Thursday, October 23, 2014

Sukar Kawal Selera Makan Anda

Adakah anda pernah mengalami situasi begini? Situasi di mana anda sukar untuk mengawal selera makan meskipun sudah mencuba berbagai-bagai alternatif. Artikel ini sangat menarik dan saya ambil daripada Majalah Rapi edisi 15 Mac 2014 dalam ruangan Tanya Apa Sahaja.

Kenapa saya sukar kawal makan?

Pernah tanya kenapa saya mempunyai selera makan yang kuat? Tengok kek coklat, sedapnyeee. Tengok soto ayam, nakkkkk. Tengok orang tulis resepi nasi goreng USA, nak buatlah. Kalau orang cerita pasal pisang goreng campur coklat dan cheese, nak belilah. Hihi. Jangan pulak lepas baca post ini pergi beli lauk-pauk, masak masakan kalah chef di hotel atau pergi google resepi macaroni bakar pulak. Jangan salahkan saya hihi. Jom baca apa soalan cik adik ni.


Soalan: Saya bersenam purata 5 kali seminggu (1 jam setiap sesi) dengan menggabungkan latihan kardio dan beban. Masalahnya saya sukar mengawal selera makan. Bagaimana untuk mengatasinya?

Jawapan Pakar:

Jangan kurangkan pengambilan makanan terlalu banyak, lakukan berperingkat. Mulakan dengan malam dulu dengan mengurangkan pengambilan kalori. Kalau mahu makan lebih, waktu tengah hari adalah paling sesuai kerana kita akan menggunakan tenaga sekali gus membakar kalori.

Tubuh masih memerlukan karbohidrat, lemak dan protein jadi ambil secukupnya. Jadi jangan berlebihan kerana rutin senaman di gimnasium hanya boleh membakar 600 kalori setiap sesi. Rugi jika sudah bersenam dengan kerap namun tidak mampu mengawal nafsu makan. Lakukan perlahan-lahan.
________________________________________________________________________________

Saya juga ada belajar satu tip dari membaca majalah kesihatan. Jika kita terasa lapar, cuba minum segelas air. Ingat ya, air masak, air putih atau air mineral. Bukan kopi, teh atau minuman bergas. Selepas itu, bila terasa lapar juga maksudnya, memang badan kita memerlukan makanan. Jika tidak, kemungkinan rasa lapar itu disalah tafsirkan oleh badan sebagai rasa dahaga.

Pesan saya, apa yang kita makan amat penting kerana bukan mudah hendak maintainkan berat badan dan bukan mudah juga untuk turunkan kalori.

Pilihan yang sihat tentunya makan secara ala kadar dan jauhi fast food! Tak boleh, tak boleh kalau nak badan fit.

Sekarang misi saya nak turunkan umur biologi saya. Pernah dengar tak umur biologi? Ini ditentukan oleh mesin khas yang menyatakan adakah badan kita sihat, lebih muda dari usia sebenar kita atau lebih tua dari usia sebenar kita. Umur saya sekarang 20-an, dan saya pernah tengok umur biologi saya, ngeri tengok angka tu hehe ;).

Oleh itu, mari bersenam dan makan secara bersederhana dan sihat mulai hari ini.


Perhatian!

Satu cara untuk kawal selera makan adalah dengan mengambil Cinch Shake Mix Shaklee. Ia mampu mengawal selera besar anda kerana ia diperkaya dengan protein yang mengenyangkan dan mengelakkan otot menggeleber ketika penurunan berat badan berlaku. Percayalah cakap saya. Ia membantu kita berasa kenyang dengan lebih cepat dan mengurangkan pengambilan nasi juga! My own testimony and what I feel by drinking this lovely supplement drink :)

Email saya di nabihah_yunus@yahoo.com untuk sebarang pertanyaan dan info.


No comments:

Post a Comment