Sunday, November 16, 2014

Simptom Anda Kekurangan Omega 3

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Tahukah anda, Omega 3 merupakan asid lemak yang penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh badan kita. Cara untuk mendapatkannya adalah melalui pemakanan.

Omega 3 yang diambil daripada asas tumbuhan tidak boleh ditukarkan kepada EPA dan DHA secara berkesan oleh badan. Omega 3 membantu merembeskan prostaglandin dengan lebih berkesan untuk menghalang prostemegaly dan membuang air kecil yang timbul daripada punca andropos.

Ia juga boleh mengimbangi perubahan dalam kepekatan hormon wanita yang menyebabkan sindrom pra-haid atau pre-menstrual sindrom (PMS), dan memberikan kulit yang licin dan kemerah-merahan.



Antara makanan yang kaya dengan Omega 3


Pengambilan Omega 3 yang kurang dibimbangi akan membawa masalah kesihatan terutamanya dari segi fungsi otak dan organ dalaman tubuh seperti jantung.

Simptom Kekurangan Omega 3:

Antara simptom-simptom yang menunjukkan kita kekurangan Omega 3 adalah:

1. Perkembangan otak terganggu

  • Asid lemak dari Omega 3 sangat penting untuk perkembangan otak. Jika kekurangan asid lemak dari Omega 3 terutamanya semasa ia sedang pesat berkembang, maka otak tidak akan berfungsi secara optimum.
  • Janin dalam kandungan ibu yang sedang hamil dan tidak mendapat asid lemak Omega 3 yang mencukupi semasa sedang di dalam perut ibunya mungkin akan mengalami masalah penglihatan dan saraf.
2. Kesihatan jantung
  • Omega 3 antara fungsinya termasuklah menguatkan struktur sel pada organ jantung. Ia juga membantu melancarkan peredaran darah terutamanya aliran keluar masuk dari jantung dengan mengurangkan kadar kolesterol jahat LDL dan meningkatkan kadar kolesterol baik HDL.
  • Jika kekurangan Omega 3, arteri akan mengeras, aliran darah menjadi perlahan dan ini akan mengakibatkan tekanan darah tinggi berlaku dan kemungkinan besar, sakit jantung berlaku.
3. Masalah kulit
  • Kekurangan Omega 3 boleh menjadi punca masalah kulit seperti kulit kasar, liang roma tersumbat dan jerawat.
  • Ini juga boleh menyebabkan penuaan lebih awal seperti kulit berkedut akibat kekurangan peredaran darah dalam tubuh.
  • Wajah yang berseri menunjukkan peredaran darah dalam tubuh kita berjalan dengan lancar.
4. Alahan
  • Alahan boleh dikenal pasti melalui kesensitifan tubuh dan deria kita terhadap sesetengah bahan seperti makanan, habuk, debu dan ubat-ubatan.
  • Penambahan Omega 3 dalam diet harian dapat membantu mengurangkan masalah alahan.
5. Alzheimer
  • Penyakit ini juga dikenali sebagai penyakit nyanyuk
  • DHA iaitu komponen utama dalam minyak ikan adalah asid lemak yang penting untuk otak dan retina iaitu lebih daripada 30% struktur lipid dalam neuron.
  • Kekurangan DHA boleh menyebabkan tekanan perasaan, ADHD, dementia dan autisme.
6. Asma/Asthma (Semput)
  • Asma berlaku kerana saluran nafas yang tersumbat dan penghasilan bahan yang dipanggil leukotrienes.
  • Pengambilan Omega 3 dapat membantu mengurangkan pengeluaran bahan tersebut dan mampu melegakan pernafasan dengan membuang segala bendalir di sekitar saluran pernafasan.
7. Masalah Berat Badan
  • Kekurangan Omega 3 boleh menyebabkan kenaikan berat badan. Apabila kita tidak mendapat Omega 3 yang secukupnya, lemak dan minyak yang kita makan tidak dapat dikeluarkan dari tubuh.
  • Lemak tersebut tidak digunakan untuk menukarkan tenaga, sebaliknya ia melekat pada salur, darah dan lebih teruk di sekitar organ penting seperti jantung dan hati.
  • Ini adalah antara punca utama masalah penyakit jantung, darah tinggi dan kencing manis.
8. Sakit Sendi
  • Apabila usia kita semakin meningkat, berat badan semakin bertambah dan ini menyebabkan fungsi sendi semakin lemah kerana bendalir penyambung sendi semakin berkurangan.
  • Omega 3 berfungsi membantu mencegah radang sendi dan melincirkan pergerakan antara sendi. Omega 3 juga membantu menambahkan kepadatan jisim tulang.
9. Autisme
  • Kajian mendapati ibu hamil yang mengambil Omega 3 semasa tempoh kehamilan mempunyai risiko yang kurang untuk mendapat anak autisme kerana Omega 3 mempunyai kandungan DHA yang tinggi.
  • Ia juga membantu meningkatkan tumpuan dan memori kanak-kanak autisme dan juga penghidap sindrom hyperaktif ADHD.
Antara simptom-simptom lain kekurangan Omega 3 ialah:
  • Mudah letih, penat
  • Lemah ingatan
  • Lemah tahap imunisasi
  • Kulit kering, ekzema, atau rambut gugur
  • Masalah jantung
  • Masalah kesuburan
  • Tekanan perasaan
  • Peredaran darah (blood circulation) yang tidak lancar

Macam kata-kata pepatah, mencegah lebih baik dari merawat. Mentor saya sendiri kata, kita semua wajib makan Omega 3 ini setiap hari. Lagipun, badan kita tidak boleh menghasilkan asid lemak Omega 3 secara sendiri. 

Pilihan Omega 3 saya tentulah Omega Guard Shaklee. Bulan November ini ada promosi Omega Guard beli 6 percuma 1 dan beli 2 botol Omega Guard akan dapat diskaun 5%.






Harga pun super jimat hihi. Grab cepat sebelum 30 November 2014 ye.

Berminat dengan produk Shaklee?

Hubungi saya,

Nabihah Yunus
Shaklee ID: 893006
SMS: 012-3620750
Email: nabihah_yunus@yahoo.com


No comments:

Post a Comment