Tuesday, July 8, 2014

Masa, Pentingkah Ia?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Baru beberapa lepas, negara kehilangan satu permata. Semoga Allah menempatkan biduanita negara, Datuk Sharifah Aini di kalangan golongan yang mulia. Sebelum ketibaan bulan puasa ini pun, Datuk Aziz Sattar menghembuskan nafas beliau yang terakhir. Sudah tiada lagi trio Bujang Lapok. Mari kita sedekahkan Al-Fatihah buat mereka semua.

Ini cerita lain. Saya adalah daripada susur galur Master Hadhatina MKB, meskipun tidak direct di bawah beliau. Saya ada baca post di group kami mengenai pentingnya highlightkan masa setiap hari. Saya on off buat. Memang ada masa sebenarnya, tapi cakap je takde haih. Kita sepatutnya tahu peak performance kita, masa kita paling aktif dan daripada apa yang kita tulis itu, kita tahu mana kelemahan dan kekurangan kita.

Selalu kita diingatkan, don't waste your time. Time is gold. Ya, memang kerana masa yang lalu mustahil untuk digantikan balik. Masa mencemburui kita. Jika kita fikir yang ah, buat esoklah. Esok aku pasti buat. Takkan ke mana fikiran sebegitu. Cuba betulkan kembali niat dan pemikiran kita. Jangan bila orang lain dah berlari ke arah cahaya, kita masih merangkak satu langkah ke hadapan. Hiperbola sungguh haha.

Masa sememangnya penting. Penting supaya kita tahu apa yang kita buat itu, adakah berbaloi? Terleka sekejap sahaja, memang hilang arah dan tujuan. Sebabnya, kita (saya pun ada juga lupa) terlupa yang kita nak gosok baju, sembahyang awal waktu, dan yang sewaktu dengannya. Jika ditulis apa yang dilakukan, pasti kita faham dan nampak apa yang telah dibuat dan apa yang belum dibuat.


Reminder untuk saya juga:
Do a step forward, don't look back. If you want to do so, only just for a short while, never waver long enough since yesterday is just a flashback memory.

Lagi satu, tak sah kalau tidak sentuh pasal Shaklee. Bulan ini, ada pembelian Vivix. Promosi sebelum raya lagi. Vivix ini mampu memperbaiki kesihatan secara menyeluruh. Jika nak tubuh yang sihat, ambil Vivix ini. Masa dan kesihatan tiada galang gantinya.

No comments:

Post a Comment