Tuesday, July 1, 2014

Kenapa Saya Perlukan GLA Complex?

Selamat malam semua. Bulan lepas merupakan promosi Vitamin E. Saya tak banyak post entry pasal Vitamin E. Busy (kononnya haha). Namun begitu, tahukah anda selain dari Vitamin E, GLA Complex juga sesuai untuk anda? Sebabnya adalah dalam GLA Complex itu sendiri mempunyai kandungan Vitamin E. Harganya pun mampu milik dan pasti mampu memberikan hasil yang terbaik jika anda konsisten dengan pengambilannya. Jika ada yang menggaru kepala bila tahu harga Vivix, GLA Complex ini pun sesuai untuk mereka yang inginkan kulit cantik dan berseri. Kalau Vivix, kesannya lebih cepat setanding dengan kualitinya. GLA Complex pula, kesannya perlahan sedikit tetapi masih berbaloi dan terbukti dengan testimoni yang saya akan share kemudian hari.

Jika anda pernah terbaca mengenai Evening Primrose Oil (EPO), GLA Complex inilah yang bertindak menyerupai Evening Primrose Oil bagi produk Shaklee.

GLA (gamma-linolenic acid) yang digunakan oleh ramai wanita untuk memelihara kesihatan sepanjang kitaran haid setiap bulan. GLA juga merupakan sejenis asid lemak Omega-6 yang digunakan oleh badan kita untuk membentuk prostaglandin (iaitu bahan aktif menyerupai hormon yang membantu mengawal kebanyakan proses badan yang normal). Vitamin E juga melindungi dinding-dinding arteri dan menyokong sistem imun dengan memelihara integriti sel. Menarik bukan kelebihan GLA Complex ini?

Fungsi Utama Lain GLA Complex ialah:

- Menggalakkan kesihatan semasa kitaran haid
- Menyokong sistem imun
- Setiap kapsul GLA Complex mengandungi asid-asid lemak utama daripada campuran minyak bunga matahari dan vitamin E, serta Shaklee Guard iaitu sistem antioksidan semulajadi Shaklee yang eksklusif untuk memastikan keberkesanan penuh dan kesegarannya

Cadangan pengambilan GLA Complex untuk:
- Diabetes
- Period tidak teratur
- Mencantikkan kulit

Oleh itu, GLA Complex amat diperlukan terutamanya kaum perempuan (kaum lelaki pun boleh, tiada masalah) kerana ia memperbaiki hormon, mampu mengurangkan inflamasi seperti ekzema dan jerawat serta melindungi arteri iaitu antara saluran darah yang terbesar dalam badan kita semua. Kelebihan GLA Complex amat meluas, bukan sahaja vitamin sesuai untuk kulit, GLA Complex juga mampu membetulkan kitaran haid secara perlahan-lahan.

GLA Complex

Kalau nak hasil lebih hebat, bolehlah tambah Energizing Soy Protein. Baru gempak hasilnya ;).

Hubungi saya, pengedar sah Shaklee anda untuk sebarang pertanyaan dan pesanan:

Nabihah Yunus
SID 893006
SMS 012-3630750
FB Page: Beauty.Health.Organic Supplement

No comments:

Post a Comment