlu diabaikan. Misalnya, jika kita tidak menggunakan krim tabir suria yang berspf atau pun sunblock, pasti kulit lambat-laun kelihatan tua dari usia sebenar.

Tip-tip yang hendak saya kongsi

  • Amalkan penggunaan krim tabir suria berspf tinggi (kalau boleh SPF 30++) tidak kira di dalam rumah, luar rumah, hujan atau panas. Ini bagus untuk mengelakkan kulit terbakar atau sunburn
  • Amalkan memakai topeng muka tidak kira daripada krim atau pun sheet mask. Elok untuk membaiki semula kulit yang rosak
  • Jangan sesekali menjilat bibir kerana kandungan air liur akan menyahidrasi bibir kita, bukan melembapkan bibir seperti yang disangka
  • Gunakan krim mata, bagus untuk mengurangkan mata yang sembap bagi jangka masa panjang
  • Pilih produk kecantikan yang sesuai untuk keadaan kulit dan jangan sesekali melihat kepada testimoni sahaja, lebih baik membuat survey dahulu atau bertanyakan kepada yang lebih pakar
  • Jauhi daripada produk yang mengandungi sodium laureth sulfat, paraben, glikol, hydrokuinon, mekuri, steroid dan sebagainya
Produk yang saya percayai, sudah tentulah Shaklee! Shaklee diiktiraf bersih daripada segala unsur yang membahayakan dan meragukan. Semestinya Shaklee halal. Jika anda berminat untuk konsultansi dan tip-tip kecantikan, kesihatan dan sebagainya, hubungi saya Nur Nabihah Yunus (Sms 012-3620750, atau emel nny211190@gmail.com). Anda boleh juga pergi ke cawangan sah Shaklee yang berhampiran anda dan kepilkan bersama bukti pembelian anda dan hantar ke nombor saya atau emelkan bukti pembelian itu tadi bagi memudahkan saya untuk guidekan anda cara terbaik untuk menggunakan Shaklee yang dibeli. Inshaallah, segala mesej akan saya balas dengan kadar yang segera.


shakleelogo4

Nur Nabihah Yunus
Shaklee ID: 893006
Sms: 012-3620750
Emel: nny211190@gmail.com


Selamat menjalani kehidupan yang lebih sempurna dengan memilih produk terbaik!

Terima kasih ;)





Kelebihan ESP (Energizing Soy Protein)

Assalamualaikum,
Hari ni saya ingin menceritakan berkenaan Energizing Soy Protein atau lebih dikenali sebagai ESP. Bulan Julai hari itu, stok ESP di seluruh cawangan Shaklee di Malaysia telah habis. Licin, tak tinggal satu canister pun. Memang sukar dipercayai, tapi bagi saya yang baru berjinak-jinak mengenali Shaklee, tidak terperanjat mendengar berita ini. Dalam hati, saya tersenyum.

Banyak testimoni memberitahu keberkesanan ESP. Jadi, tidak mustahil yang stok habis memandangkan ketika itu musim perayaan Aidilfitri. Pasti semua inginkan kebaikan dari segi kesihatan optimum, kecantikan, pelangsingan dan lain-lain. ESP terdiri daripada protein, yang merupakan unsur utama dari segi pemakanan yang sihat selain daripada karbohidrat, vitamin, zat besi, dan lain-lain. Protein yang terurai dalam badan mampu membekalkan tenaga, tetapi dalam jumlah yang dikawal, bimbang overdose pula, hihi.

Berikut adalah antara kepentingan protein untuk tubuh badan::


  • Protein adalah bahan utama dalam pembentukan pelbagai organ dan tisu dalam badan serta komponen utama kepada hormon manusia
  • Mampu merangsang fungsi psikologi
  •  Oleh itu, setiap organ badan memerlukan protein
  • Kekurangan protein memberi kesan kepada kelemahan dalam sistem imun untuk melawan penyakit, masalah lebihan air yang tinggi dalam badan (water retention), bantut perkumuhan, masalah penghadaman, masalah penghasilan darah dan hormon dan akhirnya membawa kepada kegagalan fungsi organ yang boleh membawa kepada kematian


Ok, antara kebaikan yang boleh didapati dari ESP ialah:

  • Awet muda - bagus untuk sesiapa yang inginkan kulit gebu, berseri dan cantik jelita
  • Baik untuk hormon - kacang soya merupakan satu-satunya tumbuhan yang kaya dengan isoflavone (sama fungsi dengan hormon wanita)
  • Membantu merendahkan paras kolesterol, mencegah risiko osteoporosis (tulang rapuh) dan sakit jantung
  • Baik untuk prostat dan genstein yang terkandung dalam kacang soya yang terbukti keupayaannya mengekang pertumbuhan dan perebakan sel kanser
  • Membantu memusnahkan radikal bebas di dalam sel badan sebelum ia menukarkan sel DNA kepada sel kanser
  • Ia juga elok untuk pemulihan uterus, ovari, menopaus dan pembesaran prostat
  • Merangsang pembentukan semula kulit dan otot, mengurangkan kedutan, agen anti-penuaan, mengembalikan radian kulit (kulit glowing) dan kepejalan otot, percepat sembuhan luka dan mengurangkan kesan parut
  • Pembekal tenaga dengan segera dan meningkatkan sistem imun, maka ia baik untuk kekal bertenaga, mencegah migrain, insomnia dan tekanan
  • Memperbaiki masalah pigmentasi, masalah rambut seperti rambut uban dan gugur, masalah kedutan dan kesan tua
  • Membaiki memori, meningkatkan kualiti memori dan vitaliti 
Banyak kelebihan lain jika menggunakan ESP. Jadilah pengguna yang bijak dengan memilih supplemen ini :)


Untuk maklumat lanjut, pesanan dan pertanyaan, hubungi saya:

shakleelogo4

NUR NABIHAH YUNUS
Shaklee ID: 893006
SMS: 012-3620750
Emel: nny211190@gmail.com

Sebagai pengguna, anda layak untuk mendapatkan:
i) Konsultasi percuma secara berterusan selepas pembelian
ii) Dijemput masuk ke EXCLUSIVE GROUP FB untuk pengguna
iii) Jadual pengambilan vitamin akan diberikan selepas pembelian dibuat

Shaklee adalah jenama supplemen yang berkesan, sudah lama di pasaran iaitu 50 tahun dan diyakini kualitinya.







Monday, September 23, 2013

Welcome to my blog!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua,

Selamat datang ke blog saya. Tujuan saya membuat blog sebagai wadah memperkenalkan produk supplemen yang hebat dan berkesan iaitu Shaklee. Hihi. Di sini saya akan menceritakan kebaikan dan apa yang anda akan dapat dengan menggunakan Shaklee, dalam kehidupan anda. Saya akan menceritakan tip-tip yang berguna untuk dikongsi bersama. Inshaallah, anda pasti dapat segala manfaat yang bakal dikongsi ini ya. Terima kasih.