Assalamualaikum,
Waktu tu terperanjat jugaklah, mungkin kerana ramai yang suka buat promosi pasal Shaklee ni. Rupanya popular gak Shaklee. Beliau menyatakan yang makanan yang kita makan ni dah cukup untuk menampung keperluan harian kita. Beliau menceritakan pasal piramid makanan dan jika kita ikut betul-betul piramid makanan tu, semuanya akan menjadi. Saya sokong jawapannya dan dalam masa sama, saya tak berapa setuju dengan penjelasannya. Ni contoh piramid makanan.
Antara faktor yang mempengaruhi pemikiran saya ialah:
1. Kita sering terdedah dengan pencemaran alam sekitar, dan begitu juga makanan yang diambil
Jika kita sedar apabila kita menghirup udara luar, kebanyakan udara yang dihidu tu termasuk juga daripada asap kenderaan, asap rokok, asap kilang-kilang dan termasuklah bau yang tidak enak seperti makanan yang telah dibuang dan sebagainya. Oleh itu, kebanyakan makanan yang diambil berkemungkinan besar telah terdedah dan mengandungi pencemaran. Supplemen menjadi medan untuk kita cover balik apa yang telah hilang itu. Pencemaran merupakan musuh utama bagi warga zaman ini kerana bagi mereka yang tahu, pasti sedar yang udara zaman sekarang mempunyai kadar pencemaran dan toksik yang tinggi.
2. Tubuh badan kita memerlukan dos yang tinggi bagi sesetengah nutrien
Apabila tubuh badan kita tidak sihat, kita memerlukan lebih nutrient (zat) yang membekalkan antioksidan dan menigkatkan imun sistem seperti Vitamin C, Vitamin E dan lain-lain. Sekiranya kita mengalami kecederaan, pengambilan nutrien protein adalah sangat kritikal bagi membantu proses baik pulih sel yang rosak dan proses penghasilan sel-sel baru. Bagi menggantikan kehilangan protein ini, ESP, Cinch Shake Mix or Mealshake amat sesuai untuk diambil. Untuk Ibu-ibu hamil dan ibu-ibu yang sedang menyusukan anak, jumlah nutrien harian yg diperlukan adalah lebih tinggi dosnya berbanding dengan individu yang tidak hamil atau menyusukan. Ini bagi menampung keperluan si manja yang masih di dalam perut si ibu :)
3. Buah-buahan atau sayur-sayuran mungkin terjejas atau tercemar
Kita selalunya memilih sayuran atau buah-buahan yang tampak segar tanpa cela apabila membeli di pasaraya. Tahukah anda, kebiasaannya sayuran dan buah-buahan yang nampak lazat dan segar itu boleh mengundang bahaya? Kebanyakan sayuran dan buah-buahan yang terdapat dipasaran kini diselaputi dengan racun serangga yang berbahaya dan bahan pengawet untuk membolehkan ia bertahan lama. Penggunaan baja kimia pula kini semakin meluas digunakan. Pastikan anda memilih sayuran atau buah-buahan yang ditanam secara ORGANIK.
4. Mengamalkan gaya hidup tidak sihat
Waktu berkerja lazimnya bermula seawal jam 8 pagi dan berakhir seawal jam 5 petang (8 jam waktu berkerja dan 1 jam waktu rehat). Namun apa yang jelas kini, terutama bagi warga kota keluar rumah seawal jam 7 bersesak didalam LRT atau menyerah diri pada kesesakan di jalan raya dan pulang pula sehingga lewat jam 9... tiba dirumah setelah bersesak jam 10 malam...WOW!!
Bersesak dalam LRT = STRESS
Jalan Jammed = STRESS
Kerja Banyak = STRESS
STRESS ---> Membawa kepada kemusnahan Vitamin B dan Vitamin C kerana kedua-dua vitamin ini sangat FRAGILE! Bila pulang jam 10, kemudian anda semua dinner? hehehe... Inilah punca ramai yang perut boroi dan ia semakin menjadi kelaziman. Tidak cukup dinner, tambah dengan supper di Uptown/downtown.
Makan lewat malam = pengumpulan lemak berlebihan + peningkatan cholestrol = BOROI
Dan rutin harian inilah yang terus dan terus anda lakukan...jadi tidak hairanlah penyakit High BP dan High Cholestrol kini mula menyerang individu diperingkat umur yg masih muda.
5. Kebanyakan rakyat Malaysia makan ikut selera berbanding makan ikut keperluan
Jarang kita dengar rakyat Malaysia yang health-conscious. Bagi golongan bekerjaya yang bekerja untuk mencari rezeki, ini merupakan perkara terakhir difikirkan selepas seharian kepenatan mencari sesuap nasi. Masyarakat lebih gemar makanan segera, tak kisahlah mi segera Maggi, Cintan, Mee Sedap dan lain-lain lagi, Fast Food restaurant seperti KFC, A&W, Pizza Hut dan Domino's Pizza serta makanan Melayu, Cina dan India seperti Nasi Lemak, char kuey tiow serta apa-apa makanan yang berasaskan santan. Ini diet yang tak sihat. Saya pun makan makanan seperti ini, dan ia jika dibiarkan menjadi tabiat yang sukar dikikis, lama-lama dah sebati dengan badan. Di kemudian hari, kita sendiri yang menyesal jika tidak menjaga diet harian. Inilah pentingnya di mana vitamin yang tidak mencukupi akan ditampung dengan pengambilan supplemen.
6. Gangguan penyerapan nutrisi daripada makanan
Jika anda menggemari minuman yang mengandungi kafein, pasti anda sedar yang kafein mengganggu penyerapan vitamin dan zat yang anda dapat dari makanan yang dimakan hari-hari. Kafein mampu mengganggu penyerapan Vitamin D dan kalsium ke dalam tubuh. Kafein juga mampu menghalang penyerapan nutrien penting yang lain ke dalam tubuh.
7. Kehilangan nutrien dalam makanan
Mungkin anda rasa anda telah berikan yang terbaik buat keluarga anda. Menyediakan makanan kegemaran suami dan anak-anak adalah perkara yang sangat menyeronokkan. Tapi, adakah anda pasti anda berjaya mengekalkan nutrisi yang terdapat di dalam makanan tersebut? Bahan-bahan segar dari ladang akan kehilangan nutrisi ketika proses pengasingan, pembungkusan dan penghantaran. Kemudian, sampai di rumah disimpan di dalam peti sejuk - hilang sedikit nutrisi lagi. Sayuran dipotong dan terdedah akan penyebabkan pengoksidaan vitamin c, hilang nutrisi lagi.. Cara memasak pula? Menggoreng? Memasak terlalu lama? Menggunakan minyak yang banyak? Jadi apa pula yang tinggal ya?
Kredit: happyhealthylifeshop.blogspot.com dan surijunior.com
Pilihan di tangan kita semua. Jadilah pengguna yang bijak :)
Nur Nabihah Yunus
ID Shaklee: 893006
Sms: 012-3620750
Emel: nny211190@gmail.com
No comments:
Post a Comment