Wednesday, February 18, 2015

Jerawat? Oh Tidak! Fahami Puncanya

Apa khabar semua? Selamat Menyambut Tahun Baru Cina bagi mereka yang menyambut perayaan ini. Hihi. Boleh dapat ang pau sekali. Paling saya suka makan buah oren mandarin. Sedap dan mudah didapati terutamanya musim perayaan ini.

Berbalik kepada cerita asal, jerawat boleh menjadikan kita murung dan mengalami tekanan. Ha, untuk info kita juga, tekanan akan menjadikan salur darah yang sempit dan menyebabkan pengaliran darah berjalan dengan kurang lancar. Pengaliran darah yang tidak lancar pastinya menyebabkan kulit kita kusam dan nutrisi penting tidak sampai ke organ dalaman seperti kulit.

Siapa suka ditegur kulit ada jerawat? Sudah tentu kita tidak suka. Keyakinan diri kita pun semakin berkurangan dan lambat laun, ia menjejaskan self-esteem kita. Saya rasa, semua orang suka kecantikan bukan? Cantik dan sedap mata memandang gitu hihi.

hilangkan jerawat

Fahami Punca Jerawat


Jerawat atau acne vulgaris terjadi apabila minyak atau sel kulit mati menyumbatkan liang kulit. Jerawat terjadi disebabkan minyak dan sel kulit mati tersumbat di liang kulit. Keadaan menjadi teruk apabila kuman atau bakteria memasuki liang kulit yang tersumbat ini. Kesan yang berlaku ialah bengkak kemerahan dan nanah.

Dialami Remaja Akil Baligh


Menurut pakar Estetik dan Anti-penuaan, Dr. Rushmini Maris Ismail, kebanyakan jerawat dialami oleh anak remaja yang baru memasuki akil baligh kerana ketika itu kulit akan menjadi lebih berminyak.

Beliau berkata kajian mendapati jerawat boleh diwarisi dan jika ibu bapa mempunyai jerawat, kemungkinan anak juga akan mewarisi jerawat ada.

Kesan penggunaan bahan cuci muka yang tidak sesuai juga boleh menjadikan jerawat berlaku.

makanan untuk hilangkan jerawat

Antara makanan terbaik untuk menghilangkan jerawat

Penjagaan Muka Berjerawat

1. Minum air secukupnya.
2. Elakkan tekanan dan sentiasa tenang.
3. Banyakkan makan sayur dan buah-buahan.
4. Sentiasa mencuci muka dengan air yang bersih.
5. Elakkan memicit jerawat bagi mengelak keadaan menjadi semakin teruk.
6. Lakukan pembersihan wajah secara rutin untuk mempercepat penyembuhan jerawat.

Sumber: Berita Harian Sisipan Sabtu SIHAT

Cara saya pula? Tambah semua 6 langkah di atas dan amalkan Set Kecantikan Shaklee dan Energizing Soy Protein (ESP) yang popular itu :)

Hubungi saya untuk info dan pesanan:

Nabihah Yunus
Shaklee ID: 893006
SMS/Whatsapp: 012-3620750
Email: nabihah_yunus@yahoo.com






3 comments: