Monday, November 4, 2013

Dua pilihan

Assalamualaikum dan hi,

Kita mempunyai dua pilihan dari segi cara pemakanan dan kehidupan kita. Dua pilihan yang saya maksudkan ini ialah untuk sihat atau sakit. Kebanyakan kita sekarang mempercayai produk yang boleh kuruskan badan dengan cuma sapuan (termasuklah saya tu, hihi), tanpa menjaga pemakanan. Salah konsep tu, kerana pada pengetahuan saya, produk-produk seperti ini cuma mengurangkan angin badan dan ada potensi hilangkan lemak, tetapi ia tidak mungkin membakar kalori yang sedia maklum cuma mampu dikeluarkan jika berpeluh. Paling penting, semasa kita memakai produk-produk seperti ini, kita perlu menitik-beratkan tahap dan kualiti hidup kita dengan mengamalkan pemakanan dan aktiviti yang menyihat dan menambah baik tahap keseluruhan kesihatan kita.



Berbalik kepada cerita saya, amalan pemakanan yang betul memang penting. Ada banyak cara terbaik yang boleh diamalkan, tetapi yang saya nak tekankan di sini ialah makan secara sederhana, makan banyak buah-buahan, sayur-sayuran dan juga minum air masak secukupnya.

Ada pendapat mengatakan kalau hendak berdiet, jangan makan nasi. Cuba kita ambil contoh ini:

Si A merupakan seorang yang mempunyai tubuh berisi dan agak gempal. Dia berasa rendah diri dengan tubuhnya dan oleh itu, berusaha untuk mengurangkan berat badannya dengan memakan makanan selain daripada nasi. Berat badannya turun, meskipun tidak bersukan dan berpeluh. Dia berasa gembira tetapi lama-kelamaan mendapati tubuh badannya tidak kelihatan menarik seperti yang diimpikan. Berat badannya tidak turun lagi meskipun diet yang diamalkan iaitu tidak mengambil nasi masih diteruskan. Badannya juga mengandungi lebihan selulit yang kelihatan tidak cantik jika dipandang.



Kenapa perkara ini berlaku? Adakah diet si A ini tidak berkesan?

Jawapan: Memang diet itu berkesan. Cuma dalam masa singkat. Boleh je kalau kita tak makan nasi, tetapi pengawalan kualiti makanan pun mestilah bagus. Si A walaupun turun berat badan, tetapi makan makanan berlemak, bergoreng dan kemungkinan makan makanan ringan seperti keropok, ayam goreng, burger, dan banyak lagi makanan yang tidak menyihatkan. Kalau dia makan sebegini rupa, kemungkinan untuk si A makan dalam kuantiti lebih banyak amat tinggi. Si A tidak mengamalkan portion control.

Orang yang ingin badannya cantik, cergas dan langsing patut bertindak dengan menambahkan kualiti makanan daripada kuantiti. Sama juga jika kita cuma mengharapkan krim sapu yang memberi jaminan kurus dalam seminggu, dua minggu. Jika kita tidak menjaga makan dan exercise kepada lebih bagus daripada sebelum ini kita menjadi couch potato, memang mustahillah untuk krim yang digunakan menampakkan kesan di tubuh badan kita. Lama-kelamaan, jika tabiat makanan yang tidak elok ini diamalkan, orange peel, stretch mark pun kelihatan dan membuatkan sesiapa sahja berasa rendah diri. Makanan berlemak, bergoreng dan apa-apa jenis makanan yang tidak sihat sekali pun, jika berterusan dimakan, memang nampak kesannya di tubuh badan. Jika kita betul-betul hendak makan makanan seperti ini, biarlah sekali-sekala sahaja, untuk lepaskan dendam di hati hihi. Memang, makanan seperti ini yang lebih menjadi pilihan kerana rasanya yang pelbagai dan sedap juga.




Kesimpulannya, berpada-padalah. Masyarakat zaman sekarang sudah didedahkan dengan pelbagai tabiat pemakanan yang segera, mudah didapati dan tidak mengambil masa untuk disiapkan. Kalau kita memakan makanan seperti ayam, lebih baik ditukar cara memasak seperti memanggang, menggril, mengukus atau pun direneh untuk menjadi sup. Resepi juga boleh dipelbagaikan mengikut cita rasa masing-masing. Makanan ringan, jika kita mengiinginkannya, boleh ditukar pilihan seperti kacang badam, snek seperi salad buah-buahan dan yogurt atau pun smoothie. Lain kali saya akan berkongsi di sini resepi yang saya cuba, ok?

Ada tambahan. Oleh sebab post ini berkaitan kesihatan badan, saya ingin menawarkan set langsing. Jika anda ada bajet rendah, jangan risau saya akan pastikan set ini mampu milik. Ada banyak pilihan. Sesiapa ada bajet yang lebih atau kurang, beritahu saya. Saya akan consult betul-betul agar anda dapat layanan terbaik dan tip top. Setiap produk ini tahan lama dan harga amatlah berpatutan.

Di sini, saya ingin membuat promosi juga. Sempena bulan November, setiap pembelian produk Shaklee daripada saya akan mendapat best price. Hurry, place your order for Shaklee products are hot selling.


Hubungi:


Nur Nabihah Yunus
Shaklee ID: 893006
Sms: 012-3620750
Emel: nny211190@gmail.com


No comments:

Post a Comment